Tips Penyakit & Rawatan | Penyakit Kurang Darah Merah @ Anemia

Penyakit anemia atau kurang darah merah adalah penyakit akibat kekurangan zat besi yang biasa berlaku di kalangan wanita. Mengikut WHO Global Database on Anemia, Malaysia peratusan penghidap penyakit anemia adalah:

  • 30% wanita yang tidak hamil
  • 38% wanita sedang mengandung
  • 14% lelaki kawasan luar bandar

Penyakit anemia atau penyakit kurang darah merah berlaku kerana kekurangan ZAT BESI (IRON) yang menyebabkan kita kekurangan sel darah merah yang sihat (hemoglobin) di dalam peredaran darah bagi membawa oksigen ke tisu badan.

Penyakit Anemia Kurang Darah Merah

Badan kita memerlukan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin/sel darah merah. Oksigen yang diperlukan dalam sel dan tisu badan hanya boleh diangkut melalui hemoglobin. Jika hemoglobin atau sel darah merah sihat kurang bermakna sel dan tisu badan kita tidak akan mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.

Penyakit Anemia Kurang Darah Merah

Penyebab Anemia – Kurang Darah Merah

Ada beberapa sebab kita mendapat penyakit kurang darah merah.

  • Kehilangan darah yang disebabkan pendarahan haid yang berlebihan, radang perut, kanser kolon dan usus atau fibroid rahim
  • Diet yang tidak sesuai atau pemakanan yang tidak seimbang dan tidak mengandungi zat besi, asik folik dan vitamin B12
  • Ketidakupayaan badan untuk menyerap zat besi disebabkan gangguan pada usus
  • Kehamilan disebabkan peningkatan isipadu darah ibu bagi memenuhi keperluan pertubuhan bayi.
  • Jarak kehamilan terlalu rapat iaitu kurang dari 2 tahun

Gejala Penyakit Kurang Darah Merah

  • Pucat
  • Rasa letih lesu dan tidak bermaya
  • Sentiasa rasa pening
  • Rasa pitam bila bangun (sakit kepala/pening)
  • Kebas/sejuk kaki dan tangan
  • Rasa mengah dan berdebar-debar (sesak nafas)
  • Degupan jantung laju
  • Kuku mudah rapuh

Penyakit Anemia Kurang Darah Merah

Kita juga boleh mengetahui samada kita kurang darah merah melalui pemeriksaan darah di klinik atau hospital. Sedikit darah akan diambil dari hujung jari dan kadar hemoglobin dalam darah boleh diketahui.

Jika kadar hemoglobin dalam darah kurang dari 11 bermakna kita sedang alami penyakit anemia atau kurang darah merah.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit kurang darah merah boleh dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut kadar hemoglobin dalam darah:

  • Normal (tiada anemia) ~ lebih dari 11
  • Sederhana ke Normal ~ 9.5 – 11
  • Sederhana ~ 8 – 9.5
  • Merbahaya ~ 6.5 – 8
  • Membawa Maut ~ kurang dari 6.5

Penyakit Anemia Kurang Darah Merah

Wanita adalah golongan paling berisiko untuk mendapat penyakit kurang darah merah (IDA – Iron Deficiency Anemia). Terutama jika kita alami pendarahan haid berlebihan, sedang mengandung, baru melahirkan anak, sedang menyusu bayi dan kurang ambil makanan yang kaya zat besi.

Di Malaysia, terdapat kira-kira 30% wanita yang tidak hamil pada lingkungan umur subur, 38% wanita hamil dan 14% lelaki yang berada di kawasan luar bandar mengalami kekurangan zat besi – (sumber: WHO Global Database on Anemia, Malaysia 2007).

Golongan-golongan berikut juga berisiko tinggi mendapat anemia.

  • Pesakit yang baru menjalani pembedahan
  • Bayi, kanak-kanak atau remaja dalam fasa pertumbuhan tubuh yang pesat
  • Pesakit radang perut atau kanser kolon

 

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI