Aloe Vera dan Arthritis | Aloe Vera Sebagai Penawar Radang Sendi @ Arthritis

Penyakit Radang Sendi - Arthritis

Aloe Vera telah digunakan sebagai penawar semulajadi sejak ribuan tahun yang lalu. Pokok Aloe Vera mempunyai ciri-ciri semulajadi anti-keradangan dan anti-kuman. Sebab itu ramai doktor memberi gelaran “the first aid plant” kepada Aloe Vera kerana keberkesanannya untuk merawat luka dan kesan melecur pada kulit.

Aloe Vera juga boleh digunakan sebagai rawatan semulajadi yang berkesan untuk penyakit radang sendi (arthritis). Aloe Vera dapat melegakan tisu-tisu yang sensitif, mengurangkan bengkak serta kesakitan pada sendi-sendi tulang, menjadikan ia sangat sesuai untuk merawat penyakit arthritis.

Penyakit Radang Sendi - Arthritis

Terdapat lebih daripada 100 jenis radang sendi tetapi secara amnya, penyakit arthritis ini didefinisikan sebagai:

keradangan pada mana-mana bahagian sendi yang menyebabkan kesakitan, nyilu, bengkak, keras-kaku dan pergerakan menjadi terbatas.

Penyakit Radang Sendi - Arthritis

Keradangan pada sendi berlaku apabila tulang rawan (cartilage) yang melindungi sendi mengalami kerosakan akibat tulang retak atau patah, jangkitan kuman atau terhakis kerana peningkatan usia. Tanpa perlindungan cartilage, tulang akan bergeseran sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan, nyilu dan bengkak.

Doktor biasanya akan memberikan ubat tahan sakit seperti aspirin, ibuprofen atau acetaminophen. Semua ubat ini mempunyai ciri anti-keradangan yang dapat melegakan kesakitan – sama seperti ciri anti-keradangan yang terdapat dalam Aloe Vera semulajadi.

Penyakit Radang Sendi - Arthritis

Dalam tahun 1970-an, saintis bernama Robert H. Davis telah mengkaji kebaikan semulajadi Aloe Vera berbanding dengan ubatan steroid. Beliau mendapati bahawa bahan sterols dalam Aloe Vera, contohnya beta-sitosterol mampu memberikan tindak-balas anti-keradangan yang menakjubkan.

Kajian lain pada tahun 1994 seperti yang diterbitkan dalam Journal of the American Podiatric Medical Association, menunjukkan bahawa Aloe Vera boleh membantu mencegah penyakit radang sendi atau arthritis dan juga mengurangkan keradangan pada sendi. Kajian ini mendedahkan penurunan bengkak akibat radang sendi sebanyak 70%!

Aloe Vera boleh digunakan untuk merawat semua jenis penyakit radang sendi.

Pokok Aloe Vera Lidah Buaya

Penyakit radang sendi yang tidak dirawat boleh menjadi lebih parah dan dikenali sebagai rheumatoid arthritis yang merupakan sejenis penyakit autoimmune (autoimmune disease).

Penyakit Radang Sendi - Arthritis

Autoimmune disease menyebabkan sistem kekebalan tubuh terkeliru dan tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Sistem imun badan akan menganggap sel-sel badan yang sihat adalah virus dan menyebabkan ianya menyerang diri anda sendiri.

Rheumatoid arthritis memerlukan pemantauan perubatan, terapi fizikal dan pembedahan.

Aloe Vera mengandungi acemannan iaitu penggalak semulajadi sistem imun (natural immune booster). Kajian saintifik mendapati polysaccharides dalam Aloe Vera boleh membantu menstimulasi sistem imun dan mengurangkan keradangan sendi.

Amalan meminum jus Aloe Vera boleh membantu membina sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan sistem imun pesakit radang sendi (arthritis).

Bagi mereka yang penyakit radang sendi masih diperingkat awal, amalan meminum jus Aloe Vera boleh membantu menghalang penyakit radang sendi daripada menjadi lebih parah.

 

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI