5 Tips Bisnes Online Menjelang Ramadan

Apakah persediaan anda sebagai seorang usahawan atau Business Owner menjelang Ramadan tahun ini?

Bulan Ramadan ini adalah antara bulan rezeki bagi para usahawan atau Business Owner. Tinggal beberapa hari sahaja lagi masuknya bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini.

Ramai yang sudah mula memilih untuk lakukan bisnes secara online. Namun adakan anda sudah tahu tips and tricks untuk menjalankan bisnes secara online supaya anda dapat fokus menjalani ibadah puasa dengan tenang tenang sahaja?

1. SEDIAKAN STOK

Perkara utama untuk pastikan sales konsisten naik adalah pastikan bekalan stok mencukupi untuk tampung permintaan pelanggan. Walaupun begitu adalah lebih mudah sekiranya business platform anda ada menyediakan aplikasi atau belian secara online di laman web untuk pembelian, pembungkusan dan penghantaran terus kepada pelanggan anda. Dengan cara ini, anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada marketing dan sales.

2. RANCANG POSTING PROMO

Pastikan anda sudah menyediakan posting promo produk atau servis yang sesuai, untuk bulan Ramadan. Sediakan perancangan sebelum masuknya bulan puasa lagi supaya anda dapat jimatkan masa dan tenaga dan yang lebih utama anda dapat menumpukan kepada mendapatkan ganjaran mengamalkan ibadah ibadah sunat semasa berpuasa. 

Namun adalah lebih menguntungkan berbisnes dengan produk yang evergreen, tidak kira musim dan pelanggan habis pakai atau guna, dan ulang beli lagi. Contoh produk daily use untuk penjagaan kebersihan seperti sabun mandi, ubat gigi, shampoo, deodoran dan produk skincare seperti pencuci muka, penyegar (toner), pelembab, serum, pelindung matahari (sunscreen) dan lain lain, selain produk makanan kesihatan yang pasti diambil untuk tingkatkan kesihatan.

3. MENYEDIAKAN DELIVERY SERVICE

Sediakan servis penghantaran yang terbaik, untuk memudahkan pelanggan menerima barang barang mereka dengan segera. Pelanggan lebih gembira sekiranya mereka tidak perlu keluar rumah di bulan puasa untuk mendapatkan barang barang mereka. Anda boleh menggunakan khidmat kurier atau Lalamove untuk penghantaran segera. Namun ianya menjadi semakin mudah sekiranya anda mempunyai team yang menguruskannya bagi pihak anda.

4. KEMPEN SEMPENA RAMADAN

Buatlah satu kempen sempena bulan Ramadan. Inilah masanya untuk kita berkongsi rezeki dengan pelanggan kita dengan memberikan tambahan hadiah istimewa buat pelanggan anda selain apa yang telah disediakan sebagai promo oleh pihak syarikat anda sempena Ramadan. Pelanggan anda pasti teruja apabila menerima pelbagai hadiah istimewa terutama apabila hadiah tersebut sangat relevan semasa bulan puasa atau pun bila menyambut raya.

5. DAPATKAN RAMAI PELANGGAN SECARA ONLINE

Banyak perkara yang boleh anda lakukan di media sosial contohnya buat Live setiap pagi, buat posting 2 atau 3 kali sehari, brand awareness, berkongsi nilai nilai baik, kata kata inspirasi dan motivasi dan sebagainya.

Oleh kerana anda bekerja secara online, anda bebas memilih displin waktu anda sendiri untuk bekerja. Walaupun begitu, anda boleh displinkan diri anda melakukan 2 perkara ini, iaitu
i) Senaraikan kerja kerja yang perlu dilakukan; dan
ii) Set timer contoh 25 minit untuk setiap kerja.

Mulakan setiap kerja dengan memberikan sepenuh tumpuan dan elakkan sebarang gangguan. Setelah tamat masa, berhenti kerja dan berehat, lakukan sedikit pergerakan seperti senaman ringan, bangun ke bilik air atau anda juga boleh lakukan solat sunat sekiranya sesuai pada waktunya, Timer ini bertujuan supaya ada rasa cemas, terdesak atau urgency untuk siapkan kerja pada waktu yang telah ditetapkan contoh 25 minit tadi. Dengan cara begini anda akan menjadi lebih produktif dan lebih tenang kerana anda mampu menghabiskan banyak kerja. Cara begini sangat membantu anda dalam bulan puasa kerana anda mahu merebut ganjaran pahala melakukan amal ibadah sunat yang lain.

Untuk yang mahu ambil peluang menjana pendapatan secara online hanya dari rumah di platform yang patuh syariah dengan produk sunnah, halal dan toyyiban, memberi khasiat kebaikan dan manfaat kesihatan yang sudah berada di pasaran dunia lebih 46 tahun, Klik terus di sini https://khasiataloevera.com/joinbisnes

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI