Khasiat Bawang Putih | Kebaikan Garlic dan Kehebatan Daun Thyme Dalam Forever Garlic Thyme

Bismillah. Aloe!

Bawang putih (Allium Sativum) adalah sejenis bawang yang biasa digunakan untuk menyedapkan masakan dan juga sebagai bahan perubatan tradisional.

Minyak bawang putih & bawang putih bakar juga sering digunakan oleh ibu-ibu sebagai natural remedy untuk merawat batuk dan selsema bayi & kanak-kanak.

Bawang putih telah digunakan sebagai makanan dan ubatan dalam banyak kebudayaan sejak beribu-ribu tahun lalu. Kaum Cherokee juga mengunakannya untuk melegakan dada dan paru-paru (expectorant ) untuk batuk dan tekak (croup). Bawang putih juga digunakan dalam rawatan penyakit berkaitan jantung dan darah.

Khasiat Bawang Putih - Forever Garlic Thyme

Bawang putih juga dikatakan mampu membantu mengawal tahap gula dalam darah. Penggunaan terapeutik ekstrak bawang putih tua secara teratur dan berpanjangan menurunkan paras homocysteine darah dan menunjukkan pencegahan sesetengah komplikasi diabetes mellitus.

Nota: Pesakit diebetes yang mengambil insulin mesti mendapatkan nasihat doktor sebelum makan supplemen bawang putih.

Menurut Dr Yong xiang Zhang dari Universiti Tokyo, Jepun — bawang putih mampu melambatkan proses penuaan!

Bawang putih juga telah diketahui menghasilkan bahan kimia tertentu untuk membantu menurunkan tahap kolesterol LDL dan membantu mencapai tahap kolesterol HDL yang tinggi, seterusnya membantu seseorang untuk mengurangkan kandungan kolesterol darah di dalam badan.

Khasiat Bawang Putih - Forever Garlic Thyme

Dr. Gilles Fillion dari Institute Pasteur di Perancis berpendapat, bawang putih dapat membantu meredakan kegelisahan, rasa cemas dan tekanan perasaan. Beliau menemui bahawa bawang putih membantu melepaskan serotonin, sejenis bahan kimia yang terlibat dalam pengaturan keadaan hati (perasaan) dan tingkah laku termasuk rasa cemas, murung, rasa sakit, agresif, stress, kurang tidur dan ingatan.

Kadar serotonin yang tinggi dalam otak cenderung berfungsi sebagai ubat penenang yang mententeramkan, memudahkan tidur, dan meringankan kemurungan dan bawang putih mampu menormalkan sistem serotonin tersebut.

Khasiat Bawang Putih Dalam Forever Garlic-Thyme

Bawang putih memang terkenal kerana khasiatnya untuk melegakan pelbagai masalah kesihatan. Tapi kalau nak telan bawang putih mentah macam tu je emmmm…. susah tu! Lagipun untuk dapatkan khasiat bawang putih anda perlu makan banyak bawang putih mentah setiap hari.

Jangan risau. Anda boleh dapatkan segala khasiat bawang putih dengan Forever Garlic-Thyme. Tak perlu merebus dan menggoreng lagi untuk mendapatkan khasiat bawang putih.

Antara khasiat bawang butih @ garlic dalam Forever Garlic-Thyme ialah:

1. Sebagai Anti-Bakteria

Bahan kimia utama yang terdapat dalam bawang putih adalah Sativine dan Allicin. Allicin berperanan sebagai agen anti-bakteria yang kuat.

2. Sebagai Antibiotik

Asid amino Allicin dalam bawang putih menjadikan ianya berperanan sebagai antibiotik yang dapat memusnahkan bakteria, virus, ameba dan mikroorganisma berbahaya lain.

Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi yang kuat. Kajian menunjukkan kuasa antibiotik bawang putih mampu memusnahkan mikro-organisma yang tidak dapat dimusnahkan oleh ubat yang paling kuat, tanpa kesan sampingan berbahaya.

3. Membantu Proses Penyembuhan Penyakit

Bawang putih mengandungi bahan aktif Allium (Dialyl Sulfides) yang berfungsi untuk meningkat keaktifan sistem imun untuk melawan kanser dan memecahkan bahan pembentukan kanser tersebut. Kajian menunjukkan bahawa Dialyl Sulfides mampu mengurangkan kadar karsinogen (agen pembentukan kanser) dalam organ hati yang tidak aktif.

4. Membantu Proses Pertumbuhan Sel

Bahan kimia di dalam bawang putih iaitu Sativine pula merupakan bahan kimia yang mengandungi daya mempercepat pertumbuhan sel dan pertumbuhan jaringan. Di samping, ia juga dapat merangsang susunan saraf.

Khasiat Thyme Dalam Forever Garlic-Thyme

Herba Thyme mengandungi thymol yang mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-kulat.

Herba Thyme mengandungi banyak flavonoid “Phenolic Antioxidant” seperti Zea-xanthin, lutein, pigenin, naringenin, luteolin, dan thymonin. Kajian menunjukkan bahawa daun Thyme segar mempunyai salah satu tahap antioksidan yang tertinggi di kalangan herba, iaitu nilai ORAC (Kapasiti Menyerap Radikal Oksigen) sebanyak 27426-µmol TE / 100 g.

Daun thyme adalah sangat kaya potassium, iron, calcium, manganese, magnesium dan selenium. Potassium merupakan komponen penting dalam sel dan cecair badan yang membantu mengawal kadar tekanan jantung dan tekanan darah. Manganese digunakan oleh badan sebagai faktor gabungan untuk enzim antioksidan, superoxide dismutase. Manakala iron/besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.

Daun thyme juga kaya dengan pelbagai vitamin penting seperti B-kompleks vitamin, beta karotena, vitamin-A, vitamin-K, vitamin-E, vitamin-C, dan asid folik. Vitamin C membantu tubuh manusia meningkatkan rintangan terhadap agen jangkitan berberbahaya dan radang radikal bebas.

Khasiat Forever Garlic-Thyme

Forever Garlic-Thyme menggabungkan dua antioksidan berkuasa iaitu bawang putih dan thyme yang membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan anda.

Kajian menunjukkan bahawa bahan lain yang terkandung dalam bawang putih ini membantu metabolisme tubuh dengan menukar lemak kepada tenaga dan melindungi tubuh dari radikal bebas.

Bawang putih telah digunakan semenjak berkurun-kurun lamanya oleh hampir semua tamadun yang dikenali untuk memelihara kesihatan secara umum. Juzuk penting yang terdapat dalam bawang putih adalah allicin, alliin, scordinine dan germanium. Thyme adalah sejenis herba Eropah yang berguna bagi pemeliharaan sistem penghadaman yang sihat

Kenapa Forever Living Gabungkan Garlic dan Thyme?

Gabungan bawang putih dan tyme akan menggandakan kekuatan antibiotik semulajadi dan menjadikannya ianya mudah dicerna.

Anda disaran amalkan meminum Forever Garlic-Thyme setiap hari jika anda mahu:

  • nikmati khasiat antioksidan tinggi dari bawang putih tanpa bau
  • meredakan selsema dan batuk kerana khasiat bawang putih ‘decongestant’ asli
  • membasmi kuman dalam paru-paru, usus dan kulit
  • mencairkan kolesterol secara semulajadi tanpa kesan sampingan
  • mengatasi masalah jerawat
  • mengawal tekanan darah
  • mengelak demam, selsema, jangkitan dada dan resdung
  • meningkatkan penglihatan mata yang kurang akibat kencing manis (diabetes)
  • membantu memulihkan gangguan saraf serta kesan-kesan kemoterapi dan radioterapi

Khasiat Bawang Putih - Forever Garlic Thyme

Khasiat bawang putih dan daun thyme dalam Forever Garlic-Thyme dapat menyokong sistem imun tubuh badan anda serta MEMBANTU:

1. Menyokong Sistem Pernafasan

Kandungan sulfur dan mineral lain dalam bawang putih menghasilkan keupayaan semulajadi untuk menyokong sistem pernafasan kita. Forever Garlic-Thyme telah digunakan oleh pakar herba di Amerika dan seluruh Eropah.

Khasiat bawang putih ni sangat sesuai untuk mereka yang menghidap asma, bronchitis, batuk dan jangkitan pada saluran pernafasan.

2. Menyokong sistem imun badan yang sangat berkesan

Sebatian semulajadi yang ditemui dalam bawang putih telah digunakan berabad lamanya sebagai sokongan sistem imun badan. Bawang putih membantu mengekalkan dan menguatkan sistem imun badan kerana ia mengandungi salenium bersifat anti oksidan, germanium dan allicin yang merupakan antibiotik semulajadi.

Kedua-dua unsur ini membantu meningkatkan lagi tahap imunisasi badan secara semulajadi. Mereka yang menghidap masalah alahan seperti kerap selsema amat digalakkan mengamalkan garlic-thyme ini.

3. Kaya dengan Fitonutrien

Fitonutrien ini hanya boleh didapati dari tumbuhan tertentu yang sangat memberi manfaat kepada kesihatan manusia dan mencegah pelbagai penyakit. Bawang putih dan thyme merupakan gabungan fitonutrien yang terbaik dan mempunyai keupayaan anti oksidan yang sangat tinggi.

4. Agen Detoks yang berkesan

Bawang putih juga sangat sinonim dengan detoksifikasi badan. Kandungan sulfida dalam bawang putih menjadi agen detoks yang baik untuk badan. Detoks di sini bermaksud membawa keluar segala toksin yang tidak diperlukan oleh badan kita.

5. Bersifat Anti Oksidan

Gabungan bawang putih dan thyme memberikan keupayaan anti oksidan yang berganda. Thyme mengandungi tannin, fenol dan thymol merupakan sebahagian daripada kandungan anti oksida. Kita sering terdedah dengan radikal bebas setiap hari. Jadi, gabungan mantap ini membantu melindungi sel badan dari serangan radikal bebas tersebut.

6. Menyokong Tahap Kolestrol Sihat dan Tekanan Darah Tinggi.

Dalam banyak kajian telah membuktikan bahawa bawang putih dapat membantu menyokong tahap kolestrol yang sihat kerana mengandungi sebatian allicin dan sulfur. Allicin dan sulfur ini membantu mengurangkan kandungan kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan kandungan kolestrol baik (HDL).

Selain itu, bawang putih juga membantu mengurangkan masalah darah beku atau dengan kata lain, membantu melancarkan peredaran darah. Ini dapat membantu mengurangkan masalah darah tinggi.

7. Menyokong Kesihatan Otak dan Hati

Kesan bawang putih terhadap kesihatan manusia diakui oleh pelbagai sumber. Beberapa penerbitan juga membuktikan bahawa bawang putih memberikan kesan positif terhadap kesihatan otak dan fungsi hati jika kita mengamalkan pemakanan tambahan yang berasaskan bawang putih.

8. Perlindungan Berkesan dari Radikal Bebas

Melalui sokongan sistem imun, bawang putih telah terbukti dapat meneutralkan radikal bebas dalam darah,yang jika dibiarkan akan merosakkan sel-sel sihat dalam badan kita. Jadi sangat penting kita mengamalkan pemakanan tambahan ini dalam diet harian memandangkan tubuh kita sering terdedah dengan radikal bebas setiap hari.

Khasiat Bawang Putih - Forever Garlic Thyme

Kelebihan Forever Garlic-Thyme

  • Pensijilan Halal IFANCA diiktiraf JAKIM — boleh amalkan tanpa was-was
  • Pensijilan Kosher — operasi kilang, formula bahan, proses penghasilan dan kandungan bahan berkualiti tertinggi
  • Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) — selamat dan bebas dari bahan terlarang
  • Khasiat bawang putih tanpa bau yang tidak menyenangkan (odorless).
  • Nikmati khasiat 1,000 mg bawang putih dan 50mg thyme dalam satu kapsul
  • Bawang putih sumber vitamin B, selenium, mangan, fosforus, potasium dan kalsium
  • Harga kapsul garlic oil + daun tyhme termurah di pasaran — lebih nilai untuk kesihatan anda
  • Harga lebih jimat dengan menjadi ahli — diskaun 15% – 48%!

Kandungan Bahan Forever Garlic-Thyme — 100 softgel

Bahan Utama

  • Pekatan pati bawang putih 10mg per softgel (bersamaan 1,000 mg bawang putih mentah)
  • Serbuk daun tyhme 50mg per softgel

Excipents @ bahan tambahan

Minyak kanola, gelatin halal, gliserin, lesitin, beeswax, carob extract

Sukatan / Cara Mengambil Forever Garlic-Thyme

  • 1 kapsul x 2 kali sehari

NOTA PENTING!

  1. Pesakit Asma tidak digalakkan mengambil bawang putih kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
  2. Bila memasak bawang putih, anda hanya mendapat manfaat bawang putih sahaja, bukan nilai aspek perubatan.
  3. Bawang putih tidak boleh digunakan dalam bentuk apapun sewaktu terdapat serangan penyakit di bahagian perut dan usus besar
  4. Pengambilan bawang putih sebaiknya tidak dimakan mentah.

Nota: Forever Garlic-Thyme adalah supplemen @ minuman kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan ubat yang disyorkan oleh doktor. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul. Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI