Tips Kesihatan | Penyebab Kanser Prostat & 7 Petanda Awal Kanser Prostat

Bismillah. Aloe!

Kanser prostat adalah barah kedua paling banyak dijangkiti kaum lelaki di seluruh dunia.

Masalah prostat di kalangan lelaki bermula ketika umur pertengahan dan boleh memberi kesan buruk seperti kencing yang terlalu kerap, terasa sakit ketika kencing dan air kencing tidak dapat dikawal *selepas buang air kecil masih ada air kencing menitik*.

Kanser Prostat

Benign Prostatic Hyperplasia ialah keadaan pembesaran kelenjar prostat *bukan kanser* yang biasanya terjadi di kalangan lelaki berumur lebih 50 tahun. Kanser prostat mewakili 7.4% daripada kes barah di kalangan lelaki di Malaysia.

Jangan ambil ringan tentang bahaya kanser prostat. Lazimnya barah ini membesar secara perlahan. Kajian bedah siasat menunjukkan ramai lelaki berumur (ada juga lelaki muda) yang mati akibat penyakit lain juga menghadapi barah prostat yang tidak pernah mendatangkan masalah ketika hayat mereka.

Kanser prostat adalah ketumbuhan sel tidak normal dalam kelenjar prostat. Prostat ialah kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki yang juga dikenali sebagai karsinoma prostatik.

Kanser Prostat

Kanser prostat berlaku apabila sesetengah sel di kelenjar prostat melalui perubahan tertentu di luar kawalan. Ia mula membiak, membesar dan merebak dalam keadaan tidak terkawal yang kemudian ke bahagian badan lain, terutama tulang dan organ tertentu.

Kanser Prostat

Penyebab kanser prostat masih tidak diketahui hingga kini, tetapi sesetengah pengkaji percaya kanser ini disebabkan hormon lelaki, terutama hormon testosteron. Hormon ini bertindak mempercepatkan pembentukan kanser prostat.

Petanda Kanser Prostat

  • Kerap buang air kecil
  • Aliran kencing lemah
  • Mati pucuk
  • Ada darah dalam air kencing
  • Sakit sewaktu buang air kecil
  • Sukar mengawal rasa buang air kecil
  • Sering berasa sakit di pelvis, saraf tunjang, pinggang dan tulang dada

Kanser Prostat

Faktor Risiko

  • Sejarah keluarga
  • Pemakanan
  • Peningkatan usia
  • Pendedahan kepada bahan tertentu seperti kadmium, getah dan logam
  • Penduduk Amerika dan Eropah mempunyai risiko lebih tinggi mendapat kanser ini berbanding Asia

Kanser Prostat

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI