Diet pemakanan anda memastikan anda tidak kelaparan. Apa yang anda pilih untuk makan adalah makanan yang dapat memberikan anda tenaga yang cukup. Tetapi isu nya adalah anda semua sering kekurangan mikronutrien. Reaksi badan agak mudah. Pernah kah kadang-kadang anda terasa teringin makan sesuatu. Mengidam, meskipun anda tidak pun mengandung (tersenyum). Istilah sekarang adalah, "Craving". Itu adalah reaksi badan anda yang ingin memberitahu bahawa ia kekurangan sesuatu, dan ia berharap anda akan membekalkan nutrien yang kurang dalam badan anda. Sebagai contoh, adakah anda tahu bahawa keinginan anda untuk makan coklat boleh dikaitkan dengan kekurangan magnesium? Jika anda tidak mengambil magnesium yang mencukupi, organisma badan anda akan membantu dirinya untuk mendapatkan bekalan yang disimpan. Allah menciptakan badan anda sungguh sempurna. Ini bermakna gejala kekurangan nutrien tidak berlaku secara langsung. Sudah tentu, badan anda akan membuat tindakan mengisi semula kekurangan nutrien tersebut, jadi ia merangsang selera untuk makan makanan kaya magnesium seperti coklat. Akibatnya, "craving" untuk makan makanan yang manis tidak secara automatik berpunca daripada pengambilan gula yang kurang, tetapi juga daripada kekurangan nutrien.

HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630
BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI