Khasiat Aloe Vera | 10 Kegunaan Terbaik Aloe Vera

Pokok Aloe Vera Lidah Buaya

Aloe Vera telah digunakan sejak lebih 4,000 tahun dahulu sebagai bahan rawatan dalaman dan luaran penduduk Mesir. Namun kegunaan Aloe Vera dalam dunia kesihatan dan kecantikan moden hanya ditemui bermula tahun 1900-an.

Kajian ke atas gel Aloe Vera menunjukkan ia mengandungi lebih 200 sebatian termasuk 20 jenis asid amino, 12 antrakuinon, 12 vitamin, 8 enzim, 20 mineral, 4 sterol tumbuh-tumbuhan, monosakarida, polisakarida, saponin, asid salisilik, lignin dan hormon. Tindakan-tindakan bersinergi sebatian-sebatian inilah yang dipercayai imunnya, yang pula menolong memperkuatkan sistem pertahanan dan pemulihan badan kita untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan.

Pokok Aloe Vera Lidah Buaya

Berikut ialah 10 kegunaan terbaik Aloe Vera atau Lidah Buaya kepada manusia.

1. Asid Amino – Blok Pembina (Building Blocks) Badan

Asid Amino adalah “blok pembina” badan kita. Ada 8 Asid Amino Penting (essential amino acids) yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita tetapi boleh didapati dari pokok Aloe Vera!

Meminum jus Aloe Vera secara tetap setiap hari membolehkan badan anda mendapatkan sumber asid amino penting ini bagi mengekalkan kesihatan anda pada tahap optimum.

2. Bahan Anti-Keradangan

Gel Aloe Vera mengandungi 12 bahan semulajadi yang terbukti mengawal keradangan (inflammation) tanpa kesan sampingan. Aloe Vera juga menyokong pergerakan sendi dan otot secara semulajadi.

3. Vitamin Semulajadi Harian

Gel Aloe Vera mengandungi Vitamin A, B1, B2, B6, B12, C and E, Folic Acid and Niacin yang semulajadi. Badan kita tidak boleh menyimpan kebanyakan vitamin ini jadi kita perlu mendapatkannya melalui pemakanan harian.

Cara terbaik untuk mendapatkan vitamin semulajadi ini adalah dengan mengamalkan minuman jus ALoe Vera setiap hari.

4. Mineral Semulajadi Harian

Antara mineral semulajadi yang terdapat dalam Aloe Vera ialah kalsium, sodium, zat besi, potassium, chromium, magnesium, manganese, copper dan zink. Sememangnya pokok Aloe Vera adalah sumber vitamin dan mineral semulajadi yang terbaik untuk anda!

Pokok Aloe Vera Lidah Buaya

5. Pemulihan Kolagen dan Elastin

Kulit baru pada badan anda dihasilkan setiap 21-28 hari sekali. Aloe Vera memberikan badan anda sumber blok pembina yang penuh nutrisi bagi membantu kulit anda melawan kesan penuaan.

6. Mengawal Berat dan Tenaga

Gel Aloe Vera Gel yang diminum secara tetap membolehkan badan anda mencuci sistem pencernaan iaitu perut dan usus. Pemakanan harian kita biasanya mengandungi bahan-bahan berminyak dan berlemak yang boleh menyumbat usus dan menyebabkan ketidakselesaan dan keletihan.

7. Menyokong Fungsi Imun Badan

Sistem imun badan anda bekerja 24 jam tanpa henti untuk memberi perlindungan kepada anda. Pengambilan jus Aloe Vera setiap hari dapat membantu menyokong sistem imun badan anda dengan memberikan segala nutrisi yang diperlukan bagi fungsi sistem imun yang normal.

8. Membantu Pencernaan Sihat

Sistem pencernaan yang sihat membolehkan segala khasiat daripada makanan yang anda makan diserap dengan baik oleh saluran darah bagi kegunaan fungsi tubuh yang lain.Meminum jus Aloe Vera setiap hari membantu mengatasi masalah sembelit dan meningkatkan penyerapan protein serta mengurangkan bilangan bakteria jahat secara semulajadi.

9. Memberikan Kelegaan Segera

Aloe Vera meningkatkan fungsi fibroblast iaitu sel-sel yang menghasilkan kolagen dan juga membantu melegakan kulit melecur, luka ringan dan kegatalan kulit.

10. Kebersihan dan Kesihatan Gigi

Aloe Vera dengan sifat antibakteria sangat membantu perkembangan gigi dan gusi yang sihat.

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI