Pencegahan Strok
Strok merupakan salah satu penyakit kronik yang paling menakutkan kerana ia boleh menyebabkan kematian tiba-tiba atau kecacatan kekal. Strok terjadi apabila aliran darah berhenti dan menyebabkan kematian sel-sel otak dalam masa beberapa minit. Terdapat dua jenis strok, strok iskemik dan strok hemoragik. Strok iskemik disebabkan oleh pembekuan darah yang menghalang pengaliran darah di otak. Strok hemoragik terjadi apabila saluran darah pecah dan menyebabkan pendarahan di otak.
Gejala-gejala strok
- Kaku atau lemah secara tiba-tiba pada wajah, lengan atau kaki (khususnya pada satu sisi tubuh)
- Bingung, susah untuk bercakap atau memahami percakapan.
- Susah untuk melihat secara tiba-tiba pada salah satu atau kedua-dua mata.
- Sakit kepala secara mendadak tanpa mengetahui penyebabnya.
- Hilang keseimbangan dan koordinasi, yang menyebabkan seseorang mudah jatuh
Berikut adalah cara mudah untuk mengenalpasti gejala strok. Ingat B.E.F.A.S.T.
(B) untuk ‘balance | gejala pening dan hilang keseimbangan |
(E) untuk ‘eye’ | penglihatan sama ada kabur atau sebaliknya |
(F) untuk ‘Facial Asymmetry’ | muka menjadi senget sebelah |
(A) untuk ‘arm’ | bahagian badan yang lumpuh |
(S) untuk ‘speech’ | percakapan yang tidak jelas |
(T) untuk ‘time’ | peringatan bahawa strok adalah satu kecemasan perubatan di mana pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segera |
Faktor risiko strok
Faktor risiko utama untuk kedua-dua jenis strok adalah aterosklerosis iaitu penyempitan atau penyumbatan saluran darah akibat pengumpulan bahan berlemak (plak) pada dinding saluran darah. Kegemukan, pengambilan alkohol bertebihan, merokok, diet tinggi lemak dan kolesterol akan meningkatkan risiko ateroskterosis. Selain itu, orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi mempunyai risiko lebih tinggi untuk diserang strok.
Pencegahan strok
- Mengawal keadaan tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes yang merupakan punca utama strok.
- Menjaga berat badan.
- Bersenam selalu.
- Elakkan diet yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi seperti makanan segera, makanan bergoreng dan pengambilan daging secara berlebihan.
- Elakkan merokok dan minum alkohol yang berlebihan.
- Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang untuk meningkatkan pengambilan serat. (Serat boleh membantu pencemaan, mengawal kolesterol dan gula darah).
- Pastikan diet anda kaya dengan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan kerosakan radikal bebas pada saluran darah
Nutrisi untuk badan yang sihat
Aloe Vera Gel
- Kaya dengan serat tidak larut air (boleh membantu pencernaan) dan serat-larut air (boleh membantu mengawal tahap kolestrol serta gula dalam darah).
- Kaya dengan saponin, sejenis agen pembersih semulajadi yang menghasilkan buih kecil. Ia boleh membantu membersihkan usus dan meningkatkan pergerakan usus.
- Sistem pencernaan yang bersih boleh mengurangkan beban hati dan membolehkan hati memetabolismakan lemak dengan lebih efisyen
Forever Pomesteen Power
- Campuran jus buah-buahan yang tinggi dengan antioksidan termasuk buah delima, beri biru, beri hitam, manggis, pir, raspberi dan ekstrak biji anggur.
- Antioksidan boleh melindungi saluran darah dengan meneutralkan radikal bebas (radikal bebas boleh mempercepatkan proses pengumpulan bahan bertemak(plak) pada dinding saluran darah.
Forever B12 Plus ( dengan asid folik)*
- Mengandung vitamin B12 dan folat dalam formula perlepasan secara perlahan.
- Vitamin B12 dan folat yang boleh membantu untuk mengurangkan paras homosistein dalam darah. (Homosistein dalam darah boleh merosakkan dinding saluran darah dan menyebabkan pembekuan darah. Paras homosistein yang tinggi dalam darah berkaitan dengan pengambilan daging yang bertebihan).
*Didapati di Singapura sahaja
Forever Artic-Sea
- Menggabungkan minyak ikan dengan minyak zaitun untuk memberikan Omega-3 dan Omega-9, dan ditambah dengan vitamin E untuk menjaga kesegaran minyak.
- Mengandungi asid lemak perlu, EPA, DHA, dan asidoleik yang baik untuk mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dan meningkatkan tahap kolesterol baik (HDL)
Forever Absorbent-C
- Suplemen vitamin C yang terikat matrik dengan bran oat untuk penyerapan maksimum.
- Vitamin C boleh membantu menguatkan kolagen, dengan ini menjadikan saluran darah lebih fleksibel.
- Satu antioksidan vitamin kuat yang dapat membantu untuk mengurangkan kerosakan radikal bebas pada saluran darah.
Disclaimer:
- Dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan produk jikaanda hamll, sedang menyusu,atau mempunyai masaiah kesihatan.
- Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegahsebarang penyakit.
Disclaimer : Saya bukan pakar perubatan atau penasihat pemakanan, saya adalah Pengedar Sah Forever Living. Nutrisi produk yang disarankan adalah supplemen atau makanan kesihatan dan BUKAN UBAT, justeru ianya tidak membawa kepada nasihat perubatan. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan ubat yang disyorkan oleh doktor. Dengan mengambil makanan tambahan, ianya boleh membantu mengisi jurang pemakanan dalam memenuhi keperluan nutrisi makanan kita dan mengekalkan kesihatan badan.
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630
BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI