KERADANGAN KRONIK ATAU YANG BERPANJANGAN AKAN MENGAKIBATKAN GANGGUAN SISTEM IMUN

Suplemen yang mesti diambil untuk menentang keradangan

Keradangan adalah satu bentuk tindak balas badan untuk pemulihan, seringkali berbahaya pada kesihatan. Keradangan kronik menyebabkan serangan jantung, strok, artritis reumatoid (sakit sendi), demensia, kolesterol tinggi, penyakit kulit dan juga kanser.

Tekanan hidup yang tinggi, diet tidak sihat, kekurangan vitamin dan mineral, tidak meminum air bersih yang mencukupi, kurang tidur, pencemaran alam sekitar, kesemuanya menyumbang kepada keradangan kronik yang selalunya tidak dapat dikesan selama bertahun-tahun sehingga penyakit yang kronik muncul.

Apakah jenis makanan yang menyebabkan keradangan?

Sumber Google

Diet moden kita adalah punca utama berlakunya keradangan

  1. Lemak tidak sihat menggalakkan keradangan. Kebanyakan orang mengamalkan diet orang Barat yang kaya dengan makanan diproses or makanan segera dan juga mengandungi asid lemak Omega-6 yang berlebihan (didapati dalam minyak jagung, minyak bunga matahari dan minyak kacang). lni menyebabkan ketidakseimbang anantara Omega-3 dan Omega-6 yang menggalakkan keradangan.
  1. Karbohidrat ditapis juga menyebabkan keradangan. Tepung yang ditapis, gula dan makanan yang mempunyai lndeks Glisemik yang tinggi memburukkan lagi keadaan keradangan. Makanan tersebut meningkatkan tahap insulin dan glukosa, yang juga meningkatkan tahap keradangan.
  1. Lemak trans juga menyebabkan keradangan. Biskut, kek, mentega kacang, marjerin, dan kebanyakan makanan diproses menggunakan minyak sayuran terhidrogenasi atau minyak separa terhidrogenasi (lemak trans) yang juga menyebabkan keradangan.
  1. Sensitiviti (Alergi) terhadap makanan juga menyumbang kepada keradangan. Sesetengah orang, makanan tertentu menyebabkan keradangan pada seluruh badan. Penyebab yang paling umum adalah gandum, bahan tenusu, produk soya dan sitrus.

Suplemen yang boleh mengurangkan keradangan kronik

Asid Lemak Omega-3

Paling banyak ditemui dalam minyak ikan. Asid lemak omega-3 mengandungi kedua-dua DHA (dokosaheksanoik) dan EPA (eikosapentanoik) yang membantu mengurangkan tahap trigliserida dan mengurangkan risiko penyakit jantung, serangan jantung, ritma jantung tidak teratur dan mengurangkan tahap tekanan darah.

Ambil perhatian bahawa asid lemak Omega-6 yang berlebihan, yang ditemui dalam minyak jagung dan minyak bunga matahari boleh menyebabkan keradangan. Ringkasnya, Omega-3 menentang keradangan sementara Omega-6 menyebabkan keradangan.

Suplemen: Forever Arctic-Sea mengandungi asid lemak Omega-3 dan Omega-9, yang boleh membantu mengurangkan proses keradangan yang membawa kepada pelbagai jenis penyakit.

Cecair Antioksidan

Jus buah-buahan seperti beri adalah kaya dengan flavonoid yang merupakan antioksidan yang kuat. Meminum jus buah-buahan dengan makanan berkarbohidrat atau berlemak tinggi boleh membantu meneutralkan tahap keradangan yang dihasilkan oleh makanan tidak sihat dan membantu mengelakkan kerosakan saluran darah.

Suplemen: Pomesteen Power mengandungi 7 jenis buah-buahan berantioksidan tinggi dalam senarai teratas nilai ORAC, yang membantu melindungi sel-sel badan dengan mengurangkan kerosakan radikal bebas

Aloe Vera

Amatlah penting untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi fitonutrien setiap hari untuk melindungi badan dan menentang keradangan.

Suplemen: Aloe Vera Gel adalah suplemen berkhasiat dengan lebih dari 200 sebatian bermanfaat termasuklah Komplek Antrakuinon yang mempunyai ciri-ciri anti-keradangan dan mengurangkan kesakitan.

Disclaimer : Saya bukan pakar perubatan atau penasihat pemakanan, saya adalah Pengedar Sah Forever Living. Nutrisi produk yang disarankan adalah supplemen atau makanan kesihatan dan BUKAN UBAT, justeru ianya tidak membawa kepada nasihat perubatan. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan ubat yang disyorkan oleh doktor. Dengan mengambil makanan tambahan, ianya boleh membantu mengisi jurang pemakanan dalam memenuhi keperluan nutrisi makanan kita dan mengekalkan kesihatan badan.
Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI