Bismillah. Aloe!
Tarian singa adalah sejenis persembahan kebudayaan di mana penari akan meniru pergerakan Sang Singa, lengkap dengan kostum singa.
Setiap seekor singa ini dimainkan oleh dua penari iaitu seorang di bahagian hadapan untuk menggerakkan kepala manakala seorang lagi di bahagian belakang.
Kedua-dua penari ini akan bergerak seperti singa di atas pentas atau ruang yang disediakan. Ada kalanya dua atau tiga ekor singa akan mempamerkan aksi akrobatik sambil berlawan berebut limau dan sebagainya.
Biasanya tarian singa ini diadakan untuk meraikan Tahun Baharu Cina dan dipercayai boleh mendatangkan tuah.
Seni tarian singa ini adalah senaman berbentuk fizikal yang baik untuk kesihatan.
Kak Ros memang suka tengon tarian singa. Masa kerja dulu syarikat memang selalu adakan tarian singa sempena Tahun Baru Cina.
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630
BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI