Forever Ramadan Pack | Panduan Pemakanan Sihat di Bulan Ramadan

Forever Ramadan Pack

Bismillah. Aloe!

Bulan puasa @ bulan Ramadan adalah masa yang sangat sesuai untuk anda yang alami masalah berat badan untuk kuruskan badan.

Anda perlu mengambil makanan yang lambat dihadam supaya tenaga akan dilepaskan secara beransur-ansur dan berterusan. Makanan yang lambat dihadam dan kaya serat boleh bertahan sehingga 8 jam. Manakala makanan yang cepat dihadam hanya bertahan selama 3-4 jam justeru menyebabkan anda berasa lapar dengan cepat.

5 Tips Diet Bulan Ramadan

  • Elakkan makanan yang bergoreng, berlemak dan pedas.
  • Minum air yang mencukupi untuk mengelakkan hidrasi.
  • Elakkan makanan yang tinggi gula dan diproses dengan tepung kerana makanan tersebut cepat dihadam.
  • Elakkan minuman berasaskan kafein seperti teh, kopi dan kola sebab ianya akan menyahhidratkan badan anda.
  • Jangan berbuka puasa dengan makanan berlebihan kerana ini akan menyebabkan berat bertambah dengan cepat.

Forever Ramadan Pack

Berpuasa Secara Sihat di Bulan Ramadan

Makanan Tinggi Serat

Makan dengan lebih banyak bijirin, gandum, kekacang, kacang hijau, aprikot, prun, buah kering dan aloe vera. Makanan yang tinggi serat lambat dihadam dan anda akan berasa kenyang lebih lama.

Protein Tinggi

Protein adalah blok-blok binaan yang diperlukan untuk membantu membina dan mengekalkan otot dan tisu badan anda. Ia juga membantu anda berasa kenyang.

Minyak Ikan

Ikan adalah sumber penting nutrien terutamanya asid lemak perlu Omega 3 yang membantu mengekalkan kesihatan dan menggalakkan tahap kolesterol yang sihat.

Aloe Vera

Aloe vera boleh membantu menyingkirkan toksin terkumpul dalam usus supaya sistem penghadaman lebih bersih dan membantu memaksimakan penyerapan dan penggunaan nutrien dalam badan.

Debunga Lebah

Debunga lebah @ bee pollen dikenali sebagai makanan semulajadi yang kaya dengan vitamin B-kompleks yang membantu meningkatkan tahap tenaga anda ketika berpuasa.

Madu Lebah Asli

Nikmati berbuka puasa dengan madu lebah asli dan beberapa biji kurma. Ia mengandungi mineral dan enzim yang diperluan oleh badan.

Forever Ramadan Pack

Forever Ramadan Pack membolehkan anda berpuasa dengan lebih bertenaga dan sihat sepanjang bulan Ramadan.

Forever Ramadan Pack

Satu set Forever Ramadan Pack mengandungi:

  • 2x Aloe Vera Gel — 1 liter setiap botol
  • 1x Arctic Sea — 60 kapsul minyak ikan + minyak zaitun
  • 1x Bee Pollen — 100 biji debunga lebah dengan khasiat jeli raja
  • 1x Forever Honey — 1 liter madu lebah asli tak bertapis dari Spain
Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI