Tips Kesihatan | 9 Tips Untuk Tambah Darah Merah @ Naik Paras Hemoglobin = Hb Pesakit Anemia

Bismillah. Aloe!

Saya adalah penghidap penyakit anemia atau penyakit kurang darah merah ini. Semasa awal mengandung anak pertama (minggu 11), kadar hemoglobin adalah adalah 10 sahaja.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit kurang darah merah boleh dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut kadar hemoglobin dalam darah:

  • Normal (tiada anemia) ~ lebih dari 11
  • Sederhana ke Normal ~ 9.5 – 11
  • Sederhana ~ 8 – 9.5
  • Merbahaya ~ 6.5 – 8
  • Membawa Maut ~ kurang dari 6.5

Kadar hemoglobin dalam darah saya semakin rendah hingga capai 8.5 semasa usia kandungan anak pertama 15 minggu. Macam-macam saya makan seperti pil zat besi, bayam, ketam dan kerang bagi menaikkan paras hemoglobin tapi ia tetap kekal pada kadar 8-8.5 iaitu hampir tahap merbahaya.

Penyakit Anemia Kurang Darah Merah

Rupa-rupanya saya telah melakukan kesilapan besar semasa memakan suplemen iron/zat besi. Kesilapan tersebut menyebabkan zat besi yang dimakan tidak dapat diserap oleh badan!

Saya telah memakan pil zat besi bersama-sama dengan pil kalsium serta minum susu pada masa yang sama. Jangan lakukan ini!

Penyakit Anemia Kurang Darah Merah

Patutlah kadar hemoglobin saya tidak naik langsung, malah semakin menurun. Nasib baik saya mengetahui perkara tersebut sebelum kadar hemoglobin saya menurun pada tahap mengancam nyawa.

Doktor atau jururawat biasanya tidak akan memberitahu tips seperti ini – anda hanya boleh tahu melalui pembacaan jadi kongsikan pengetahuan anda kepada kawan atau keluarga yang mempunyai masalah penyakit kurang darah merah atau anemia ini. Sharing is caring!

Terdapat dua jenis zat besi daripada makanan iaitu heme dan non-heme. Heme iron lebih mudah diserap oleh badan dan terdapat dalam kerang, oysters dan daging merah. Non-heme iron terdapat dalam kekacang, buahan kering dan sayuran hijau.

9 Tips Cara Mencegah Anemia

Jika anda alami anemia, ia boleh dirawat dan dicegah dari berulang dengan memakan ZAT BESI.

1) Zat besi TIDAK boleh dimakan bersama kalsium

Kalsium dalam apa jua bentuk tidak boleh diambil bersama zat besi kerana ia menghalang penyerapan zat besi. Jadi elakkan ambil pil kalsium, susu, yogurt, keju, sardin, ikan salmon, tauhu, broccoli, badam dan makanan kaya kalsium lain bersama makanan kaya zat besi atau pil zat besi.

Sebaiknya susu atau kalsium diambil selang 4 jam selepas pengambilan pil zat besi.

2) Vitamin C membantu penyerapan zat besi

Makanan kaya zat besi (kerang, lala, tiram, ikan bilis, sardine, ikan cencaru) atau pil zat besi mesti diambil bersama buah-buahan yang tinggi vitamin C seperti buah oren, ceri aserola, oren, jambu batu dan betik. Anda juga boleh makan pil vitamin C dari sumber semulajadi.

Penyakit Anemia Kurang Darah Merah

3) Makan banyak makanan berserat tinggi

Pil zat besi biasanya akan menyebabkan masalah sembelit yang akan bertambah teruk jika anda mengandung. Jika anda makan pil zat besi anda perlu makan banyak makanan kaya fiber atau berserat tinggi serta minum banyak air.

Cara yang paling baik ialah dengan memilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung, pucuk keledek, pucuk paku dan ulam raja.

4) Kopi, teh dan coklat TIDAK boleh diambil bersama zat besi

Kopi, teh dan coklat mengandungi tannin atau asid phenolic yang bertindak menghalang penyerapan zat besi oleh badan sehingga 90%. Jika anda tidak boleh hidup tanpa kopi, teh dan coklat – sila ambil minuman ini sekurang-kurangnya 2-4 jam selepas pengambilan zat besi.

Penyakit Anemia Kurang Darah Merah

5) Telur TIDAK boleh diambil bersama zat besi

Telur mengandungi phosvitin iaitu sejenis protein dengan kebolehan mengikat zat besi dan menghalang zat besi daripada diserap oleh badan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sebiji telur rebus boleh mengurangkan penyerapan zat besi dari makanan sebanyak 28%.

6) JANGAN makan bayam!

Biasanya kalau ada anemia kita dinasihatkan supaya makan bayam. Walaupun bayam mengandungi banyak zat besi tetapi sebenarnya badan kita tidak dapat menyerap zat besi daripada bayam.

Penyakit Anemia Kurang Darah Merah

Kenapa begitu? Ini adalah kerana bayam mengandungi oxalates (bahan dari oxalic acid) yang boleh menghalang penyerapan zat besi oleh badan. Selain dari bayam, oxalates juga didapati dalam coklat, teh, bran gandum, strawberi dan herba seperti oregano, basil dan parsley.

Jadi jangan makan bayam dan makanan tinggi oxalates bersama pil zat besi.

7) Ubatan yang mengurangkan asid perut TIDAK boleh diambil bersama zat besi.

Ubat-ubatan seperi antacids menyebabkan kekurangan/kehilangan asid perut dan menghalang penyerapan zat besi oleh badan.

8) Bijiran Penuh TIDAK boleh diambil bersama zat besi

Bijiran penuh (whole grains) dan juga badam, walnut, sesame dan cereal mengandungi phytate yang boleh mengurangkan penyerapan zat besi sehingga 65%.

 9) JANGAN makan organ dalaman!

Walaupun sains menyatakan organ dalaman seperti hati ayam mengandungi zat besi yang tinggi tetapi jangan makan!

Organ dalaman haiwan terutama hati adalah tempat segala toksin dan racun dalam badan haiwan diproses/disimpan sebelum dikumuhkan. Kenapa nak makan benda yang memproses racun?

Malah Islam sendiri menjatuhkan hukum makhruh jika memakan organ dalaman seperti hati, jantung, paru-paru, perut dan sebagainya.

Masalah kekurangan zat besi tidak boleh dirawat dalam masa yang singkat. Anda mungkin perlu mengambil pil zat besi selama beberapa bulan atau lebih lama bagi memulihkan simpanan zat besi dalam badan anda.

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI