Apa itu Probiotik dan apa pula Prebiotik? – Dr Norman Mohd Norawi

KEPENTINGAN PROBIOTIK

Probiotik adalah bakteria dan fungi yang hidup dalam lapisan dalam saluran penghadaman dan saluran pernafasan. Ia menyokong tubuh kita menyerap nutrien dan melawan jangkitan kuman jahat. Jumlah kuman di dalam tubuh adalah tiga kali lebih banyak berbanding jumlah sel-sel tubuh manusia .

The National Center for Complementary and Integrative Health (NCCIH) telah memberikan definasi probiotik adalah ‘mikroorganisma hidup yang sama dengan mikroorganisma yang berfaedah yang di jumpai dalam usus manusia’. NCCIH menegaskan bahawa bukan semua mikroorganisma adalah merbahaya dan secara khususnya ia sangat penting kepada kepada fungsi tubuh manusia yang normal .

Perbezaan antara Probiotik dan Prebiotik

Kulit dan saluran penghadaman menempatkan 2000 jenis bakteria. Probiotik telah terbukti efektif menyokong fungsi imuniti tubuh , mengawal keradangan , menyokong penghadaman yang sihat dan menjaga kecantikan kulit terutamanya bila di gabungkan dengan pengambilan prebiotik.

Kuman baik probiotik bertanggungjawab untuk :

• Penghasilan vitamin B12, butyrate dan vitamin K2
• Menghalang pembiakan bakteria jahat pathogenik
• Menghasilkan enzim yang membunuh bakteria jahat probiotik
• Meransangkan perembesan IgA dan sel T regulatori yang menyokong sistem imuniti tubuh.

Kuman probiotik telah ada dalam tubuh manusia sejak di lahirkan dan bayi yang di lahirkan secara normal melalui saluran peranakan akan mendapat probiotik daripada vagina ibunya semasa proses kelahiran.

Bermula daripada situlah rantaian pembiakan probiotik di dalam saluran penghadaman dan kulit bayi tersebut sehinggalah dewasa. Dari aspek sejarah manusia, masyarakat zaman dahulu mendapat banyak probiotik daripada makanan segar yang tumbuh daripada tanah yang subur dan juga proses penapaian atau pemeraman makanan untuk simpanan yang di amalkan oleh masyarakat dahulu kerana tiadanya peti sejuk di zaman itu. Ini menjadikan makanan itu kaya dengan probiotik yang membantu kesihatan manusia sejak daripada zaman dahulu.

JENIS-JENIS PROBIOTIK

Terdapat pelbagai jenis probiotik yang di jual di pasaran dalam bentuk suplemen dan setiap satunya berbeza dari aspek stabiliti, pelbagai strain dan kiraan CFU.

Secara umumnya terdapat 2 jenis spesis probiotik termasuklah bifidobacteria dan lactobacillus. Tambahan lagi kedua-dua jenis probiotik ini sangat banyak terdapat dalam makanan probiotik dan suplemen dan kajian banyak di jalankan menunjukkan ia berfaedah untuk fungsi immun, kesihatan penghadaman, membantu menurunkan berat badan dan sebagainya.

Terdapat banyak strain probiotik yang khusus memberikan faedah kesihatan termasuklah :

• Bacillus coagulans
• Bacillus subtilis
• Bifidobacterium bifidum
• Bacillus clausii
• Lactobacillus plantarum
• Lactobacillus fermentum
• Lactobacillus reuteri
• Lactobacillus acidophilus
• Lactobacillus gasseri
• Lactobacillus rhamnosus
• Lactobacillus sporogens
• Saccharomyces boulardii

Antara Probiotik yang mempunyai 6 gabungan strains probiotik termasuk Lactobacillus Rhamnosus dan lebih dari 8 billion CFU

KELEBIHAN KESIHATAN PROBIOTIK

1. Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman

Ini adalah faedah probiotik yang utama iaitu ia menyokong kesihatan sistem penghadaman . Menurut kajian meta-analisis yang di jalankan oleh Dalhousie University di Nova Scotia, USA,

“Probiotik mempunyai faedah dan kelebihan dalam rawatan dan mencegah penyakit gastro-usus.”

Apabila memilih probiotik dalam rawatan dan pencegahan penyakit gastro-usus, maka jenis penyakit dan spesis atau strain probiotik probiotik perlu di pertimbangkan secara serius.

Pengambilan makanan yang kaya dengan bakteria baik probiotik dan suplemen probiotik akan memberikan perlindungan daripada penyakit keradangan usus iaitu termasuklah ‘Ulcerative Colitis’ dan penyakit Crohn’s. Kajian menunjukkan probiotik memainkan peranan yang penting dalam pemulihan masalah Ulcerative Colitis manakala untuk penyakit Crohn’s masih lagi dalam kajian keberkesanannya.

Kajian masih lagi di jalankan untuk mengkaji fungsi probiotik dalam menangani masalah sensiviti gluten seperti penyakit Coeliac.

Terdapat bukti kajian yang mencadangkan bahawa pengambilan probiotik adalah efektif untuk merawat masalah cirit-birit (diarrhoea) termasuklah cirit-birit akibat antibiotik, diarrhea akut, diarrhea perantau dan diarrhea jangkitan. Probiotik juga membantu dalam masalah sembelit dengan menjadikan membuang air besar lebih lawas.

Probiotik juga telah di buktikan berdasarkan kajian meta-analisis mengurangkan sakit perut dan simptom irritasi usus (IBS), membantu membunuh kuman H.Pylori dan merawat masalah ‘pouchitis’ yang boleh berlaku selepas pembedahan membuang usus besar dan rektum

2. Mengurangkan masalah rintangan antibiotik

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap bahawa masalah rintangan antibiotik adalah satu ancaman global kepada kesihatan, keselamatan makanan dan perkembangan industri makanan hari ini. Bakteria menjadi kebal kepada antibiotik kerana penggunaan berlebihan antibiotik, kekurangan kepelbagaian dan penggunaan yang tidak sepatutnya.

Dengan penggunaan probiotik, maka kita boleh mengembang biakkan bakteria baik probiotik selepas pengambilan ubat antibiotik dan mencegah masalah antibiotik kepada usus. Tambahan lagi pengambilan suplemen probiotik dan makanan kaya probiotik akan meningkatkan keberkesanan antibiotik dan membantu mencegah masalah kekebalan kuman jahat dalam tubuh .

3. Membantu merawat masalah mental

Ahli sains berpendapat bahawa usus kita adalah ‘otak kedua’ dan banyak kajian telah menunjukkan ‘perkaitan usus-otak’ (gut-brain connection). Dalam satu kajian pada tahun 2015 telah membuktikan kaitan kompleks dan interaksi di antara usus dan otak dengan menyatakan:

“Interaksi di antara usus-otak di dapati mempengaruhi kepada pathogenesis pelbagai penyakit yang berkaitan dengan keradangan usus seperti masalah mood (anxiety, depressi), masalah spektrum-autisma, ADHD, sklerosis pelbagai (MS) dan obesiti”.

Perkaitan antara usus dan otak

Saintis memanggil penggunaan probiotik dalam merawat masalah mental sebagai ‘psikobiotik’ iaitu probiotik yang memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kajian awal ke atas haiwan menunjukkan probiotik boleh membantu mengurangkan masalah kerisauan melampau (anxiety) dengan mengurangkan keradangan pada hubungan otak-usus.

Probiotik juga di dapati boleh mengurangkan simptom depressi berdasarkan satu kajian meta-analisis pada tahun 2016 . Kajian lain pula menunjukkan pengambilan probiotik boleh mengurangkan kemasukan wad berulang daripada episod ‘mania’ (hilang waras) bagi pesakit kemurungan mania (manic depression).

Satu perkara yang agak mengejutkan adalah probiotik ini juga mempunyai kesan yang positif kepada masalah autisma. Kajian telah menunjukkan bahawa autisma mempunyai masalah gangguan penghadaman dan kekurangan probiotik dalam usus. Kajian menunjukkan menambah-baik kualiti kuman baik probiotik dalam sistem penghadaman boleh memberikan kesan positif kepada kelakuan autisma kanak-kanak tersebut.

Dalam tahun 2016, satu kajian ke atas seorang kanak-kanak dengan masalah autisma yang agak teruk di berikan suplemen probiotik untuk masalah penghadaman mendapati berlakunya peningkatan kepada skala ADOS iaitu sistem skala untuk diagnosa autisma. Skala ADOS nya menurun daripada 20 kepada 17 dan kebiasaannya skala ADOS ini tidak akan banyak berubah dan stabil. Ini memberikan satu indikator yang positif dan memberansangkan untuk penggunaan probiotik sebagai salah satu modaliti rawatan kepada kanak-kanak autisma. Kajian masih lagi terus di jalankan sekarang untuk memastikan bahawa pengambilan suplemen probiotik akan menambahbaik simptom autisma dan juga masalah penghadaman yang di alaminya.

4. Meningkatkan imuniti

Probiotik dan prebiotik telah menjadi tajuk utama kajian yang berkaitan imuniti tubuh manusia. Apabila kedua-duanya di gunakan sekali maka ia di panggil sebagai ‘sinbiotik’ .

Dalam satu kajian tahun 2015 telah di nyatakan bahawa LAB, Bifidobakteria dan strain novel probiotik yang lain boleh di jadikan sebagai rawatan tambahan untuk mengatasi masalah penyakit yang berkaitan dengan sistem imuniti yang lemah kerana kesan anti keradangannya.

Oleh kerana keradangan kronik adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit kronik maka pengambilan probiotik akan membantu mengawal keradangan terutama dalam usus di mana 80% sistem imuniti kita terbentuk. Kesan peningkatan imuniti oleh probiotik adalah sangat membantu dalam meningkatkan kualiti hidup warga emas dan yang berpenyakit kronik . Kajian masih lagi di jalankan sekarang untuk mengkaji kesan probiotik dalam mengawal keradangan dan peningkatan kesihatan sistem imuniti di kalangan pesakit HIV yang belum mendapat rawatan khusus.

5. Kesihatan Kulit

Kajian telah banyak di jalankan untuk mengkaji kelebihan probiotik kepada kesihatan kulit terutama di kalangan kanak-kanak. Kajian meta-analisis telah menunjukkan probiotik suplemen adalah efektif dalam pencegahan masalah ‘atopic dermatitis’ kanak-kanak dan ekzema bayi. Integriti bakteria baik dalam usus juga berkaitan dengan masalah jerawat di kalangan remaja dan bagaiman kaitan ini masih belum dapat di pastikan.

Kelebihan probiotik ke atas kesihatan kulit di dapati berkaitan dengan pengurangan keradangan oleh bakteria probiotik jenis L.Casei kerana ia boleh mengurangkan keradangan kulit spesifik-antigen . Kajian juga mencadangkan keseimbangan bakteria dalam usus mempunyai faedah kepada kesihatan kulit dan juga pengaruh kepada terjadinya penyakit kulit.

6. Mengawal tekanan darah tinggi

Kajian telah di buat untuk mengkaji kesan probiotik dalam menurunkan tekanan darah tinggi dengan memulihkan profil lipid darah, mengurangkan masalah rintangan insulin, meregulasi paras renin dalam buah pinggang dan mengaktifkan anti oksidan. Penyelidik berpendapat penggunaan probiotik adalah sangat baik kerana ia tidak mempunyai kesan sampingan yang merbahaya .

Kesan penurunan tekanan darah adalah lebih ketara di kalangan pesakit dengan tekanan darah yang tinggi dan pengambilan pelbagai strain probiotik untuk 8 minggu atau lebih dengan suplemen yang mengandungi 100 billion atau lebih unit- koloni (CFU) .

7. Mengawal Diabetes

Kajian meta-analisis besar-besaran telah di jalankan untuk mengkaji kesan positif probiotik untuk mengawal diabetes. Satu kajian besar-besaran melibatkan 200,000 peserta kajian dengan dan sejumlah 15,156 kes diabetes jenis 2 menunjukkan pengambilan ‘yogurt tinggi probiotik’ mengurangkan risiko mendapat diabetes.

Satu kajian meta-analisis tahun 2014 menunjukkan probiotik memberikan faedah dengan meningkatkan sensiviti insulin dan mengurangkan respon auto-immun dalam pesakit diabetes. Hasil kajian ini adalah signifikan untuk membuat kajian yang lebih besar dengan kaedah RCT untuk mengkaji kesan probiotik dalam merawat dan mencegah diabetes. Pengambilan probiotik dan prebiotik juga akan membantu pengawalan paras glukosa dengan lebih baik di kalangan pesakit diabetes yang mempunyai paras glukosa yang tinggi .

8. Mencegah Allergi

Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir yang mempunyai probiotik yang rendah dalam usus mereka (akibat kelahiran melalui pembedahan atau akibat di berikan antibiotik selepas kelahiran) akan mendapat masalah allergi yang teruk.

Probiotik mengurangkan simptom allergi adalah kerana ia mengurangkan keradangan dalam usus , meregulasi respon immuniti dan juga memulihkan masalah ketirisan usus yang menyebabkan kebocoran histamin ke dalam saluran darah daripada usus. Histamin yang masuk ke dalam saluran darah akan mencetuskan kesan histamin kepada organ lain dalam tubuh seperti saluran pernafasan, kulit dan sebagainya. Dengan pengambilan probiotik dalam pemakanan dan suplemen akan membantu seseorang mengawal simptom allergi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak .

9. Mencegah masalah Hati Berlemak (Fatty Liver)

Penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD) melibatkan hampir 80 juta sehingga 100 juta orang di dunia. Ia melibatkan pengumpulan lemak dalam hati yang akan akhirnya boleh menyebabkan masalah keradangan hati dan kerosakan kekal hati atau sirosis yang boleh membawa maut.

Dalam satu kajian meta-analisis tahun 2013 menunjukkan pengambilan probiotik boleh membantu pesakit dengan masalah hati berlemak iaitu dengan memodulasi mikrobiota dalam usus akan mengurangkan masalah hati berlemak dan boleh di jadikan sebagai satu bentuk rawatan.

10. Mencegah penyakit bayi baru lahir

Terdapat dua jenis penyakit yang boleh di hidapi oleh bayi yang baru lahir iaitu ‘necrotizing enterocolitis’ (NEC) dan sepsis neonatal yang berpunca daripada jangkitan kuman. Ia boleh di elakkan dengan pengambilan probiotik suplemen. Kedua-dua penyakit ini lebih mudah terjadi kepada bayi yang lahir pra-matang dengan berat badan semasa kelahiran yang sangat rendah.

Kajian menunjukkan , apabila ibu yang mengandung mengambil probiotik yang baik semasa kehamilan maka risiko anak yang di lahirkan mendapat jangkitan ini adalah sangat rendah terutama jika bayi tersebut menyusu badan sepenuhnya dan juga apabila probiotik di tambahkan dalam susu formula. Suplemen probiotik dengan pelbagai strain bakteria adalah lebih efektif dalam hal ini .

Oleh kerana itu adalah amat penting bagi ibu-ibu mengandung mengambil makanan kaya dengan probiotik atau mengambil suplemen probiotik untuk kesihatan anak yang bakal di lahirkan bagi mencegah jangkitan kepada bayi yang baru lahir terutamanya bayi pra matang .

Amalkanlah probiotik dalam pemakanan seharian kita dengan kerap mengambil makanan yang kaya dengan probiotik iaitu makanan yang di peram seperti belacan, cencalok, budu, tempoyak, tempe dan tapai. Kita juga boleh mengambil minuman yang kaya probiotik seperti yogurt, kefir, teh kombucha, susu kultur dan sebagainya. Kajian telah membuktikan kelebihan probiotik dalam mencegah pelbagai penyakit dan membantu dalam rawatan penyakit tersebut.

Insyaallah
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS (Manipal), MSc (UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE

Rujukan:

1. https://journals.plos.org/plosbiology/article?id=10.1371/journal.pbio.1002533
2. https://www.nccih.nih.gov/…/probiotics-what-you-need-to…
3. https://www.sciencedirect.com/…/abs/pii/S0016508504001520
4. https://www.cambridge.org/…/A48258FC18843CF4FA912E30B0E…
5. https://europepmc.org/article/med/26638234
6. https://www.wageningenacademic.com/…/10.3920/BM2013.0040
7. https://www.sciencedirect.com/…/pii/S0966842X16301433
8. https://www.sciencedirect.com/…/pii/S1319016413000819
9. https://onlinelibrary.wiley.com/…/j.1399-3038.2005.00224.x
10. https://science.sciencemag.org/content/357/6353/768.3
11. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4500982/
12. Ritchie ML, Romanuk TN. A meta-analysis of probiotic efficacy for gastrointestinal diseases. PLoS One. 2012;7(4):e34938. doi: 10.1371/journal.pone.0034938. Epub 2012 Apr 18. PMID: 22529959; PMCID: PMC3329544.
13. Ritchie ML, Romanuk TN. A meta-analysis of probiotic efficacy for gastrointestinal diseases. PLoS One. 2012;7(4):e34938. doi: 10.1371/journal.pone.0034938. Epub 2012 Apr 18. PMID: 22529959; PMCID: PMC3329544.
14. Sang LX, Chang B, Zhang WL, Wu XM, Li XH, Jiang M. Remission induction and maintenance effect of probiotics on ulcerative colitis: a meta-analysis. World J Gastroenterol. 2010;16(15):1908-1915. doi:10.3748/wjg.v16.i15.1908
15. Cristofori F, Indrio F, Miniello VL, De Angelis M, Francavilla R. Probiotics in Celiac Disease. Nutrients. 2018 Nov 23;10(12):1824. doi: 10.3390/nu10121824. PMID: 30477107; PMCID: PMC6316269.
16. https://onlinelibrary.wiley.com/…/j.1365-2036.2012.05104.x
17. https://onlinelibrary.wiley.com/…/j.1365-2036.2006.03179.x
18. https://academic.oup.com/ibdjournal/article/20/1/21/4578819
19. https://www.who.int/…/fact…/detail/antibiotic-resistance
20. Reid G. Probiotics to prevent the need for, and augment the use of, antibiotics. Can J Infect Dis Med Microbiol. 2006;17(5):291-295. doi:10.1155/2006/934626
21. https://www.sciencedirect.com/…/abs/pii/S0006322313004083
22. https://www.mdpi.com/2072-6643/8/8/483/htm
23. https://onlinelibrary.wiley.com/…/10.1002/bies.201400075
24. https://bmcpsychiatry.biomedcentral.com/…/s12888-016…
25. https://journals.lww.com/…/Prebiotics,_probiotics…
26. Bubnov, R.V., Spivak, M.Y., Lazarenko, L.M. et al. Probiotics and immunity: provisional role for personalized diets and disease prevention. EPMA Journal 6, 14 (2015). https://doi.org/10.1186/s13167-015-0036-0
27. https://www.wageningenacademic.com/…/10.3920/BM2013.0079
28. Giancarlo Ceccarelli, Maura Statzu, Letizia Santinelli, Claudia Pinacchio, Camilla Bitossi, Eugenio Nelson Cavallari, Vincenzo Vullo, Carolina Scagnolari, GabrieIla d’Ettorre. (2019) Challenges in the management of HIV infection: update on the role of probiotic supplementation as a possible complementary therapeutic strategy for cART treated people living with HIV/AIDS. Expert Opinion on Biological Therapy 19:9, pages 949-965.
29. https://www.sciencedirect.com/…/abs/pii/S0091674907021720
30. https://onlinelibrary.wiley.com/…/10.1002/eji.200425139
31. https://www.sciencedirect.com/…/abs/pii/S0094129811001313
32. https://www.mdpi.com/1422-0067/10/9/3755/htm
33. https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1111/nure.12084
34. https://www.ahajournals.org/…/HYPERTENSIONAHA.114.03469
35. https://bmcmedicine.biomedcentral.com/…/s12916-014-0215-1
36. Gomes AC, Bueno AA, de Souza RG, Mota JF. Gut microbiota, probiotics and diabetes. Nutr J. 2014;13:60. Published 2014 Jun 17. doi:10.1186/1475-2891-13-60
37. Nikbakht, E., Khalesi, S., Singh, I. et al. Effect of probiotics and synbiotics on blood glucose: a systematic review and meta-analysis of controlled trials. Eur J Nutr 57, 95–106 (2018). https://doi.org/10.1007/s00394-016-1300-3
38. https://www.sciencedirect.com/…/abs/pii/S0091674901961408
39. Majamaa H, Isolauri E. Probiotics: a novel approach in the management of food allergy. J Allergy Clin Immunol. 1997 Feb;99(2):179-85. doi: 10.1016/s0091-6749(97)70093-9. PMID: 9042042.
40. https://journals.lww.com/…/Pre_and_probiotics_in_the…
41. https://journals.lww.com/…/The_Role_of_Probiotics_in…
42. Ma YY, Li L, Yu CH, Shen Z, Chen LH, Li YM. Effects of probiotics on nonalcoholic fatty liver disease: a meta-analysis. World J Gastroenterol. 2013;19(40):6911-6918. doi:10.3748/wjg.v19.i40.6911
43. https://academic.oup.com/advances/article/8/5/749/4772184
44. Girish Deshpande, Shripada Rao, Sanjay Patole, Max Bulsara. Updated Meta-analysis of Probiotics for Preventing Necrotizing Enterocolitis in Preterm Neonates. Pediatrics May 2010, 125 (5) 921-930; DOI: 10.1542/peds.2009-1301
45. Panigrahi, P., Parida, S., Nanda, N. et al. A randomized synbiotic trial to prevent sepsis among infants in rural India. Nature 548, 407–412 (2017). https://doi.org/10.1038/nature23480

Disclaimer : Saya bukan pakar perubatan atau penasihat pemakanan, saya adalah Pengedar Sah Forever Living. Nutrisi produk yang disarankan adalah suplemen atau makanan kesihatan dan BUKAN UBAT, justeru ianya tidak membawa kepada nasihat perubatan. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan ubat yang disyorkan oleh doktor. Dengan mengambil makanan tambahan, ianya boleh membantu mengisi jurang pemakanan dalam memenuhi keperluan nutrisi makanan kita dan mengekalkan kesihatan badan.

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI