Adakah penglihatan anda kabur?
Apakah itu katarak?
Katarak adalah bahagian kabur atau kabus pada bahagian kanta mata (bahagian untuk menumpukan cahaya atau imej pada retina). Kanta normal adalah jernih dan cahaya boleh melaluinya ke bahagian belakang mata, supaya seseorang boleh melihat imej dengan jelas. Jika sebahagian kanta menjadi legap (kabur), kuantiti cahaya yang boleh melaluinya berkurang dan penglihatan akan menjadi kabur. Ia seperti melihat air yang keruh atau tingkap berkabus.
Dalam kebanyakan kes, faktor berlakunya katarak berkait dengan umur dan muncul pada usia yang tua. Faktor yang berkait dengan usia berlaku dalam dua cara;
- Apabila cahaya ultraungu melalui kanta mata, ia menghasilkan radikal bebas yang merosakkan protein dalam tisu. lni menyebabkan protein berkumpul pada bahagian kanta mata seterusnya menyebabkannya menjadi keruh.
- Pemecahan protein di kanta menyebabkan pengumpulan pigmen kuning-keperangan yang menyelubungi kanta.
Faktor risiko katarak berkait dengan usia
- Penuaan (muncul pada umur 40, 50 dan 60 tahun ke atas
- Sejarah keluarga
- Mengalami penyakit kencing manis dalam jangka masa yang lama
- Terdedah pada cahaya terang dalam jangka masa yang lama
- Keradangan mata
- Penggunaan sesetengah ubat dalam satu jangka masa yang lama (seperti statin dan steroid)
- Merokok
Simptom katarak
Biasanya seseorang tidak mengalami sebarang simptom sehinggalah katarak cukup besar untuk mengganggu laluan cahaya pada kanta. Lima simptom yang umum bagi katarak adalah:
- Penglihatan kabur
- Penglihatan terganggu oleh bintik atau titik kecil
- Penglihatan menjadi teruk apabila lampu malap
- Sukar untuk membaca
- Objek yang dilihat menjadi berganda
Pencegahan katarak
- Berhenti merokok
- Lebihkan pengambilan antioksidan
- Pakai cermin mata hitam untuk menghalang sinaran UV
- Pastikan tahap diabetes di bawah kawalan jika anda menghidapi diabetes
- Lakukan senaman dengan kerap
Rawatan
Bagi pembedahan katarak, bahagian kanta mata yang keruh dibuang dan diganti dengan implan kanta tiruan yang jernih yang dikenali sebagai kanta intraokular (IOL). Pembedahan katarak sering dilakukan sebagai prosedur pesakit luar. Selepas pembedahan, doktor akan meletakkan pelindung pada mata anda.
Penglihatan anda adalah aset yang sangat berharga dan ia mudah terdedah terhada ppenyakit kesan daripada penuaan. Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melindungi mata anda. la tidak tertalu awal atau lambat untuk mula melindungi penglihatan anda.
Produk berikut adalah penting untuk kesihatan mata anda
Aloe Bits N Peaches
- Membekalkan kebaikan Gel Aloe Vera yang distabilkan 100% dengan manfaat buah pic.
- Buah pic mengandungi vitamin A, C dan E yang diperlukan untuk mengaktifkan Glutathlone (fragmen protein yang melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas) justeru memainkan peranan dalam pencegahan katarak.
Forever Pomesteen Power
- Minuman berantioksidan yang diperbuat dari buah-buahan berantioksidan tinggi: Buah Delima, Manggis, Pir, Raspberi, Beri Hitam, Beri Biru dan Ekstrak Biji Anggur.
- Mengandungi Antioksidan yang membantu melindungi mata daripada bahaya sinaran ultraungu dengan mencegah dan melambatkan pemecahan protein pada kanta mata.
Forever Artic-Sea*
- DHA ditemui dengan kepekatan tinggi pada bahagian retina mata
- Membekalkan DHA yang bermanfaat untuk mata, justeru melambatkan perkembangan progresif katarak.
Forever Lycium Plus*
- Mengandungi Lycium, herba Cina yang kaya dengan 5 jenis karotenoid (Beta-karotena, Lutein, Lycopene, Cryptoxanthin, Zeaxanthin) yang membantu menggalakkan penglihatan yang baik dan melambatkan perkembangan progresif katarak.
Disclaimer
- Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk-produk ini jika anda sedang hamil, sedang menyusu atau mempunyai masalah kesihatan.
- Produk ini tidak bertujuan untuk mendiogsis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
*Hanya didapati di Singapura sahaja
Disclaimer : Saya bukan pakar perubatan atau penasihat pemakanan, saya adalah Pengedar Sah Forever Living. Nutrisi produk yang disarankan adalah supplemen atau makanan kesihatan dan BUKAN UBAT, justeru ianya tidak membawa kepada nasihat perubatan. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan ubat yang disyorkan oleh doktor. Dengan mengambil makanan tambahan, ianya boleh membantu mengisi jurang pemakanan dalam memenuhi keperluan nutrisi makanan kita dan mengekalkan kesihatan badan.
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630
BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI