Bismillah. Aloe!
Penyakit boleh menyerang badan kita pada bila-bila masa. Terutama tanpa kita sedari!
Kebanyakan orang hanya dapat tahu diri ada penyakit kronik bila sudah berada pada tahap kritikal atau merbahaya. Pada masa itu sangat susah untuk mengubati dan kos perubatan sudah tentu banyak sekali.
Alangkah baiknya kalau kita dapat tahu tentang adanya tanda-tanda penyakit dalam badan kita lebih awal. Bila kita dapat tahu lebih awal maka kita ada banyak peluang untuk sembuh!
Sebab itu Ujian Kesihatan Awal boleh menyelamatkan nyawa. Kita boleh buat Ujian Kesihatan di mana-mana klinik atau hospital yang ada menyediakan kemudahan itu.
Berikut adalah Ujian Kesihatan Awal yang biasanya dilakukan untuk menilai tahap kesihatan badan kita. Ujian Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index – BMI) dan Ukur-Lilit Pinggang boleh kita lakukan sendiri.
Manakala Ujian Tekanan Darah dan Glukos Darah Rambang boleh juga dilakukan sendiri di rumah JIKA kita ada peralatan sendiri iaitu Pemantau Tekanan Darah (Blood Pressure Monitor) dan Pemantau Glukosa Darah (Blood Glucose Monitor).
Ujian Urinalisis dan Kolestrol Darah Rambang hanya boleh dilakukan di klinik atau hospital.
Mari kita sama-sama lakukan Ujian Kesihatan Awal.
1. Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index)
Anda boleh guna kalkulator Indeks Jisim Tubuh (BMI) secara online. Klik sini.
Masukkan Tinggi dalam CM dan berat dalam KG. Kemudian tekan butang Calculate. Berapakah BMI anda?
Pengelasan | BMI (kg/m2) | Risiko Pada Kesihatan |
Kurang Berat Badan | < 18.5 | Risiko Rendah |
Normal (Unggul) | 18.5 – 22.9 | Boleh diterima |
Pra-Gemuk | 23.0 – 27.4 | Risiko meningkat |
GEMUK | lebih dari 27.5 | Risiko tinggi! |
2. Ukur-Lilit Pinggang
Gunakan pita pengukur untuk ukur ukur-lilit pinggang dalam CM.
Panduan | Lelaki < 90cm | Perempuan< 80c |
3. Tekanan Darah: ____ /_____ (sistolik/diastolik)
Kategori* | Sistolik (mmHg) | Diastolik (mmHg) | Cadangan |
Normal | < 130 | < 85 | Uji lagi dalam setahun |
Pra-hipertensi | 130-139 | 85-89 | Uji lagi dalam 3-6 bulan |
Hipertensi tahap 1 | 140-159 | 90-99 | Uji lagi dalam 2 bulan |
Hipertensi tahap 2 | 160-179 | 100-109 | Uji lagi dalam 1 bulan |
Hipertensi tahap 3 | 180-209 | 110-119 | Uji lagi dalam seminggu |
Hipertensi tahap 4 | lebih 210 | lebih 120 | Uji secepat mungkin! |
4. Urinalisis: Glukos: ____ mg/100mL Protein: _____ mg/100mL Darah: ____ RBC/uL
Panduan Urinalisis: Kehadiran glukos dan/atau protein dalam air kencing menunjukkan kemungkinan penyakit diabetes (kencing manis), masalah buah pinggang atau jangkitan salur kencing.
Darah yang terdapat dalam air kencing mungkin salah satu gejala penyakit buah pinggang.
5. Gkukos Darah Rambang*: ______ mmol/L
Darah Rambang* | |
Keputusan (mmol/L) | Cadangan |
< 5.6 | Risiko diabetes rendah |
5.6 – 11.0 | Jalankan ujian glukos darah (berpuasa) |
lebih 11.0 | Jumpa doktor cepat! |
6. Kolestrol Total Darah Rambang*: ____ mmol/L
Darah Rambang* | Risiko rendah | Sempadan risiko tinggi | Risiko tinggi |
Kolestrol Total | < 5.17 | 5.17 – 6.19 | lebih 6.20 |
*Pengukuran secara rambang tertakluk pada kebolehubahan berdasarkan pengambilan makanan terakhir anda. Perlukan pengesahan darah ketika berpuasa.
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630
BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI