Tips Kesihatan | 5 Penyakit Membawa Maut Yang Disebabkan Kolesterol Jahat

Kolesterol Baik Kolesterol Jahat

Bismillah. Aloe!

Banyak penyakit yang berpunca dari kandungan kolestrol jahat dalam darah kita!

Wah! Kolestrol pun macam manusia – ada jahat dan ada baik? Tepat sekali. Kolestrol jahat adalah pembunuh senyap!

Anda tak akan perasan bahawa tahap kolestrol adalah tinggi dalam darah. Sebabnya tidak ada sebarang tanda atau gejala ditunjukkan. Tapi akibatnya sangat bahaya!

Kolesterol Baik Kolesterol Jahat

Paras kolestrol jahat yang tinggi boleh menyebabkan penyakit membawa maut seperti:

  • Artherosklerosis (timbunan lemak melekit/plak dalam salur darah/dinding arteri)
  • Strok atau angin ahmar
  • Tekanan darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Sakit buah pinggang kronik

Kolesterol Baik Kolesterol Jahat

Apa Itu Kolestrol?

Kolestrol adalah sebatian berlilin macam lemak yang terdapat dalam aliran darah dan sel-sel badan kita.

Kolestrol dalam badan kita dihasilkan oleh HATI untuk:

  • Menyokong fungsi otak dan saraf
  • Pembentukan dan penyengaraan membran sel
  • Pembentukan hormon seks
  • Penghasilan garam hempedu yang menolong mencernakan makanan
  • Mengubah cahaya matahari menjadi Vitamin D dalam kulit

Kolesterol Baik Kolesterol Jahat

Setelah kolestrol dihasilkan oleh hati ia akan dihantar menerusi aliran darah ke tempat yang diperlukan. Kolestrol melekat pada molekul yang dipanggil LIPOPROTEIN untuk bergerak ke mana saja melalui aliran darah.

Ada 2 jenis kolestrol:

  1. Lipoprotein Ketumpatan Rendah (LDL) – kolestrol jahat
  2. Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (HDL) – kolestrol baik

Kolesterol Baik Kolesterol Jahat

Kolestrol jahat (LDL) ini menyebabkan penimbunan lemak melekit atau plak dalam pembuluh darah di jantung (arteri).

Kolestrol baik (HDL) pula membawa kolestrol yang tidak diperlukan jauh dari sel dan dikembalikan kepada hati untuk dimusnahkan.

Kolestrol Serum dan Kolestrol Dietari

Tahukah anda?

75% paras kolestrol dalam darah ialah endogenus iaitu dihasilkan oleh hati anda sendiri! Manakala 25% lagi datang dari sumber makanan / diet kita.

Kolestrol dalam darah dipanggil kolestrol serum. Kolestrol dari makanan dipanggil kolestrol dietari.

Memakan makanan tinggi kolestrol boleh meninggikan paras kolestrol serum anda!!

Kolesterol Baik Kolesterol Jahat

Kesan dan Cegah Melalui Ujian Kolestrol

Anda perlu lakukan ujian tahap kolestrol secepat mungkin jika anda:

  • Lelaki berumur 35 tahun ke atas
  • Perempuan berumur 45 tahun ke atas
  • Mempunyai faktor risiko seperti:
  1. Pernah kena serangan sakit jantung
  2. Sejarah keluarga bagi penyakit jantung
  3. Merokok
  4. Sejarah diri atau keluarga bagi tekanan darah tinggi atau diabetes
  5. Obese / berat badan berlebihan
  6. Tidak amalkan 3 aspek gaya hidup sihat!

Kolesterol Baik Kolesterol Jahat

Kolestrol jahat adalah pembunuh senyap. Ia menjadi punca kepada penyakit tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung dan punca utama kepada sakit buah pinggang.

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI