Tips Kesihatan | Penyakit Diabetes atau Kencing Manis

Bismillah. Aloe! Kak Ros dari Forever Living Products di sini.

Statistik menyatakan terdapat lebih daripada 5.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes! Adakah anda salah seorang daripadanya?

Penyakit diabetes atau kencing manis biasanya dikaitkan dengan kesan fizikal seperti gangren iaitu anggota badan (kaki, tangan, jari) mati atau membusuk selepas tercedera.

Ramai pesakit kencing manis yang mengalami gangren perlu di potong bahagian anggota badan seperti kaki yang sudah membusuk dan mati.

Kira-kira 5.6 juta daripada 28 juta penduduk Malaysia menghidap penyakit diabetes manakala 1.4 juta daripada jumlah (5.6 juta) mengalami komplikasi kaki yang serius. — Koordinator Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Harikrishna K.R. Nair.

Menurut kajian di Amerika Syarikat, sakit jantung yang berpunca daripada diabetes merupakan sebab utama kematian di negara itu iaitu sebanyak 55 peratus. Sebanyak 10 peratus pula kematian disebabkan angin ahmar yang berpunca daripada diabetes.

Penyakit Kencing Manis - Diabetes

Apakah Diabetes atau Kencing Manis?

Penyakit diabetes adalah penyakit merbahaya yang tidak ada ubat. Ia berkait rapat dengan kebolehan badan menghasilkan dalam menggunakan INSULIN – sejenis hormon yang sangat diperlukan badan untuk menukar gula dalam badan kepada tenaga.

Tahukah anda? Diabetes atau kencing manis adalah punca utama kepada penyakit-penyakit merbahaya lain seperti kegagalan fungsi buah pinggang, sakit jantung, strok/angin ahmar dan katarak mata.

Penyakit Kencing Manis - Diabetes

JENIS-JENIS PENYAKIT KENCING MANIS

Jenis 1 – Bergantung Pada Insulin (Insulin-Dependent)

Penyakit diabetes atau kencing manis Jenis 1 berlaku akibat kegagalan badan menghasilkan insulin – hormon yang membuka pintu sel bagi membolehkan glukosa diserap dan ditukar menjadi tenaga.

Badan tidak berupaya menghasilkan insulin akibat proses auto-imun dimana sistem imun badan menyerang dan memusnahkan sel pankreas (sel penghasil insulin).

Glukosa tidak dapat diserap oleh sel kerana tiada insulin dan menyebabkan glukosa berkumpul dalam darah. Penghidap diabetes Jenis 1 perlu mengambil suntikan insulin setiap hari dan memantau paras glukosa/gula dalam darah.

Anda berisiko tinggi mendapat penyakit kencing manis jenis pertama jika

  • adik beradik kepada penghidap diabetes jenis 1
  • anak kepada penghidap diabetes jenis 1

Gejala Penyakit Kencing Manis atau Diabetes Jenis 1

  • kerap kencing
  • kerap dahaga
  • rasa lapar melampau
  • berat badan jatuh mendadak
  • keletihan melampau
  • mudah marah

Penyakit Kencing Manis - Diabetes

Jenis 2 – Tidak Bergantung Pada Insulin (Non-Insulin Dependent)

Penyakit diabetes Jenis 2 berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakan insulin dengan baik.

Biasanya penyakit kencing manis jenis ini boleh dikawal dengan pemakanan dan senaman. Tidak ramai pesakit kencing manis jenis 2 perlu makan ubat dan disuntik insulin.

Sebanyak 98% daripada 5.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kencing manis adalah penghidap diabetes Jenis 2.

Penyakit Kencing Manis - Diabetes

Anda berisiko tinggi mendapat penyakit kencing manis jenis kedua jika

  • keluarga ada sejarah diabetes
  • masalah kegemukan atau obesiti
  • tidak atau kurang bersenam
  • wanita yang melahirkan anak dengan berat lebih 9 paun (4 kilogram)
  • usia semakin meningkat

Gejala Penyakit Kencing Manis atau Diabetes Jenis 2

Anda berisiko mendapat diabetes jenis kedua jika anda ada mana-mana gejala diabetes jenis pertama dan juga:

  • jangkitan kuman yang kerap
  • penglihatan kabur
  • luka/calar yang sukar sembuh
  • kebas pada tangan dan kaki
  • jangkitan berulang pada kulit, gusi atau pundi kencing

Diabetes Ketika Hamil (Gestational diabetes)

Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian.

Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes.

Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh.

Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun.

Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi bersaiz besar dan mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.

Diabetes Bentuk Lain

Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain.

Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.

Forever Living Malaysia
PERHATIAN: Produk ini boleh didapati dari Pengedar Forever Forever Living Products yang sah, atau boleh BELI ONLINE, atau anda boleh JADI AHLI untuk dapat diskaun 15%! Daftar ahli hanya RM105 & dapat FREE 1x Aloe Vera Gel.

Daftar Ahli.

Anda boleh BELI ONLINE dari mana2 lokasi di Australia, Belgium, Canada, Cyprus, Czech Republic, Spain, United Kingdom, Greece, Northern Ireland, Ireland, Luxembourg, Malaysia, Netherlands, New Zealand, Philippines, Portugal, Singapore, Slovak Republic, United States and South Africa. Produk akan dihantar terus kepada alamat anda di negara tersebut!

Beli Produk Forever Living Online
Jika anda berada di mana2 negara yang tersenarai di bawah, anda boleh BELI ONLINE dengan klik pada bendera negara berkenaan.
Australia
Czech Republic
Netherlands
New Zealand
Slovac Republic
Belgium
Spain
Ireland
Philippines
United States  
Canada
United Kingdom
Luxembourg
Portugal
South Africa
Cyprus
Greece
Malaysia
Singapore
 

DISCLAIMER: Pernyataan dalam laman web ini adalah pendapat penulis, berdasarkan pengalaman peribadi menggunakan Aloe Vera, pengalaman orang lain dan hasil pembacaaan dari buku, majalah dan sumber internet. Produk yang dibincangkan tidak bermaksud untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan penyakit2 tertentu. Ia juga tidak bertujuan untuk menggantikan ubat yang disyorkan oleh doktor anda. Anda disarankan berbincang dengan doktor jika mengalami apa2 masalah kesihatan atau sebelum memutuskan untuk mengambil supplemen dari Aloe Vera dan lain2.

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula hanya RM105 sahaja. Tak perlu maintain belian bulanan. Kelas ilmu produk dan training bisnes. Video live training bagi yang jauh. TIADA ALASAN untuk berjaya di Forever. Sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/info!
Nama anda akan disenarai sebagai business partner Team Cikros Forever di laman web KhasiatAloeVera.com dan dapat pelbagai BENEFITS yang best.

Ros.