SELALU RASA NAK PITAM, ADAKAH ITU TANDA ANDA MENGHIDAPI ANEMIA

Adakah anda sering berasa letih dan lemah?

Jika anda sering berasa letih dan penat, anda mungkin menghidapi anemia. Anda mungkin tidak menyedarinya kerana sesetengah orang yang menghidapi anemia tidak mempunyai simptom sehingga ia menjadi serius.

Apakah itu Anemia?

Anemia terjadi apabila badan anda tidak mempunyai sel darah merah sihat yang mencukupi. Komponen pembawa oksigen iaitu hemoglobin adalah sebahagian daripada sel darah merah. Hemoglobin membawa oksigen dari paru-paru ke bahagian tubuh yang lain. Jika anda menghidapi anemia, badan anda tidak menerima oksigen yang mencukupi untuk tisu-tisu penting dalam badan anda. Akibatnya, anda mungkin mempunyai pelbagai simptom seperti keletihan, lemah badan, pening kepala, dan kelesuan.

Apakah yang menyebabkan Anemia?

  • Penyakit kronik ginjal
  • Kehilangan darah seperti haid yang banyak atau ulser perut
  • Masalah kekurangan nutrien seperti kekurangan zat besi, asid folik dan vitamin B12
  • Penyakit keturunan seperti anemia sel sabit dan thalassemia
  • Diet vegetarian yang kekurangan vitamin B12

Apakah simptom umum anemia:

  • Keletihan
  • Lemah badan
  • Kulit pucat
  • Kuku rapuh
  • Sakit dada
  • Pening kepala
  • Kaki atau tangan terasa sejuk
  • Susah bemafas
  • Denyutan jantung cepat atau tidak teratur
  • Hilang tumpuan
Sumber Google

Diagnosis

Untuk rnengetahui samada anda menghidapi anemia dan jenis anemia, lakukan ujian darah dan berbincang dengan doktor anda.

Pencegahan

Jika anda mempunyai anemia jenis kekurangan nutrien, amalkan diet yang dengan tinggi zat besi, vitamin B12 dan asid folik. Antara makanan yang kaya dengan zat besi adalah seperti daging, telur, kekacang, lentil dan sayuran berdaun hijau. Makanlah makanan yang kaya dengan vitamin C pula seperti buah-buahan sitrus boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Selain itu, daging dan produk tenusu adalah sumber baik untuk vitamin B12 sementara buah-buahan, sayuran berdaun hijau dan kekacang membekalkan asid folik. Suplemen yang kaya dengan vitamin B12, asid folik dan zat besi boleh membantu juga.

Produk Forever yang boleh membantu:

Forever Bee Pollen

  • Mengandungi spektrum lengkap 22 jenis asid amino dan vitamin 8 kompleks (termasuk vitamin B12 dan asid folik) yang berguna untuk pembentukan sel darah merah dan mengurangkan keletihan.
  • Tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna dan diperkayakan dengan jeli raja dan madu lebah.

Forever B12 Plus*

  • Kekurangan vitamin B12 juga menyebabkan kekurangan asid folik. lni kerana kedua-dua vitamin ini penting untuk pembentukan sel darah merah yang normal.
  • Forever B12 Plus mengandungi vitamin B12 dan asid folik dalam formula pelepasan masa yang untuk membantu dalam proses metabolik termasuklah penghasilan sel darah merah

Forever Absorbent-C

  • Kombinasi istimewa vitamin C, bioflavonoid sitrus dan betik serta terikat matrik dengan bran oat untuk penyerapan maksimum
  • Vitamin C membantu penyerapan zat besi dan menolong mengaktifkan asid folik, dua elemen penting yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.

Forever Nature Min*

  • Membekalkan hampir kesemua mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia; sumbernya dari dasar laut semulajadi
  • Membekalkan 11 mineral penting termasuklah zat besi yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin

*Didapati di Singapura sahaja

Disclaimer : Saya bukan pakar perubatan atau penasihat pemakanan, saya adalah Pengedar Sah Forever Living. Nutrisi produk yang disarankan adalah supplemen atau makanan kesihatan dan BUKAN UBAT, justeru ianya tidak membawa kepada nasihat perubatan. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan ubat yang disyorkan oleh doktor. Dengan mengambil makanan tambahan, ianya boleh membantu mengisi jurang pemakanan dalam memenuhi keperluan nutrisi makanan kita dan mengekalkan kesihatan badan.
Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI