Sejarah Aloe Vera | Asal Usul Pokok Aloe Vera (Lidah Buaya)

Aloe Vera atau Lidah Buaya (Aloe Barbadensis Miller) merupakan tanaman berduri yang berasal dari daerah kering di benua Afrika.

Perkataan ‘Aloe Vera’ datangnya daripada Bahasa Latin iaitu ‘Aloe’ bermaksud pokok manakala ‘Vera’ pula bermaksud asli (tulen). Pokok Aloe adalah tergolong dalam keluarga tumbuhan ‘Lily’.

Terdapat lebih 300 spesis Aloe Vera di bumi ini tetapi hanya beberapa sahaja yang dikenalpasti memiliki khasiat rawatan dan nutrien yang boleh digunakan. Spesis Aloe Barbadensis Miller adalah yang terbaik dan paling banyak digunakan oleh masyarakat dunia.

Sejarah Aloe Vera

Aloe Vera dikenali sebagai ‘Tongkat Sakti Syurga’ oleh orang asli Amerika dan dipanggil ‘Doktor Dalam Pasu’ oleh penjelajah agung Christoper Columbus. Gelaran sebegini bermakna pokok Aloe Vera atau Lidah Buaya buaya sememangnya pokok yang luar biasa kegunaannya.

ALOE VERA DIGUNAKAN OLEH MESIR PURBA

Kegunaan Aloe Vera telah bermula sejak zaman Mesir purba lagi oleh Ratu Cleopatra dan Ratu Nefertiti bagi penjagaan kecantikan dan kulit mereka. Ratu Cleopatra dikatakan mandi di dalam gel Aloe Vera setiap hari demi menjaga kecantikan kulit beliau.

Sejarah Aloe Vera

Tulisan-tulisan yang merekodkan keberkesanan Aloe Vera untuk pelbagai kegunaan kesihatan dan rawatan tradisional luar dan dalam tubuh telah dijumpai dalam papyri perubatan Mesir purba iaitu Eberpapyrus yang bertarikh 1,500 sebelum masihi.

Sejarah Aloe Vera

Manuskrip Eberpapyrus ini merangkumi 110 muka surat iaitu papyri perubatan paling panjang dalam sejarah Aloe Vera. Papyri ini menjelaskan kegunaan Aloe Vera dalam perubatan kulit (dermatology), penyakit sistem pencernaan (digestive diseases), penyakit traumatic, pergigigan and sakit puan (gynaecology).

Sejarah Aloe Vera

ALOE VERA DIGUNAKAN OLEH GREEK DAN ROM PURBA

Dokumen sejarah bertarikh 40 selepas masihi menunjukkan masyarakat Greek dan Rom purba juga menggunakan Aloe Vera dalam perubatan. Dioscorides dan Hippocrates menggalakkan penggunaan Aloe Vera untuk menyembuhkan sakit perut dan luka pada tubuh badan.

Sejarah Aloe Vera

Dioscorides iaitu seorang doktor yang bekerja dengan pasukan askar Rom juga menggunakan jus Aloe Vera untuk merawat masalah sakit gusi, mulut dan juga mencuci perut.

Alexander the Great pula membawa Aloe Vera dalam setiap expedisinya untuk merawat kecederaan yang dialami askar-askarnya akibat peperangan. Malah belaiau pernah disuruh oleh Aristotle untuk menakluk Pulau Socorro kerana pulau itu mempunyai pokok Aloe Vera yang banyak bagi kegunaan merawat luka dan kecederaan bala tentera perangnya.

ALOE VERA DIGUNAKAN OLEH LAIN-LAIN TAMADUN DUNIA

Penduduk negara China dan India juga telah lama menggunakan Aloe Vera untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Menurut Chopra’s Indigenous Drugs of India:

“The uses of Aloe … for external application to inflamed painful parts of the body, and for causing purgation [internal cleansing], are too well known in India to need any special mention”

Sejarah Aloe Vera

Aloe Vera diperkenalkan kepada dunia moden oleh penjelajah Sepanyol semasa penjajahan Amerika Selatan dan kepulauan Caribbean sekitar 1,600 selepas masihi. Pada tahun 1720, Carl Von Linne, pakar perubatan Swedish yang dikenali juga sebagai Father of Modern Taxonomy memberikan nama saintifik kepada pokok lidah buaya iaitu —Aloe (vera), dimana vera bermaksud tulen.