Khasiat Aloe Vera | Apakah Aloe Vera?

Aloe Vera atau lebih dikenali sebagai pokok Lidah Buaya adalah pokok seribu kegunaan yang berasal dari negara Afrika. Kini Aloe Vera boleh ditemui ditanam di banyak negara di dunia termasuk Malaysia. Nama saintifik pokok Aloe Vera ialah Aloe Barbadensis Miller.

Pokok Aloe Vera biasanya di tanam di dalam pasu sebagai tanaman hiasan. Daun pokok Aloe Vera atau Lidah Buaya ini agak runcing, tebal, permukaan berbintik-bintik dan mempunyai sisi yang bergerigi (berduri kecil).

Pokok Aloe Vera Lidah Buaya

Gel Aloe Vera banyak digunakan sebagai bahan dalam produk kecantikan dan kesihatan, diminum sebagai jus dan digunakan sebagai pengawet asli.

Tahukah anda? Ada terdapat beratus-ratus spesis Aloe di dalam dunia. Tetapi jenis pokok lidah buaya yang paling banyak khasiat kepada kesihatan dan kecantikan manusia ialan jenis Aloe Barbadensis Miller yang lebih di kenali sebagai Aloe Vera (vera, dari perkataan Latin yang bermaksud “benar”).

Jeli atau gel di bahagian dalam daun Aloe Vera memang terkenal dengan keupayaan untuk menyamankan, menyejukkan dan melembabkan kulit. Gel Aloe Vera yang disapu pada kulit boleh melegakan luka ringan akibat terbakar, melembabkan kulit yang tegang dan boleh membantu keupayaan kulit untuk membina sel baru.

Pokok Aloe Vera Lidah Buaya

Jus Aloe Vera yang dibuat daripada gel dalam daunnya memberikan anda 200 bahan nutrisi kesihatan, termasuk 20 mineral, 18 asid amino dan 12 vitamin semulajadi. Mengamalkan jus Aloe Vera setiap hari adalah penting jika anda mahu mengekalkan sistem pencernaan yang sihat dan menambah tenaga.

 

 

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI