Terikat dengan Masa vs Bebas Masa

Pernahkah terfikir mengapa ada orang hidup bebas masa, sementara ada yang masih berkejar kejar masa dengan rutin harian bekerja setiap hari?

Adakah pilihan untuk keluar dari cara hidup yang sebegini? Atau

Adakah cara untuk menjadikan seorang individu itu, dapat mengawal masa nya sendiri dengan istilah lainnya “time freedom” dan yang lebih menarik mencapai “financial freedom” iaitu kebebsan kewangan.

Tahukah anda, dari Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2022 mendapati lebih dari 60% sumber pendapatan isi rumah di Malaysia adalah dari pekerjaan bergaji (Employed). Namun dari Tinjauan Ekonomi 2022 oleh Kementerian Kewangan Malaysia mendapati bilangan usahawan bebas atau pekerja yang bekerja sendiri dijangka meningkat dengan signifikan dalam landskap pekerjaan masa hadapan. Dan seterusnya dalam Tinjauan Ekonomi 2024 pula melaporkan ketidakupayaan pasaran buruh untuk membayar pendapatan yang sewajarnya kepada lepasan baharu institusi pengajian tinggi di Malaysia, adalah disebabkan oleh cabaran struktural ekonomi negara dalam penciptaan pekerjaan dan juga antara punca trend kepada penghijrahan bakat.

Robert T.Kiyosaki dalam dalam bukunya yang terkenal, “Cashflow Quadrant” menulis mengenai Konsep Cashflow Quadrant atau konsep kewangan yang diringkaskan sebagai Konsep ESBI. ESBI menggambarkan empat kategori utama cara atau sumber orang memperoleh aliran dana atau sumber pendapatan; dan ianya melibatkan perbezaan dalam cara mereka mendapatkan wang.

Pertama, dalam kategori kuadran Pekerja (Employee), individu biasanya bekerja untuk orang lain dan memperoleh pendapatan sebagai gaji pekerja. Mereka bekerja untuk mencapai matlamat kewangan mereka, tetapi tidak dapat mengurus sepenuhnya masa dan pendapatan mereka.

Kedua, Perniagaan Sendiri (Self-Employed) merujuk kepada individu yang memiliki kerja sendiri, seperti doktor atau mekanik (foreman). Mereka mungkin bebas menguruskan masa dan pendapatan mereka, tetapi masih bergantung kepada usaha peribadi mereka untuk pendapatan.

Ketiga, Pemilik Perniagaan (Business Owner) di mana ianya melibatkan pemilik perniagaan yang mempunyai sistem dan pasukan bekerja untuk mereka. Mereka mempunyai kawalan yang lebih besar terhadap masa dan potensi pendapatan yang lebih tinggi.

Keempat, Pelabur (Investor) adalah mereka yang membiarkan wang mereka bekerja untuk mereka melalui pelaburan dan aset. Mereka cenderung memahami kekuatan menggandakan wang mereka melalui pelaburan berbanding hanya bekerja untuk mendapatkan pendapatan.

Konsep ESBI ini juga membezakan antara pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Pendapatan Aktif, seperti gaji bulanan, hanya datang ketika anda bekerja. Bandingkan itu dengan Pendapatan Pasif, di mana duit masuk walaupun anda tidur! Pendapatan aktif memerlukan kehadiran dan usaha anda yang berterusan, sementara pendapatan pasif tidak memerlukan kehadiran anda dan membolehkan seseorang untuk menghasilkan wang tanpa perlu menukar masa secara langsung.

Individu yang berada dalam kuadran Pekerja biasanya memperoleh pendapatan aktif. Ini bermaksud mereka terpaksa menukar atau mengorbankan masa dan usaha mereka dengan wang, seperti menerima gaji atau upah pekerjaan harian.

Mereka dalam kuadran kedua iaitu Perniagaan Sendiri juga bergantung pada pendapatan aktif. Contohnya, seorang mekanik (foreman) mendapatkan pendapatan hasil dari perkhidmatan baiki kenderaan. Mereka masih bergantung kepada keperluan usaha dan pengorbanan masa mereka.

Pemilik perniagaan cenderung menuju ke pendapatan pasif dengan membina sistem dan pasukan yang mampu beroperasi tanpa kehadiran mereka secara berterusan. Ini termasuk mendapatkan keuntungan daripada operasi perniagaan atau perolehan pasif daripada pelaburan.

Manakala Pelabur memfokuskan pada pendapatan pasif melalui pelaburan. Mereka meletakkan wang mereka dalam pelbagai instrumen kewangan atau hartanah dan membiarkan keuntungan berkembang seiring berjalannya masa tanpa perlu terlibat secara langsung dalam operasi harian.

Kebanyakan orang terperangkap di dua kuadran pertama, kerana terpaksa menukar masa dengan wang.
Tetapi tahukah anda keajaiban akan berlaku apabila kita bertukar atau beralih ke kuadran sebagai “Business Owner” dan “Investor”.

Jadi, adakah anda mahu terus terikat dengan masa untuk mendapatkan wang atau ingin membina aset dan kebebasan kewangan dengan menjadi Business Owner dan Investor?

Mari saya dedahkan rahsia bagaimana kita boleh bebas dari rutin harian 9 hingga 5 dan meneroka dunia pendapatan pasif!  Ini adalah salah satu cara untuk mencapai kebebasan kewangan dan fleksibiliti yang lebih besar dalam hidup seperti yang anda impikan. 

Jika anda bersedia untuk meningkatkan kewangan anda, klik di pautan/link sekarang
https://khasiataloevera.com/joinbisnes dan mari kita teroka lebih mendalam dunia membina kekayaan.
Kongsikan dengan kawan-kawan anda yang perlukan maklumat ini, dan jom kita cipta komuniti
#bebasmasa #bebaskewangan #businessowner

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI