Gegata (Urticaria) | Petua Hilangkan Gegata & Ubat Gegata Paling Berkesan

Bismillah. Aloe!

Gegata (urticaria) ada 2 jenis iaitu:

  • Akut = tempoh kurang dari 6 minggu
  • Kronik = tempoh lebih dari 6 minggu

Gegata boleh berpunca dari alahan (allergies) dan juga bukan alahan.

Simptom, Tanda & Gejala Gegata — Urticaria

Gegata biasanya timbul secara mengejut. Tiba-tiba sudah ada gegata yang semakin merebak ke semua kulit badan.

  • Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
  • Gatal dan kadang-kadang sakit.
  • Dermatographism — kulit akan membengkak (bintat) jika digaru.

Biasanya bengkak gegata akan surut dalam masa 24 jam. Tapi akan terjadi pada bahagian badan yang lain pula.

Ada juga kes gegata atau urticaria kronik di mana pesakit diserang gegata berulang-kali yang sukar sembuh untuk tempoh yang lama sehingga bertahun-tahun.

Saya pernah kena pyakit ni semasa bpantang salin anak pertama… Mcm mcm jenis petua dah dicuba, doktor moden atau tradisional. Naik bengkak setiap pagi dan ptg selama 8 bulan. Kalau ikut doktor moden, ia dipanggil allergy, kalau doktor tradisional, ia disebabkan angin. Tjadi ketika badan kita lemah, x cukup daya tahan utk mlawan mcm mcm di psekitaran. Biasanya ia akan sembuh sendiri setelah badan kita dah cukup kuat. (Shu Ye)

Saya kena ni, doc cakap Cronic Idiopathic Urticaria masa ke KPJ Shah Alam.Dari std 6 kena ni. Bawa ke besar. On & off. Makan apa sahaja pun kena, puasa pun kena, diet pun kena. Biasa kena paling pendek ambil masa 1 thn.Ni last saya kena sepanjang 2 tahun. Paling teruk sampai berdarah3 garuk, menangis masa mandi.

Testimoni Gegata Urticaria Aloe Vera Forever Living

 

Penyebab Gegata — Urticaria

Penyakit gegata (urticaria) ini biasanya berpunca daripada alahan terhadap:

  • Makanan seperti makanan laut, keladi, daging lembu, kacang tanah dan sebagainya
  • Ubat tertentu seperti antibiotik
  • Sentuhan kepada allergen seperti daun keladi, debunga, habuk
  • Sengatan haiwan berbisa seperti semut api
  • Perubahan suhu mendadak
  • Sinaran cahaya matahari

 

Suami sy dulu x blh mkn daging,if mkn mesti bgkak 1 bdn,bila dia amalkn mandi limau,alhamdulillah skrg xde gatal n dah blh mkn daging (Nur Anjariyah)

sy pun slalu kena.xtahu punca ape.kdg2 xmkn seafood@ayam@daging pun jd jugak..spare simtec je slalu kalau g mn2..mkn separuh pun dah hilang dlm ms setengah jam.kalau xmkn ubt mmg gatal xboleh tdo.. (Farhana Abdul Hamid)

Gegata (urticaria) akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Gegata juga boleh dirawat segera dengan suntikan antihistamine.

8 Cara Hilangkan Gegata Dengan Berkesan

Berikut adalah beberapa cara yang dikatakan dapat menyembuhkan gegata dengan berkesan.

1 – Sapu Air Garam

Campur garam dengan air suam hingga pekat. Sapu, basuh atau mandi dengan air garam tanpa dibilas.

Air garam dipercayai ubat gegata paling mujarab. Sebab itu gegata juga dikenali sebagai lapar garam, kelopak garam atau sopak garam.

Lau org klate pgl ‘lapar garam’..hihi..garam bancuh dgn air biasa.pah sapu..ntah.tp penah wat n menjadi..atau mandi air pantai.. (Ciq Nie)

2 – Sapu Tepung Beras + Air

Campur tepung beras dengan sedikit air. Uli dan kepal tepung hingga menjadi doh.

Golekkan doh tepung beras pada kulit yang terkena gegata.

3 – Sapu Bedak Sejuk + Air Garam

Hancurkan bedak sejuk dalam air garam. Sapu seluruh bahagian kulit yang terkena gegata.

