#13 Faktor yang perlu diambilkira dan perhatian sewajarnya dalam memilih makanan kesihatan

· Kebersihan: tahap dan mutu
Walaupun semua orang tahu kepentingan kebersihan tetapi kerap diabaikan seperti keadaan terdesak, kesuntukan masa dan kesibukan tugas. Sepatutnya tahap dan mutu kebersihan mengatasi segala-galanya.


· Kandungan (ingredients)
Bacalah dengan teliti dan faham akan segala kandungan makanan dan kalau perlu cara-cara menggunakannya.

· Kesegaran / Keaslian / Ketulenan
Pilihlah hanya yang segar, asli dan tulin kerana ini menandakan tahap kualiti makanan. Makanan berkualiti, makanan berkhasiat dan makanan kesihatan.

· Keselamatan – keracunan, kandungan bahan kimia & tahap pencemaran
Faktor ini harus mendapat perhatian yang serious sekali kerana tersilap pilih akan membawa padah kepada diri sendiri dan ahli keluarga. Bahan-bahan ‘preservative and additive’ yang berlebihan perlu dielakkan.


· Punca asal sumber / Pengeluar barangan makanan
Adalah lebih elok kalau diketahui dari mana sumber punca makanan tersebut dihasilkan

· Yang kurang lemak / kolesterol
Makanan berlemak / berkolesterol tinggi memang merbahayakan kesihatan. Makanan bersumberkan haiwan mengandungi kolesterol yang
tinggi berbanding bersumberkan tumbuhan seperti sayuran, buahan serta ulaman.

· Banyakkan pemakanan sayuran dan buahan
Yang paling baik ialah membanyakkan memakan sayuran dan buahan kerana ia mengandungi bahan semulajadi yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi menjana kesihatan dan disamping membekalkan serat yang
boleh menyerapkan lebihan lemak tubuh.

· Tarikh luput (expired date)
Ini juga kerap diabaikan oleh pengguna. Tentukan setiap makanan yang dibeli pada masa dan tahap yang boleh digunakan lagi.

· Jangan terpengaruh dengan iklan atau jurujual
Ramai orang tanpa berfikir selalunya terpengaruh dengan daya tarikan iklan atau jurujual yang petah bercakap. Fikirkan secara waras apa yang diiklankan atau diperkatakan oleh media atau jurujual barangan tersebut.

· Kurangkan makan di luar
Maksud makan di luar ialah makan di gerai atau di restoren kerana kebanyakan operator gerai / restoren dalam penyediaan makanan dari segi mutu dan kebersihan diragui. Kalau perlu pilihlah tempat yang diyakini keselamatannya. Makan di rumah, masakan sendiri adalah lebih elok.

· Kurangkan gula dan garam terutama yang putih-bertapis (white-refined sugar & salt).
Kurangkan pengambilan makanan yang mengadungi tinggi gula dan garam bertapis kerana gula dan garam yang berlebihan boleh menjadi punca pelbagai penyakit kronik seperti kegemukan dan darah tinggi.

· Selalu memakan makanan yang mempunyai bahan antimikrobial (anti microbial).
Bahan antimikrobial bertindak melawan banyak jenis bakteria, fungi, parasit dan virus. Bawang putih (garlic) mempunyai tinggi kandungan antimikrobial, sangat baik dimakan selalu, terutama dalambentuk jus. Kunyit boleh melegakan usus dan bengkak-bengkak dalaman. Halia yang mempunyai lebih daripada empat ratus bahan kimia aktif (Leo Galland, 1997) boleh menolong banyak masalah penghadazaman dan melawan parasit dalam usus.

· Ikuti garis panduan piramid pemakanan
Panduan piramid pemakanan adalah satu panduan carta kelompuk makanan mana yang sepatutnya dimakan lebih banyak daripada yang lain. Sesiapa yang ada kemudahan internet boleh melayari laman web http://nutriweb.org.my/, yang direkabentuk khusus untuk penduduk Malaysia.

Kredit : http://tajabody.blogspot.com/

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI