SAKIT KEPALA BIASA ATAU MIGRAIN?

MIGRAIN

Hampir setiap orang pernah mengalami sakit kepala – anda mungkin berasa denyutan di depan kepala anda ketika mengalami selsema atau flu, atau pun selepas sehari yang sibuk, anda mungkin berasa sakit di pelipis anda atau di belakang kepala anda akibat tekanan. Kebanyakan sakit kepala menyebabkan kesakitan di depan, di atas dan di tepi kepala anda, yang seakan-akan seperti terdapatnya gelang getah yang telah ditegang di kelilingi kepala anda.

Tetapi, sakit migrain adalah berlainan.

Apakah itu migrain?

Migrain ialah sejenis sakit kepala yang berdenyut-denyut, biasanya ia berlaku di sebelah kepala sahaja (kiri ataupun kanan sahaja). Ia turut mempunyai kesan sampingan seperti rasa loya atau muntah dan menjadi lebih sensitif terhadap cahaya dan bunyi.

Sesetengah orang mengalami simptom beberapa minit sebelum sakit migrain. Antaranya adalah ternampak cahaya yang berdenyar-denyar, mengalami kekebasan pada bahagian muka, deria bau yang terganggu, atau mengalami kesukaran untuk bercakap.

Jika anda mengalami sakit migrain, anda bukanlah keseorangan. Mengikut Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA), kaum wanita lebih kerap mengalami sakit migrain berbanding kaum lelaki dengan peratusan sebanyak 25% untuk kaum wanita dan 8% untuk kaum lelaki.

Punca Migrain

Sebab sebenar sakit migrain masih tidak diketahui. Keputusan penyelidikan terkini mengatakan bahawa keradangan pada saluran darah di bahagian otak yang menyebabkan saluran darah mengembang dan menekan pada saraf berdekatan, dengan demikian menyebabkan kesakitan. Keradangan tersebut mungkin disebabkan oleh stimulasi pada saraf trigeminal (saraf sensori utama di muka).

Kebanyakan pesakit-pesakit migrain dapat mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan atau memburukkan sakit migrain mereka. Kekerapan dan tahap sakit migrain dapat dikurangkan dengan mengelakkan faktor-faktor tersebut.

Apakah penyebab-penybab sakit migrain?

  • Tekanan dan kegelisahan
  • Kafein dan alkohol
  • Kekurangan tidur atau tidur terlalu lama
  • Pertukaran hormon ketika peredaran haid (sesetengah kaum wanita mengalami sakit migrain sebelum haid bermula yang mungkin disebabkan oleh tahap estrogen yang rendah ketika haid)
  • Makanan mengandungi nitrat (seperti daging ‘luncheon’, ‘hot dogs’), tiramin (keju, ikan salai, wain merah), MSG atau aspartam
  • Keadan persekitaran seperti cahaya terang, bunyi dan bau yang terlalu kuat

Ikuti tips berikut apabila anda mengalami sakit migrain:

  • Berehat di bilik yang gelap dan sunyi
  • Tidur dengan secukupnya dan tidak berlebihan
Sumber Google

Produk berikut boleh membantu melegakan simptom migrain

Aloe Berry Nectar

  • Ekstrak kranberi boleh membantu mengawalatur perubahan hormon.
  • Aloe Vera mengandungi kompleks antrakuinon yang mempunyai ciri-ciri anti keradangan yang dapat membantu mengurangkan kesakitan semasa sakit migrain.

Forever Artic-Sea

  • Kaya dengan Omega-3 (daripada ikan lautan sejuk) dan Omega-9 (daripada minyak zaitun) yang mempunyai ciri-ciri anti keradangan yang boleh membantu mengurangkan kesakitan

Forever Royal Jelly

  • Kaya dengan vitamin B kompleks, asetilkolina dan inositol yang boleh membantu mengawalatur sistem saraf, dengan demikian dapat mengurangkan kegelisahan dan tekanan.
  • Mengandungi fitohormon yang boleh membantu mengawalatur dan menyeimbangkan hormon.

Disclaimer : Saya bukan pakar perubatan atau penasihat pemakanan, saya adalah Pengedar Sah Forever Living. Nutrisi produk yang disarankan adalah supplemen atau makanan kesihatan dan BUKAN UBAT, justeru ianya tidak membawa kepada nasihat perubatan. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan ubat yang disyorkan oleh doktor. Dengan mengambil makanan tambahan, ianya boleh membantu mengisi jurang pemakanan dalam memenuhi keperluan nutrisi makanan kita dan mengekalkan kesihatan badan.
Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI