Khasiat Serat & Fiber | Kelebihan Forever Fiber Untuk Masalah Sembelit & Kuruskan Badan

Bismillah. Aloe!

Serat (fiber) perlu diambil setiap hari bagi membantu fungsi sistem penghadaman yang sihat. Anda disarankan mengambil sehingga 30 gram serat harian bagi kesihatan fungsi pencernaan yang optima.

Tapi ramai yang alami masalah kekurangan serat sebab kurang makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh setiap hari.

Ada 2 jenis serat iaitu:

  • Serat larut air – lembut dan mudah dikunyah
  • Serat tidak larut air – kasar dan sukar dikunyah

Forever Fiber

Serat Larut Air

Serat larut dapat larut dalam air dan berubah menjadi gel semasa proses pencernaan. Serat larut air melambatkan proses pencernaan dan membantu badan menyerap lebih banyak vitamin dan mineral, serta nutrisi lainnya.

Serat larut boleh didapati dari oat, gandum, chia, barli, kekacang (kacang tanah, lentil), buah-buahan (buah plum, pisang ranum, epal dan pear) dan sayur-sayuran (brokoli).

Forever Fiber

Contoh serat larut: fruktans, inulin – asparagus, pektin – kulit buah, carrageen, rafinosa – kekacang, xylose, beberapa hemiselulosa

Serat larut air berkhasiat untuk:

  • menurunkan paras kolesterol
  • mengurangi risiko kanser usus besar
  • menurunkan berat badan
  • mencegah sindrom iritasi usus seperti cirit-birit atau sembelit dan perut sebu
  • menurunkan paras gula dalam darah

Serat Tidak Larut Air

Serat tidak larut, tidak dapat larut dalam air dan menyerap air ketika mereka bergerak melalui saluran pencernaan. Proses ini melembutkan najis, mempercepatkan pergerakan najis dan membantu anda membuang air besar dengan mudah.

Serat tidak larut boleh didapati dari lapisan dedak biji-bijian sereal, makanan gandum, kacang-kacangan (kacang dan kacang polong), dan biji-bijian, kulit kentang, sayuran (kacang hijau, zucchini, seleri dll), buah-buahan seperti alpukat, pisang mentah, kulit buah-buahan seperti buah kiwi, anggur dan tomato.

Forever Fiber

Contoh serat serat tidak larut: selulosa – dalam bijirin, buah, sayuran, hemiselulosa, kitin, lignin ,xanthan, beberapa hemiselulosa

Serat tidak larut air berkhasiat untuk:

  • melembutkan najis
  • memudahkan proses pembuangan najis
  • mengurangkan risiko buasir dan sembelit

Forever Fiber

Anda disarankan mengambil sehingga 30 gram serat harian bagi kesihatan fungsi pencernaan yang optima.

5 gram serat adalah bersamaan dengan 1.5 cawan beras perang atau 2 keping roti bijirin penuh. 30 gram serat = 7.5 cawan beras perang atau 10 keping roti bijirin penuh.

Banyaknya kena makan untuk dapat jumlah serat yang diperlukan setiap hari! Karbohirat dan kalori tinggi pulak tu kan?

Jangan risau. Anda boleh menikmati khasiat serat yang bebas dari karbohidrat dan kalori dengan mengamalkan Forever Fiber setiap hari

Forever Fiber

Khasiat Serat Dalam Forever Fiber

Mengatasi Sembelit

Serat / fiber yang diambil setiap hari dapat membantu melancarkan proses pembuangan air besar dan melegakan masalah sembelit.

Menstabilkan Paras Kolesterol & Tekanan Darah

Kajian menunjukkan bahawa serat / fiber juga menyokong fungsi kardiovaskular dengan membantu mengekalkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi yang normal.

Forever Fiber

Menguatkan Sistem Imun Badan

70% hingga 80% fungsi sistem imun badan manusia berkait-rapat dengan sistem pencernaan. Serat meningkatkan fungsi sistem pencernaan dan secara tidak langsung juga menguatkan sistem imun badan.

Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Serat / fiber juga membantu menstabilkan paras gula dalam darah yang sangat membantu pesakit kencing manis. Penyerapan serat yang lambat melambatkan kemasukan glukosa ke dalam darah yang mencegah glukosa darah dan insulin daripda naik.

Mengurangkan Rasa Letih & Mengantuk

Serat juga melambatkan penyerapan nutrien makro dari makanan yang anda makan yang membantu mengurangkan rasa letih, mengantuk dan kurang bertenaga selepas makan.

Membantu Menguruskan Badan

Serat sangat membantu dalam penurunan berat badan kerana ianya memberikan rasa kenyang yang mengurangkan selera makan seterusnya mengurangkan pengambilan kalori.

Forever Fiber

Khasiat Forever Fiber

Khasiat serat dalam Forever Fiber dapat MEMBANTU:

  • mengurangkan pengambilan karbohidrat dan kalori berlebihan dengan memberikan rasa kenyang jika Forever Fiber diambil setengah jam sebelum makan
  • menjayakan program diet & mengurangkan berat badan dengan mengawal keinginan untuk makan (cravings) jika Forever Fiber diambil antara masa makan.

Forever Fiber

Kelebihan Forever Fiber

  • Pensijilan Halal IFANCA diiktiraf JAKIM — boleh amalkan tanpa was-was
  • Pensijilan Kosher — operasi kilang, formula bahan, proses penghasilan dan kandungan bahan berkualiti tertinggi
  • Proses penghasilan serat berpaten —  lembut pada perut sesuai untuk semua golongan
  • Setiap stick ada 5 gm serat yang bersamaan dengan 2 keping roti bijirin penuh atau 1 setengah cawan beras perang
  • Khasiat 4 jenis serat yang bebas kalori dan karbohidrat
  • Serat bebas gluten, bebas kotoran, rasa sederhana dan mudah larut dalam air
  • Sesuai untuk vegetarian
  • Dipek dalam stickpack yang mudah dibawa ke mana sahaja
  • Harga lebih jimat dengan menjadi ahli — diskaun 15% – 48%!

Kandungan Bahan Forever Fiber (5gm serat / stick x 30)

Bahan Utama (30 sticks per pack)

  • Proprietary Forever Fiber Blend (soluble corn fiber, soluble corn dextrin, acacia gum & fructooligosaccharides)

Siapa Yang Sesuai Minum Forever Fiber?

Dari kanak-kanak 1 tahun ke atas sehinggalah ke warga emas.

Sukatan / Dos/ Cara Mengambil Forever Fiber

Campur & bancuh dengan Aloe Vera Gel, air masak atau jus buah-buahan. Boleh juga ditabur atas makanan. Jarakkan masa 30 minit jika mengambil ubat atau supplemen.

  • Dewasa – 1 hingga 3 stick 3x sehari (usus sihat – bersama minuman/makanan, kuruskan badan – 1/2 jam sebelum makan/antara masa makan)
  • Kanak-Kanak > 1 tahun – 1 stick sekali sehari bersama minuman/makanan

Nota: Forever Fiber adalah supplemen @ minuman kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan ubat yang disyorkan oleh doktor. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.

Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI