Penyakit Kronik | Kanser Payudara Pembunuh Nombor 1 Wanita?

Kanser Payudara

Bismillah. Aloe!

Kanser payudara adalah pembunuh utama kaum wanita bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Barah payudara ini boleh terkena kepada semua wanita tidak kira umur muda atau tua. Hampir 3, 500 kes kanser payudara dikesan setiap tahun!!!

Setiap wanita secara semulajadi sudah mempunyai salah satu faktor risiko untuk mendapat kanser payudara. Maka amat penting untuk anda mempunyai kesedaran terhadap kanser payudara. Bulan Oktober telah adalah Bulan Kesedaran Barah Payudara seluruh dunia.

Kanser Payudara

Seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Faktor-faktor risiko tinggi mendapat kanser payudara ialah peningkatan umur, sejarah keluarga (emak, adik-beradik perempuan, anak perempuan yang menghidap kanser payudara), pernah menghidap kanser payudara sebelum ini atau menghidap ketumbuhan pada payudara yang benigna proliferatif (benign proliferative).

Faktor-faktor risiko sederhana mendapat kanser payudara termasuklah sejarah haid (datang haid awal & putus haid lewat), sejarah kelahiran (tiada anak atau melahirkan anak pertama pada usia yang lanjut), mengambil estrogen tambahan, menghidap kanser ovari atau rahim dan meminum arak.

Kanser Payudara

APAKAH BARAH @ KANSER PAYUDARA?

Kanser atau barah berlaku apabila sel-sel badan abnormal bertindak di luar kebiasaan dengan bertukar struktur, merebak dan menghasilkan lebihan tisu yang dikenali sebagai ketumbuhan @ tumor.

Kanser Payudara

Ketumbuhan ada dua jenis iaitu benign (tumor bukan barah) dan malignan (tumor jenis barah). Ketumbuhan @ tumor jenis benign tidak membahayakan nyawa. Hampir 80 peratus pesakit ketumbuhan payudara adalah dari jenis benign.

Kanser @ barah payudara berlaku apabila ketumbuhan malignan berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekali gus memasuki saluran darah serta sistem limfa.

Proses dimana sel-sel kanser payudara merebak ke bahagian dikenali sebagai proses metastasis.

Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

JENIS-JENIS BARAH @ KANSER PAYUDARA

Barah @ kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif.

? Kanser payudara tidak invasif : sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya

? Kanser payudara invasif : sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara

Sel-sel payudara yang normal mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur. Hormon estrogen bertangungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel payu dara.

Ketidakimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser. Namun pelbagai pencetus pertumbuhan kanser dan onkogen terutamanya He-2/nev telah dikenalpasti sebagai penyebab kanser payu dara yang penting.

Onkogen merupakan gen yang mungkin bertanggungjawab dalam pembentukan sel kanser. Fungsi gen ini boleh berubah dan sel-sel boleh terpesong daripada proses kawalan pertumbuhan sel yang normal. Pembentukan kanser merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik, kawalatur hormon dan juga keadaan persekitaran.

TAHAP KANSER PAYUDARA

Tahap  1

Ketumbuhan barah berukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.

Tahap 2

Ketumbuhan barah payudara akan meningkat antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.

Kanser Payudara

Tahap 3

Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).

Tahap 4

Serangan barah @ kanser payudara ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.

Kanser Payudara

FAKTOR -FAKTOR BARAH PAYUDARA

? Umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30’an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara.

? Sejarah keluarga. Terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara

? Sejarah mengidap kanser @ pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.

? Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif

? Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun

? Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)

? Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.

GEJALA @ TANDA KANSER PAYUDARA

Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.

Perubahan utama yang dialami oleh pesakit ialah ketumbuhan yang biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.

Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.

Kanser Payudara

Payudara dan puting akan mengalami perubahan bentuk apabila kanser payudara telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya. Lekukan akan terbentuk pada kulit payudara dan tekstur kulit kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.

Ruam di bahagian ini dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan barah payudara.

CARA MENGESAN BARAH PAYUDARA

Mamografi

Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan.

Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej payudara pada filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan mungkin dijalankan.

Anda boleh lakukan pemeriksaan mamografi di hospital kerajaan dan juga swasta.

Ultrasonografi

Ultrasonografi menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan sifat ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir.

Biopsi

Biopsi adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisu payudara diambil dan diperiksa menggunakan mikroskop.

CARA MENCEGAH KANSER PAYUDARA

Barah @ kanser payudara bukan terjadi sekelip mata. Sel-sel dalam payudara anda mula mejadi tidak normal sedikit demi sedikit sebelum anda mengalami gejala kanser payudara. Ketika di kesan anda mungkin sudah terlambat!!

Kebanyakan barah @ kanser payudara lambat dikesan kerana tiada kesedaran tentang kanser payudara itu sendiri.

Sayangi diri dan orang yang anda sayang. Cegah kanser payudara dengan melakukan pemeriksaan sendiri secara berkala. Disamping itu anda juga perlu:

  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Makan secara sihat
  • Bersenam secara sederhana
  • Ambil supplemen yang kaya anti-oksidan

Khasiat Aloe Vera Forever Living

Jangan biarkan penyakit datang pada kita. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI