Bismillah. Aloe!
Adakah anda sedang mengalami masalah-masalah seperti berikut?
? Selalu rasa sakit ketika membuang air besar & najis terlalu keras?
? Rasa sakit yang berdenyut-denyut di bahagian dubur?
? Pendarahan berlaku sebelum dan selepas membuang air besar?
? Darah berwarna merah cair menitis atau tersembur keluar dari saluran dubur?
? Rasa gatal, panas dan tidak selesa pada lubang dubur?
? Rasa tidak selesa pada bahagian dubur semasa berdiri dan mencangkung?
? Ada benjolan terkeluar semasa mencangkung?
Itu adalah tanda buasir. Buasir??
Masalah buasir adalah perkara biasa tetapi tidak ramai yang sanggup bercerita mengenainya. Buasir atau masalah pembuangan air besar dianggap memalukan kerana berkaitan dengan alat sulit.
Apakah Penyakit Buasir?
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena @ salur darah yang terletak di bahagian rektum dubur. Apabila vena @ salur darah ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran dan di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Buasir berlaku disebabkan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi hingga menyebabkan dinding vena @ salur darah teregang atau ‘memeri’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.
Jenis-jenis Buasir
1) Buasir Dalaman
Buasir dalaman biasanya tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi proses meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
2) Buasir Luaran
Buasir luaran menyebabkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit @ bekalan darah akan terputus, bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.
Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir luaran memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memeri dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya.
Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
Punca Penyakit Buasir
Antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat masalah buasir ialah:
? Tekanan (pressure)
Saluran darah vena di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir.
Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran vena di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.
? Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
? Masalah sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang vena di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir.
Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.
? Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran vena.
? Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar.
Bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa juga memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax” dan memburukkan lagi keadaan.
Proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit yang boleh menyebabkan buasir. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.
Bagaimana Untuk Mencegah Buasir?
? Senaman
Senaman yang kerap dan berjadual boleh mengurangkan risiko buasir.
? Pemakanan yang sihat
Pemakanan yang sihat terutamanya yang mengandungi serat yang tinggi akan mengurangkan risiko berlakunya sembelit
Penyelesaian Terbaik!! Aloe Vera Gel Forever Living.
- Mempercepatkan penyembuhan luka buasir di bahagian dalam atau luar.
- Meningkatkan imuniti dan daya tahan tubuh
- Melembutkan najis dan memudahkan pembuangan air besar membantu mengurangkan simptom alahan dan masalah penghadaman tidak lancar
- Sifatnya yang berair dikatakan mampu menyegar dan membersihkan saluran penghadaman seterusnya memperbaiki masalah penyingkiran toksin dari badan
Aloe Vera Gel Forever Living selamat diminum oleh kanak-kanak, ibu mengandung, wanita dalam period ataupun warga emas yang menghidap pelbagai penyakit.
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630
BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI