7 Checklist Persediaan Menjelang Ramadan

RAMADAN MENJELANG TIBA

Sedar tidak sedar tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang bulan Ramadan. Bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk anda mendekatkan diri dengan Allah SWT dan perbanyakkan amal kebaikkan. Namun begitu, adakah anda sudah betul-betul bersedia untuk melangkah ke bulan Ramadan tahun ini? Anda boleh sediakan checklist untuk pastikan semua amal kebaikan yang mahu anda laksanakan, dapat anda lakukan dalam bulan Ramadan tahun ini.

CHECKLIST PERSEDIAAN

Sebelum menyambut bulan Ramadan anda perlulah melakukan persediaan. Ada beberapa persediaan yang perlu anda lakukan sebelum menjelang ramadan.

Ia bertujuan untuk memastikan supaya diri anda bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba. Ada beberapa checklist yang boleh anda lakukan. Antaranya:

  • Menjaga Kesihatan Diri

Bulan puasa merupakan waktu untuk kita mengumpul pahala dan segala amalan baik.  Pada waktu inilah peluang untuk anda melakukan ibadah wajib dan juga perbanyakkan ibadah sunat. Justeru itu, kita perlulah menjaga kesihatan diri supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukan itu sahaja, apabila kesihatan kita baik, kita dapat berpuasa dengan penuh pada tahun tersebut.

  • Semak Semula Hukum Hakam Di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan hanya datang setahun sekali. Disebabkan itu, kadang-kala kita terlupa mengenai segala hukum hakam di bulan Ramadan. Justeru itu, sebelum anda hendak menyambut bulan Ramadhan yang menjelang tiba, apa kata anda semak dahulu segala hukum hakam di bulan Ramadan.

Dengan menyemak semula hukum hakam di bulan Ramadan, ia dapat membuatkan anda mengingat kembali perkara yang wajib dan perkara yang dilarang dilakukan di bulan Ramadan. Ia sekali gus dapat mengelakkan diri anda melakukan ibadah dengan sia-sia dan dapat mengelakkan dari puasa anda terbatal. Dengan ini, dapat menjadikan diri anda lebih berhati-hati dengan perkara yang makruh sekaligus perkara yang boleh membatalkan puasa.

  • Melatih Diri Supaya Bangun Malam

Pada waktu malam di bulan Ramadan ramai orang yang berusaha untuk bangun pada waktu malam untuk mengerjakan ibadah sunat. Tetapi untuk bangun pada waktu malam merupakan satu cabaran terutama kepada mereka yang tidak pernah bangun pada lewat malam untuk mengerjakan ibadah.

Jadi, mulai dari sekarang anda perlu melatih diri anda untuk bangun tengah malam bagi mengerjakan ibadah. Jadikan jam loceng sebagai bantuan untuk anda bangun malam dengan mudah. Jika anda sudah terbiasa bangun malam, anda akan masih sempat bersahur walaupun terlewat bangun untuk qiamullail. Hal ini kerana, badan anda telah terbiasa bangun lebih awal daripada itu.

  • Ketahui Jadual dan Rancang dengan Awal

Setiap orang mempunyai komitmen yang berbeza-beza. Ada yang masih belajar di sekolah, ada yang sibuk dengan projek di universiti, ada juga yang telah masuk alam pekerjaan, ada juga yang berniaga. Oleh itu, anda perlu merancang ibadah sunat di bulan Ramadan dan juga ibadah umum anda untuk mendapatkan ganjaran yang berlipat ganda di bulan Ramadan.

  • Mula Melakukan Ibadah Sunat

Walaupun bulan Ramadan bakal tiba, tetapi tidak salah untuk kita mula melakukan ibadat sunat seperti bersedekah dan bertadarus. Bahkan, jika kita mengingin melakukan khatam Al-Quran pada bulan Ramadan namun, kita merasakan tidak mampu atau sempat untuk menyelesaikan bacaan jika dimulakan pada awal Ramadan, kita boleh mulakan membaca Al-Quran dari sekarang. Ketika itu, berdoalah sebanyak-banyaknya kerana pintu rezeki dan taubat terbuka seluas-luasnya. Moga Allah swt memakbulkan segala permintaan anda semua sesuai dengan jalan takdirNya.

  • Biasakan Diri dengan Bersederhana dan Berjimat Cermat

Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza untuk apa yang mereka lakukan. Sesetengah orang memerlukan hidangan penuh untuk kekal bertenaga sepanjang hari, sementara yang lain sudah rasa cukup dengan minum air supaya tidak mengalami dehidrasi ketika berpuasa.

Sudah tentu kita mengetahui had keperluan diri kita. Jika dengan dua jenis lauk sahaja sudah mencukupi, janganlah beli atau masak berlebih-lebihan. Pada akhirnya makanan tersebut dibuang begitu sahaja. Jika membeli atau memasak lauk yang banyak dengan tujuan untuk bersedekah itu tidak mengapa. Bahkan ianya lebih baik.

  • Bersihkan Hati dan Mula Menjaga Lidah

Mulai dari sekarang anda perlulah mula membersihkan hati serta lidah dari mengata atau mengumpat. Mulai dari sekarang latih mulut anda untuk lebih banyak berdiam diri dan basahkan bibir anda dengan melazimi ayat-ayat zikir. Jadikan ia sebagai latihan untuk menghadapi bulan Ramadan nanti.

Setidaknya, sepanjang bulan Ramadan nanti lidah anda sentiasa di basahi dengan kalimah zikir yang akan memberikan anda pahala. Ketika itu jugalah sikap sebenar kita dipamerkan. Pada bulan Ramadan, syaitan diikat dan setiap kata yang dituturkan adalah daripada nafsu bagi seseorang individu. Alangkah ruginya, jika pada bulan Ramadan, anda tidak dapat untuk mendidik diri menjadi versi diri anda sendiri yang lebih baik dari sebelumnya.

Sumber : https://perkimdk.com/7-checklist-persediaan-sebelum-memasuki-bulan-ramadhan/

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI