Khasiat Madu Lebah Asli | Forever Bee Honey – Madu Lebah Mentah Asli Terbaik Dari Spain

Bismillah. Aloe!

Madu adalah manisan yang dihasilkan oleh lebah madu (Genus Apis) daripada nektar bunga. Madu lebah asli kaya dengan pelbagai jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan anda seperti vitamin A, B kompleks, vitamin C, vitamin E, dan vitamin K. Madu lebah juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, sulfur, karbon, magnesium, natrium dan kalium.

Madu lebah juga digunakan untuk kecantikan — membersihkan kotoran pada wajah, mencerahkan kulit, menghilangkan bekas jerawat, melambatkan penuaan, melembap dan menganjalkan kulit.

Madu Lebah Asli Mentah

Khasiat Madu Lebah Asli

Madu adalah makanan sunnah yang disebut secara khusus dalam Al-Quran melalu Surah An-Nahlu (lebah) . Khasiat madu lebah asli memang sudah terbukti sejak beribu-ribu tahun lalu. Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah RA berkata bahawa:

“madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Sesungguhnya, firman Allah itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan minda dan membawa banyak khasiat lain.

Di dalam kitab hadis sunan ibnu Majah disebut,

Dari Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah SAW: siapa meminum madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat. (yang dimaksudkan minum 3 pagi adalah minum madu pada waktu pagi untuk 3 hari berturut).

Khasiat Madu Lebah Asli Mentah

Menurut para sahabat pula, Rasulullah SAW sangat menggemari madu dan turut memberikan tips kepada umat Islam mengenai khasiat yang tersembunyi di dalamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

  1. Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit.
  2. Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.
  3. Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada.
  4. Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi.

Ilmuwan Islam terkenal, Ibnu Sina telah mengkaji kelebihan yang terdapat pada madu lebah asli dan menemukan bukti secara saintifik mengenai khasiat yang terdapat di dalam cecair yang dihasilkan dari perut lebah itu.

Hasil kajian Ibnu Sina menjadi rujukan para sarjana dan pakar orientalis barat yang mendapati madu lebah asli mampu menyembuhkan pelbagai penyakit ringan dan berat seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, demam, melancarkan peredaran darah, menurukan suhu badan dan banyak lagi.

Malah, Ibnu Sina sendiri mengamalkan meminum madu yang dikatakan memberikan padanya umur yang agak panjang dan awet muda sehingga ke akhir hayat.

6 Khasiat Madu Lebah Untuk Anda

Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah asli mentah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China.

Banyak lagi khasiat yang terdapat dalam madu lebah yang telah terbukti dengan kajian para doktor dan pakar seluruh dunia sehingga ia digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat. Di antara khasiat lain bagi madu lebah ialah:

  • madu lebah asli mentah membantu meredakan sakit perut
  • madu lebah asli mentah membantu menghilangkan ketagihan dadah
  • madu lebah asli mentah mampu menghilangkan kahak
  • madu lebah asli mentah boleh memutih dan menguatkan gigi
  • madu lebah asli mentah membantu menghilangkan kesan terbakar pada kulit
  • madu lebah asli mentah memberikan tenaga segera kerana mengandungi fruktosa yang mudah dihadam

Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya.Mengikut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembiakan bakteria.

Khasiat Madu Lebah Asli Mentah

Apabila ia dicairkan, salah satu enzim yang terdapat di dalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen peroxide.

Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh sejenis kuman yang berbahaya — staphylococcus aureus.

Kebaikan Forever Bee Honey — Madu Lebah Mentah Asli

Tidak seperti produk madu lebah mentah asli lain di pasaran, madu lebah asli Forever Living dikumpul oleh lebah madu dari lebih 1,000 jenis tumbuhan gurun di sekitar gurun Sonoran, Arizona. Forever Bee Honey adalah tulen, 100% madu mentah asli yang tidak diproses, ditapis atau dimasak.

  • Khasiat madu lebah mentah asli dalam botol 500 gm yang 100% tulen
  • Madu mentah yang tidak diproses, ditapis atau dimasak
  • Mengandungi lebih 16 jenis asid amino, karbohidrat, vitamin, mineral dan enzim.

Khasiat Madu Lebah Asli Mentah

Kelebihan Forever Bee Honey — Madu Lebah Mentah Asli

  • Pensijilan Halal IFANCA diiktiraf JAKIM — boleh amalkan tanpa was-was
  • Khasiat madu lebah mentah asli yang kaya vitamin, mineral dan asid amino penting
  • Madu lebah mentah asli Forever Living yang dikumpul dari kawasan gurun Sonoran yang kering dan bebas pencemaran dengan mukabumi yang tinggi — persekitaran yang sangat ideal untuk lebah menghasilkan madu, royal jelly, bee pollen & bee propolis bermutu tinggi
  • Madu lebah mentah asli yang mudah dicerna dan diserap khasiatnya oleh badan
  • Penternakan lebah sendiri — ladang ternak lebah Forever Living adalah terbesar di dunia
  • Khasiat madu lebah mentah asli yang bersifat anti-bakteria, anti-kulat dan anti-keradangan
  • Harga Forever Bee Honey murah dan lebih jimat dengan menjadi ahli — diskaun 15% – 48%!

Khasiat Madu Lebah Asli Mentah

Kandungan Bahan Forever Bee Honey — 500gm

Bahan Utama

Madu lebah asli — mentah, tidak diproses, tidak ditapis

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI