HFMD atau Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

#HFMD ATAU PENYAKIT TANGAN KAKI & MULUT”

Umum menyebut HFMD, namun adakah anda tahu apakah itu HFMD.
Bagaimana pula dengan nama Coxsackie (kosaki)?
Sebenarnya nama lainnya ialah sakit tangan, kaki dan mulut (Hand, Foot and Mouth Disease).
Penyakit ini kerap menyerang kanak-kanak bawah 10 tahun dan lazimnya tidak merbahaya.
Namun ia tidak boleh diambil ringan kerana terdapat virus berkaitan penyakit ini dikatakan boleh melarat hingga membawa maut.

Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus atau virus yang biasa terdapat di dalam usus.
Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.
HFMD boleh disebabkan oleh Coxsackie virus A16, A5, A9, A10, B2, B5 dan 71.

Coxsackie virus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.

hfmd%20infographics.jpg.png

Kredit: Sumber dari Google

Cara jangkitan

HFMD adalah mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak dengan sentuhan melalui lelehan hingus dan air liur atau cairan hidung dan mulut, cecair ruam atau cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti.

Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Terkini, telah ada kes di mana seorang dewasa telah dijangkiti HFMD semasa membersihkan kanak-kanak yang telah dijangkiti HFMD.

Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuhan berisi air yang muncul di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut.

Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut.

Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, sakit tekak atau ulser pada tekak, mulut dan lidah, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-.

Demam Tinggi.
Penat dan lemah.
Tidak mahu makan dan kurang kencing.
Bernafas kencang.
Muntah-muntah.
Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
Sawan

Rawatan

Adalah penting untuk menggalakkan anak anda minum banyak air dan rehat banyak di rumah. Makan makanan yang lembut seperti bubur, puri sayur-sayuran dan buah-buahan, boleh membantu meningkatkan selera makan.

Anda perlu memastikannya berehat di rumah dan tidak boleh pergi tempat-tempat awam untuk mencegah jangkitan penyakit ini kepadaorang lain. Dia hanya boleh keluar rumah sehinggalah semua lepuh telah kering dan dia telah pulih sepenuhnya.

Beberapa suplemen pemakanan boleh membantu untuk melegakan gejala.

Aloe Bit’s N’ Peaches mengandungi Aloe Vera yang distabilkan 100% adalah kaya dengan nutrien dan ditambah dengan Ekstrak Pic; boleh membantu merangsang sistem imun dan mengurangkan keradangan.

Forever Bee Propolis bertindak sebagai Antibiotik Semulajadi yang membantu untuk menghapuskan bakteria dan virus.

Semburan Aloe Spray mengandungi antiseptik yang dapat mencepatkan proses pengeringan lepuhan atau ruam berisi air.

Sapuan aloevera gelly dan propolis crème untuk bantu rawat memulihkan semula kulit dan bekas binti-bintik kesan ruam. Aloevera Gelly yang disimpan dalam peti sejuk juga dapat membantu menurunkan suhu badan anak-anak yang demam dan memberikan keselesaan kepada anak-anak.

 

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI

Tags