Kerjaya atau Keluarga?


Dilema memilih antara kerjaya dan keluarga? Ramai wanita yang menghadapi dilema ini. Terutama wanita yang telah berjaya melanjutkan pelajaran dan tamat pengajian di menara gading. Pastinya mereka mahu memegang jawatan tinggi dan bergaji besar. Namun sekiranya diberi pilihan antara berjawatan tinggi dengan mempunyai pendapatan yang besar, saya percaya ramai yang akan memilih mempunyai pendapatan besar kerana pakej memegang jawatan tinggi itu, akan datang bersama, kerja lebih masa, pengurusan staf yang mempunyai pelbagai kerenah, mesyuarat di sana sini, amanah dan sasaran yang perlu dicapai oleh organisasi dan lain lain lagi yang menuntut kepada pengorbanan masa, tenaga dan emosi.

Sebagai seorang suami, anda juga mampu membantu emosi isteri dengan memberi peluang kepada mereka, apa yang seorang wanita mahukan dalam hidup mereka. Walaupun sudah bergelar “isteri”, seorang wanita masih mahu berdikari dalam membina kerjaya mereka dan mempunyai pendapatan sendiri; dan dalam masa yang sama mereka tetap mahu menjadi “wanita mithali”, tidak mengabaikan amanah dan tanggungjawab mereka untuk menguruskan keluarga yang harmoni. Sebagai seorang lelaki dan suami, anda seharusnya merasa bangga mempunyai isteri yang mempunyai jati diri seperti ini. Anda suami dan isteri saling melengkapi antara satu sama lain.

Anda tak perlu risau. Di zaman sekarang, trend menjana pendapatan dan membina kerjaya untuk wanita sudah berubah. Tidak lagi seperti dahulu. Sebagai seorang wanita, anda boleh pilihan kedua-duanya, membina kerjaya dan mengurus keluarga. Pastinya dengan peluang memulakan bisnes hanya dari rumah.

3 perkara yang perlu anda berikan perhatian apabila memilih untuk memulakan bisnes.

1) Bisnes modal rendah. Modal yang tidak sampai RM2,000 pun untuk bermula. Modal yang tidak memerlukan anda sehingga membuat pinjaman di bank. Boleh kumpul dalam tempoh masa yang singkat atau boleh gunakan duit simpanan anda sebagai modal.

Bisnes juga tidak perlu menyimpan stok dan tiada kos operasi membayar sewa kedai, gaji pekerja, kos operasi dan lain lain. Bisnes yang menjual produk kegunaan harian dan mempunyai “Repeat Sales”, yang tinggi. Boleh memulakan bisnes dengan aktiviti berkongsi kebaikan dan kelebihan produk dan memberikan solusi kepada masalah yang dihadapi, kepada kawan-kawan, jiran dan orang ramai di media sosial dengan kreativiti anda sendiri secara konsisten. Sekiranya anda belum ada pengalaman menjual, inilah masanya untuk anda bermula. Mulakan dengan berkongsi pengalaman anda menggunakan produk dan hasil penggunaan produk yang dapat menyelesaikan masalah anda. Dan inilah yang membuatkan anda berhasil berkongsi menggunakan produk dari hati. Dari hati anda barulah sampai ke hati pelanggan. Sangat mudah “Close Sale” apabila anda sudah berjaya memikat hati pelanggan.

2) Bisnes yang ada mentor yang terbukti berjaya dalam bisnes itu sendiri. Dalam membina kerjaya berjaya dalam bisnes yang anda lakukan, anda perlu ada Aspirational Mentor dan juga Pragmatic Mentor. Mengapa? Anda perlu nampak dengan jelas laluan kerjaya anda apabila anda bekerja. Apakah “position” atau “rank” atau level dan tahap tertinggi yang boleh anda capai. Begitu juga dalam bisnes. Melihat kejayaan mentor anda adalah umpama melihat kejayaan anda sendiri pada masa hadapan, dalam tempoh masa yang anda tentukan dan sasarkan.

Fungsi mentor ini sangat penting kerana mereka sudah dahulu menempuh cabaran untuk capai kejayaan. Mereka sudah ada senjata, gerak kerja dan skil untuk anda tempuh cabaran sehingga berjaya untuk memudahkan anda grow the business. Mentor juga boleh tunjuk jalan bagaimana untuk mencapai matlamat kerana mereka bertindak seperti Waze, membawa kita ke destinasi yang kita nak tuju dalam bisnes kita.

3) Circle yang betul. Duduk bersama kawan kawan yang buat bisnes macam anda. Anda akan lebih mudah nak buat tindakan kerana sedang berada dalam situasi yang sama. Sangat penting untuk anda memilih circle yang betul, kerana jika anda tersalah pilih maka anda akan mudah tersasar ke arah lain. Anda yang tentukan siapa yang patut berada dalam circle anda. Pilih circle yang supportive , mereka yang suka berbuat baik, saling bantu membantu sesama pasukan dan sama-sama mahu naikkan bisnes, barulah anda akan rasa ceria, tenang dan sentiasa high energy dalam bisnes!

Oleh yang demikian, berapa jumlah modal bisnes anda, siapa mentor anda dan siapa business circle anda, itu semua adalah faktor yang sangat penting dalam anda memilih untuk memulakan bisnes.

Saya sudah berada dalam bisnes yang memerlukan modal hanya RM90.00 bersama mentor dan sistem yang proven success serta circle yang supportive untuk membantu anda juga berjaya bersama sama membina kerjaya berjaya dan menguruskan rumah tangga dan menjalani kehidupan yang tenang dan bahagia.

PERCAYA! Bukan sahaja sahaja Allah gerakkan hati anda melainkan untuk anda rebut peluang yang ada untuk berubah kepada keadaan yang lebih baik dalam membina kerjaya berjaya dan membina keluarga yang bahagia.

Klik di sini sekarang https://khasiataloevera.com/joinbisnes
atau terus sahaja whatsapp saya di icon whatsapp.

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI