Aloe Vera Forever Living | Pengesahan oleh The International Aloe Science Council (IASC)

Majlis Sains Aloe Vera Antarabangsa (International Aloe Science Council) IASC ditubuhkan pada tahun 1981 untuk melindungi industri lidah buaya dan memastikan ketulenan produk Aloe Vera bagi melindungi kepentingan pengguna produk aloe vera.

IASC membenarkan perkataan “jus aloe vera” digunakan bagi produk yang mengandungi 15% Aloe Vera yang disahkan tulen. Tetapi untuk layak dipanggil “gel aloe vera”, produk mesti mengandungi minima 85% Aloe Vera asli.

Hanya produk lidah buaya (aloe vera) yang memenuhi standard tinggi yang disahkan dibenarkan untuk memaparkan logo/cop kelulusan daripada Majlis Sains Aloe Vera Antarabangsa.

Khasiat Aloe Vera Forever Living

Program Pengesahan Aloe Vera

Majlis Sains Aloe Vera Antarabangsa (IASC) memulakan program pada 1985 untuk mengesahkan ketulenan aloe vera dalam produk berasaskan lidah buaya. IASC akan memeriksa peralatan kilang dan juga menganalisa bahan mentah dan produk siap untuk menentukan dengan tepat kewujudan aloe vera asli di dalamnya.

IASC bersama beberapa negara seperti Kesatuan Eropah, China dan Korea telah menetapkan standard bagi menentukan apa yang disahkan sebagai aloe vera di dalam sesuatu produk.

Acemannan atau beta 1-4 acetylated glucomannans – adalah polisakarida asli yang wujud dalam daun Aloe Vera tulen dan digunakan sebagai pengenal botanik di dalam analisis Aloe Vera. Hanya produk yang mengandungi Acemannan akan disahkan dan boleh dilabel sebagai Aloe Vera.

IASC juga menetapkan standard bagi bahan-bahan lain yang ditemui dalam daun Aloe Vera. Salah satu bahan yang biasa didapati ialah getah Aloe berwarna kuning keperangan (Aloe latex) yang terdapat antara kulit dan gel daun Aloe Vera.

Getah Aloe Vera ini mengandungi anthraquinones dan aloin iaitu satu bahan yang bertindak sebagai julap (laxative). Bahan ini tidak sesuai untuk dimakan jadi IASC menetapkan kandungan aloin dalam produk Aloe Vera untuk tujuan minuman/makanan mestilah kurang daripada 10ppm (parts per million). Untuk produk Aloe Vera bagi tujuan penggunaan luaran, had kandungan aloin adalah 50ppm.

Produk Aloe Vera yang mendapat pengesahan IASC bermakna ia disahkan selamat untuk dimakan oleh manusia.

Khasiat Aloe Vera Forever Living

Gel Aloe Vera Forever Living adalah yang pertama disahkan selamat untuk diminum oleh Majlis Sains Aloe Vera Antarabangsa (IASC)!

Jumlah Aloe Vera Dalam Produk

Peraturan kerajaan Amerika Syarikat memerlukan bahan-bahan dalam sesuatu produk disenaraikan mengikut turutan bermula daripada bahan yang paling banyak sekali. Anda mesti membaca label dan memastikan perkatan “Aloe Vera gel” berada pada senarai teratas bahan-bahan yang digunakan.

Khasiat Aloe Vera Forever Living

Semua produk minuman gel Aloe Vera Forever Living bermula dengan gel Aloe Vera tulen dan ditambah dengan dengan bahan-bahan lain untuk menstabilkannya atau menambah perisa buah-buahan.

Label Aloe Vera Gel dan Aloe Berry Nectar Forever Living

Khasiat Aloe Vera Forever Living

 

Tip Memilih Produk Minuman Aloe Vera

Anda perlu melihat EMPAT perkara penting iaitu

? Pengesahan Majlis Sains Aloe Vera Antarabangsa (IASC).

? Aloe Vera Gel disenarai sebagai bahan utama iaitu pada bahagian paling atas label.

? Pengesahan HALAL oleh badan yang diiktiraf JAKIM.

? Pengesahan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Alhamdulillah. Kesemua ini ada pada minuman Aloe Vera gel Forever Living!!

 

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI