Khasiat Aloe Vera | Kelebihan & Kebaikan Aloe Vera Gel

Khasiat Aloe Vera

Bismillah. Aloe!

Aloe Vera atau lidah buaya adalah sejenis pokok berdaun runcing dari keluarga Liliaceae sama seperti bawang putih dan merah.

Hampir 100 peratus pokok Aloe Vera mengandungi air. Bahagian dalam pelepahnya dipenuhi isi berbentuk gel yang mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.

Aloe Vera mengandungi lebih 200 komponen aktif antaranya vitamin, mineral, asid amino, enzim serta lemak asid malah sudah digunakan masyarakat dunia sebagai terapi untuk kesihatan sejak lebih 5,000 tahun lalu.

Aloe Vera kaya dengan vitamin A, C dan E serta asid folik, choline, B1, B2, B3, B6 dan B12 di samping mineral seperti kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi.

Tumbuhan yang dikenali sebagai sabir dalam Bahasa Arab juga dipenuhi khasiat asid amino dan asid lemak yang penting untuk pertumbuhan tubuh yang sihat di samping mempunyai kemampuan mengurangkan jumlah lemak dalam darah.

Khasiat Aloe Vera

Semua bahan yang terkandung di dalam Aloe Vera bertindak membantu mengurangkan simptom alahan dan masalah penghadaman tidak lancar. Malah pokok Aloe Vera dikatakan mempunyai khasiat yang mampu meningkatkan ketahanan badan bagi melawan penyakit.

Aloe Vera ampu menyegar dan membersihkan saluran penghadaman seterusnya memperbaiki masalah penyingkiran toksin dari badan, yang sememangnya boleh menyebabkan seseorang tertekan.

Khasiat Aloe Vera juga membantu masalah cirit birit dan merawat masalah pencernaan dan pedih ulu hati, selain mengurangkan bakteria dan menyeimbangkan flora dalam perut. Malah ia juga membantu menurunkan berat badan secara tidak langsung apabila sistem penghadaman menjadi lebih sihat.

Aloe Vera Gel juga mampu mencantikkan dan menyihatkan kulit serta merawat masalah seperti jerawat, luka kecil, psoriasis, gigitan serangga, melecur dan memudarkan parut yang masih baru. Ini kerana ia bertindak seperti penawar yang bukan saja dapat melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, malah mempercepatkan proses penyembuhan.

Khasiat Aloe Vera

Sifat Aloe Vera yang kaya dengan air bertindak sebagai pelembap untuk menyegarkan kulit dan membantu memulihkan keadaan kulit yang kering dan rosak. Mereka yang kerap terdedah pada sinaran matahari boleh menggunakan Aloe Vera untuk melegakan keadaan kulit yang terbakar akibat panahan matahari.

Anda boleh menyapu Aloe Vera Gel pada kulit muka sebelum mengenakan mekap. Kulit anda pasti menjadi lebih lembut, lembab dan segar.

Khasiat Aloe Vera

Khasiat Aloe Vera juga mampu melembutkan, melebatkan dan mencantikkan rambut.

Terdapat banyak kelebihan dan khasiat Aloe Vera yang boleh membantu badan anda lebih sihat, bertenaga dan ceria.

  • Membantu mengawal kolestrol dalam darah. Ambil bersama Artic-Sea.
  • Membantu mengurangkan masalah akibat gout.
  • Memperbaiki sel darah.
  • Membantu menghalang penyakit batu karang.
  • Melancarkan sistem penghadaman dan penyakit ulser
  • Menyingkirkan toksin dalam usus dan melindungi usus.
  • Membantu memberi KESEIMBANGAN asid/alkali dalam badan
  • Membantu menyingkirkan kafein yang terhasil dari kopi atau teh
  • Mengurangkan masalah tekanan darah tinggi.
  • Membekalkan mineral, vitamin dan enzim yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.
  • Melegakan sakit buasir
  • Melegakan sembelit kerana bertindak sebagai pelincir untuk sistem perkumuhan.
  • Membantu mengawal kadar gula dalam darah
  • Menguatkan daya ketahanan atau sistem imunisasi badan.
  • Memelihara kesihatan buah pinggang.
  • Mengawal dan memulihkan gastrik
  • Mencantikkan kulit.
  • Membekalkan tenaga
  • Mengawal berat badan.
  • Mengawal kolestrol dalam badan

Khasiat Aloe Vera

Adakah anda mempunyai masalah kesihatan yang berikut?

  • Penyakit kencing manis
  • Penyakit darah tinggi
  • Penyakit gout
  • Masalah gastrik
  • Masalah kulit muka
  • Masalah sembelit.
  • Cepat penat
  • Kolestrol tinggi
  • Berat badan berlebihan @ obesiti

InsyaAllah, Aloe Vera Gel Forever Living boleh membantu anda mendapat kualiti kehidupan yang lebih baik.

Usus sihat, badan kuat, mudah bekerja & beribadat!!

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI