Khasiat Aloe Vera | Rawatan Gastrik Tanpa Dadah dan Pembedahan!!

Bismillah. Aloe!

Gastrik? Alasan ada gastrik sering diberikan oleh mereka yang malas puasa pada bulan Ramadhan.

Tapi tahukah anda apa itu penyakit gastrik dan cara mencegah & mengubati gastrik? Jom belajar!

Penyakit gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut.

Terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghadam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghadamkan/mencerna permukaan perut yang juga adalah daging.

Penyakit Gastriks & Aloe Vera

Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar. Jika dibiarkan tanpa rawatan yang sepatutnya akan mengakibatkan ulser.

“Apabila terlalu banyak asid dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis.” – Dr Sukumar Nadesan, Pakar Bedah Am dan Gastro Intestinal, KPJ Tawakkal Specialist Hospital

JENIS-JENIS PENYAKIT GASTRIK

Gastrik terjadi apabila selaput dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Ada 2 jenis penyakit gastrik iaitu:

  • Gastritis akut –  menyerang dan sembuh dalam waktu yang singkat.
  • Gastritis kronik – gastrik berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun.

Pesakit yang menghidapi gastritis akut ialah mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit.

Penyakit Gastriks & Aloe Vera

Pesakit yang menghidapi gastritis kronik kebanyakannya disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak sihat. Contohnya, terlalu kerap makan di luar, masa makan yang tidak teratur, jenis makanan seperti pedas, berempah dan makan terlalu banyak.

Tabiat buruk seperti minum arak atau merokok juga boleh menyebabkan penyakit gastrik.

PUNCA PENYAKIT GASTRIK

Rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.

Adakah pesakit gastrik tidak boleh sembuh ?

Penyakit Gastriks & Aloe Vera

Jika anda pesakit gastrik jangan risau! Anda boleh sembuh kerana sifat semulajadi membran perut yang mampu membina semula lapisan perut dengan ubat serta rawatan yang betul.

SIMPTOM PENYAKIT GASTRIK

Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Kewujudan penyakit gastrik tanpa simptom tetap boleh menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.

Gejala yang biasa dialami pesakit gastrik ialah simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Jika penyakit gastrik melarat menjadi ulser perut yang menyebabkan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

RAWATAN PENYAKIT GASTRIK

Penyakit gastrik bermula dari amalan pemakanan anda yang tidak sihat. Ubah cara pemakanan dan jenis makanan yang anda makan!

? Makan mengikut disiplin waktu yang tetap
? Minum air suam selepas makan nasi (jangan minum ais!!)
? Minum hanya selepas selesai makan
? Elakkan makanan junk food, jeruk dan mee segera
? Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, orange squash, air limau
? Elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
? Elakkan makan terlalu kenyang
? Elakkan cuka & makanan yang pedas
? Elakkan atau kurangkan daging dan ayam
? Elakkan makanan berangin seperti ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung dll

ALOE VERA & GASTRIK

Amalan meminum Aloe Vera Gel boleh membantu masalah pencernaan dan pedih ulu hati. Aloe Vera juga dapat mengurangkan bakteria dan menyeimbangkan flora dalam perut.

Aloe Vera Gel kaya dengan enzim, mineral dan vitamin yang membantu mengurangkan simptom alahan dan masalah penghadaman tidak lancar. Khasiat Aloe Vera mampu meningkatkan ketahanan badan bagi melawan penyakit.

KHASIAT ALOE VERA

Sifat Aloe Vera yang berair dikatakan mampu menyegar dan membersihkan saluran penghadaman seterusnya memperbaiki masalah penyingkiran toksin dari badan. Aloe Vera bertindak seperti penawar yang bukan saja dapat melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, malah mempercepatkan proses penyembuhan.

ALOE you VERA much!

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI