Nasihat seorang introvert kepada rakan introvertnya.

Bagaimana seorang introvert – pemalu, pendiam, tak banyak cakap, tidak ada kawan dapat membuat bisnes dan membina rangkaian?

Cik Lin kongsikan 6 cara bagaimana anda seorang introvert, mampu berjaya membina rangkaian

Cik Lin bongkarkan rahsia bagaimana anda boleh berjaya membina bisnes rangkaian tanpa perlu berubah menjadi orang lain!!

Yang Pertama –

Cari kenalan baru yang anda suka, selesa dan hormati. Berkawan dengan mereka dan wujudkan hubungan yang baik dan jujur. Dengan mempunyai kawan, semua orang akan rasa lebih bahagia, termasuk diri kita dalam golongan introvert. Namun, sentiasa fikirkan kualiti dalam perhubungan, berbanding kuantiti.

Yang Kedua –

Apabila selesai dalam sesi anda mencari kenalan dan membina rangkaian seperti menghadiri majlis undangan perkahwinan, window shopping sambil beramah mesra atau pun menghadiri program self development atau kelas kelas agama, terus balik ke rumah dan berehat, anda juga boleh memasak, membaca, bersenam ataupun menulis cerita atau blog, yang tidak memerlukan anda berinteraksi dengan orang. Orang introvert kehilangan banyak tenaga apabila mereka berada di khalayak ramai dan mereka perlu recaj diri mereka atau pulihkan diri mereka mengikut suasana jiwa anda.

Yang Ketiga –

Rahsia kehidupan adalah meletakkan diri anda dalam pencahayaan yang betul. Gunakan kuasa semula jadi diri anda untuk melakukan kerja penting. Anda seorang yang rajin, gigih, mempunyai daya tumpu/fokus, berwawasan dan mempunyai matlamat dan yang paling ajaib, anda adalah seorang yang peka dan mempunyai gerak hati atau “intuition” yang tidak dapat dilihat atau dirasai oleh orang lain. Anda seorang yang mampu berfikir secara mendalam mengenai sesuatu perkara, menyusun strategi, menyelesaikan masalah yang rumit kerana anda jelas dengan matlamat dan wawasan anda.

Yang Keempat –

Jika perkara tersebut memerlukan anda melakukan public speaking atau networking atau pun sebarang aktiviti lain yang membuatkan anda tak selesa, usah pedulikan atau abaikan perasaan itu. Lakukan sahaja! Lalui tempoh cabaran itu. Namun, pada masa yang sama, anda perlu terima dan belajar semua aktiviti adalah sukar. Anda perlukan latihan bagi menjadikan perkara itu mudah.

Yang Kelima –

Tidak kira siapa pun anda, ingatlah penampilan diri bukanlah realiti. Tidak perlu bertindak seperti orang lain. Anda mungkin kelihatan menyendiri dan berdikari, tetapi landskap dalaman anda penuh berisi dengan idea dan kreativiti dan inovasi, dan dengan “kuasa senyap” anda, mampu menjadikan anda seorang yang banyak kebaikan dan manfaatnya.

Yang keenam –

Akhir sekali, beri ganjaran kepada diri anda sendiri apabila anda sudah berjaya melakukannya.

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI