#Tentang Pilihan : Cipta Kerjaya

“Saya tahu awak sudah lebih 10 tahun berjaya menyediakan laporan penting ini untuk syarikat kita, tepat pada masa, tanpa sebarang masalah with minimal supervision dari saya.” kata majikannya memulakan bicara.

 “Peluang awak ditukarkan ke jabatan lain, dapat memberi pendedahan baharu dan menjadikan awak mampu berdaya saing.” majikannya memberi alasan.

Inilah yang saya kira permulaan terdetik tercetusnya satu keputusan yang agak sukar bagi diri saya iaitu untuk membuat pilihan melepaskan pekerjaan dan kerjaya saya.

Perubahan suasana di tempat kerja dan perbezaan skop tugasan membuatkan diri saya terpaksa bertukar menjadi seorang yang berbeza. Bagi seorang yang sukakan cabaran dan mempunyai daya motivasi tinggi, saya terima perubahan ini. Kesibukkan saya menyesuaikan diri dengan tugasan baharu, menyebabkan saya tiada masa untuk memikirkan apa pun yang yang saya rasa.

Segalanya berjalan terus dan sangat pantas, sehingga tiba-tiba, badan saya memberi “signal” bahawa saya tidak lagi mampu menjadi “orang lain” kepada diri saya. Sungguh meletihkan bagi diri saya, apabila tugasan multi tasking, outdoor, bertemu crowd termasuk kekerapan menghadiri mesyuarat, menguruskan staffing, membuatkan saya tidak dapat memberi tumpuan dan perincian kepada pekerjaan saya.

Faktor usia dan pengalaman kerja di jabatan sebelumnya adalah satu kelebihan di mana saya mampu menghargai suatu tugasan pada satu sudut pandang berbeza dan matlamat sebenar yang mahu dicapai oleh syarikat secara keseluruhannya, namun dari aspek yang lain, gerak kerja seperti ini tidak sesuai bagi seorang yang introvert seperti saya.

Bagi seorang introvert, perkara ini sering terjadi. Kewibawaan mereka yang tidak terserlah kerana mereka dikatakan tidak pandai bersosial dan tidak pandai berhujah, memberikan persepsi bahawa mereka adalah dalam golongan “non-performer”.

Pihak pengurusan yang bijak, mampu melihat kelebihan yang ada pada seorang pekerja introvert kerana ternyata mereka mampu melaksanakan tugasan secara bersendirian tanpa bantuan dan perhatian, dan yang paling utama adalah kreativiti mereka dalam menghasilkan tugasan di luar jangkaan dan on-time kerana fokus, perincian, penyelidikan dan komitmen mereka dalam mencapai matlamat sesuatu tugasan. Ini merupakan aset terpenting mereka.

Tiada istilah pendiam itu “tak pandai mengurus kerja” dan banyak bercakap itu “pandai mengurus kerja”. Ini kerana kedua-dua introvert dan extrovert mempunyai ciri-ciri tersendiri yang boleh memberi nilai kepada orang sekeliling. Dan siapa pun mereka, mereka memerlukan persekitaran yang sesuai untuk merealisasikan dan mengembangkan potensi mereka.

Bagi mereka yang sama seperti saya, anda perlu lakukan sesuatu supaya anda tidak berterusan dalam stres dan konflik di tempat kerja. Stres yang berpanjangan boleh menjejaskan kualiti kehidupan kerana ia boleh menyebabkan punca pelbagai jenis penyakit dan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan kita.

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI