Masalah Kegemukan Melampau | Gambar Organ Dalaman & Struktur Tulang Orang Yang Obes / Gemuk Sangat Menakutkan!

Bismillah. Aloe!

Semua orang tahu obesiti atau kegemukan melampau adalah berbahaya kepada kesihatan. Tapi orang selalu nampak kegemukan dari fizikal luaran sahaja.

  • Susah nak beli baju sebab tak ada saiz.
  • Muka bulat kembang macam mangkuk.
  • Perut menggelebeh berlipat berkilo-kilo lemak.
  • Peha dan lengan besar tapi tak sado.
  • Bila berjalan sekejap sudah mengah tak cukup nafas.
  • Bila baring terkial-kial nak bangun.

Bukan mengata tapi ini realiti. Kak Ros faham rasanya bila banyak seluar dan baju sudah tak muat lagi. Sedih dan stress sangat!

Tahukah anda macam mana rupa bentuk organ dalaman orang yang gemuk melampau atau obes ini?

Kak Ros kongsi kat sini rupa organ dalaman dan struktur tulang wanita gemuk 113kg berbanding dengan wanita dengan berat badan 55kg.

Masalah Kegemukan Melampau

Tengok bagaimana lemak menyelaputi organ dalaman tubuh orang gemuk ini. Perhatikan lemak yang juga menyelaputi jantung dan otak dia. Sangat menakutkan!

Nampak tak tekanan melampau pada bahagian perut dan organ dalaman dia? Anda rasa boleh beri kesan tak pada masalah GERD dan sistem penghadaman?

Tengok pada tekanan berlebihan pada sendi lutut! Tak rasakah sendi terpaksa menampung berat yang berlebihan ini?

Kak Ros tengok pun rasa sakit-sakit satu badan. Anda rasa?