Sesetengah panggil kelopak garam..mmg gatal..utk redakan klau xda ubat sy akan amik garam n bedak sejuk campur dgn air kemudian lumurkn tempat yg gatal tu (Ummi Puteh)

nk bgtau info.mggu lepas anak kene gegate dengan tiba2..nama dulu2 panggilnya sopak garam..terlampau gatal..lagi garu lagi byk..tdesak guna jaring mandi yg belum dgunakan lagi utk mengaru.bedak sejuk xde..dr dulu lagi klu tjd mcm ini..guna garam+bedak sejuk dan tempek..insyaallah hilang keesokkan hrnya. hrtu xde bedak sejuk.saya letak air+garam..tempek je esk alhamdulilah baik..tp 3hr juga saya ulang bt..penawar sopak garam adalah garam juga (Liza Pjg)

4 – Sapu Bawang Merah Tumbuk

Sy baru shj terkena, seumur hdup baru sekali ni, tiap hari selesai mndi air sejuk sy tumbuk bawang merah smpai lembut, lpas tu balur seluruh bdan, alhamdulillah tak smpai seminggu dh smbuh, sluruh bdan. (Vita Chandra)

5 – Mandi Dengan Cuka Epal – Apple Cider Vinegar (AVC)

Sapu atau mandi dengan Apple Cider Vinegar (ACV) dicampur dengan air suam tanpa bilas dengan nisbah 1:1.

Testimoni Gegata Urticaria Aloe Vera Forever Living

6 – Sapu Kunyit Hidup + Kapur Makan

Tumbuk kunyit hidup bersama kapur makan. Sapu pada bahagian kulit yang ada gegata.

Aruah mak sy dulu sllu guna petua kunyit hidup d gosok k anak lesung.pastu letak kapur masak tu.stakat ni alhmdulillah.bengkak gatal akan surut perlahan2. Bila kena gegata sy amalkan petua aruah ibu sy… (Rafidah Nor)

7 – Suntikan & Ubat Anti Histamine

Jika anda tidak mampu bertahan dengan kegatalan, ketidak-selesaan & kepedihan kulit akibat gegata (urticaria) — anda boleh segera berjumpa doktor. Biasanya doktor akan memberikan suntikan anti-histamin, ubat makan (Piriton/Cetrizine) atau ubat sapu (steroid).

Testimoni Gegata Urticaria Aloe Vera Forever Living

sy penah kene dlm pantang. semnggu br baik.. snpai doc bg injection 2 kali.. pas dpt injection ngantok yg amat! (Noor Era Soraya Rahman)

pernah jgk kena.. lagi di garu lagi menjadi x tau punca.. g klinik ambik injection terus baik esoknya.. ngeri pulak rasa 1 badan bengkak berbintat-bintat.. (Waziah Rasidi)

Putus asa dgn penyakit ni,lbih 10 thn pnyakit ni dtg2,puas berpntang mkanan,tp tetap juga dtg gatal2,mkn piriton asyik mngantuk memanjang… (Shyella Yeng)

Saya dah lama kena tanpa tahu punca.. Doktor yg kebanyakan saya pergi pun hanya bg cetrizine sbgai ubt penahan jika teruk suntikan akan di bagi.. Hlg sekejap dtg blik.. Apa la nsb bergantung dgn ubt di usia muda ni.. (Nur Ain)

Sye bru je kene semalam. Alergic habuk. Saye cube hilangkan dgn mandi & sapu lotion. Alhamdulillah, pagi td bru hilang sikit2. Dulu mse kene, doctor bagi injection yg mmbuatkan sye mengantuk. Maybe untuk mengelakkan sye menggaru gegate tu. Mujarab jugak. Saye x ingat nme ubat yang diinject tu. (Nurul Ain Azizan)

Dari kecik kena penyakit ni. Dulu amik injection tp skang spare cetrizine @ loratadine dlm handbag. Ubat ni ok. X ngantuk. Bila gatal jer br mkn sebiji jer… (Nor Salina)

8 – Forever Aloe Vera Gelly

Kebanyakan cara ubati gegata atau urticaria yang disebutkan tadi adalah agak leceh, renyah dan mengambil masa untuk disediakan.

Saya sarankan anda bersedia dengan Forever Aloe Vera Gelly bagi meredakan kegatalan akibat gegata dan mencegah gegata daripada merebak. Terbukti berkesan!

Antara kebaikan menggunakan Forever Aloe Vera Gelly untuk gegata (urticaria) ialah:

  • Mudah dan cepat – cuma picit dan sapu pada kulit yang ada gegata
  • Tak perlu bancuh
  • Tak perlu tumbuk
  • Tidak berbau kuat/busuk
  • Penawar semulajadi
  • Bebas steroid

 

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI