#Tentang Pilihan. Cipta Kejayaan Diri Sendiri.

Aku sering mendengar keluhan sebegini di tempat kerja aku yang dahulu.

“Macamana Boss baru?” Aku bertanya kepada Salmah yang sedang berehat sambil minum secawan kopinya.

“Biasalah..” jawab Salmah selamba seolah-olah tiada yang menarik untuk diperkatakan.

“Masalah lama tak selesai, dah sibuk nak implement perkara-perkara baharu, yang kadang-kadang aku rasa tak perlu pun.” Salmah menambah.

“Sudah pasti lah, kalau tak, tak nampak lah kewujudan boss baru tu, kan.” Aku mencelah.

“Kita sebagai orang bawah, tidak boleh nak “move on”, kalau setiap kali bertukar boss baharu, asyik sibuk nak buat perkara-perkara baharu, daripada menyelesaikan masalah sedia ada. Akhirnya nanti masalah sama juga yang akan timbul semula.” Sejak berkhidmat di jabatan itu, dah 5 kali Salmah bertukar bos.

“Mereka duduk di jawatan itu, dengan kepakaran bidang masing-masing, tentulah mereka ada fokus dan kepentingan mereka sendiri. Kalau tak macam tu takde lah keluar pepatah apa tu.. sekali air bah, sekali pantai berubah.” Aku cuba meredakan emosi Salmah.

Pernah terbaca artikel mengenai 6 Rules for “HAT” Management oleh Scott Patchin. Antara perkara yang menarik perhatian saya dalam penulisan beliau adalah menurut beliau dalam berhadapan dengan longgokan kerja yang perlu kita lakukan, kita secara lazimnya akan membuat pilihan pekerjaan yang paling menyeronokkan mengikut kecenderungan minat kita atau pekerjaan yang kita rasa berkemungkinan besar kita dapat menyelesaikannya.

Apa yang menarik lagi adalah, sekiranya kita diberi pilihan untuk merancang atau mereka (design) peranan kita yang sempurna (perfect role), kita pastinya akan terdorong untuk merancang ianya mengikut kelebihan, keistimewaan atau sifat-sifat semulajadi (naturally gifted) yang ada pada diri kita.

Di sini kita melihat, majikan akan design perfect role mereka untuk memperlihatkan kewibawaan mereka, manakala pekerja akan terpaksa menyesuaikan diri mengikut pilihan bidang kerja berdasarkan kecenderungan atau keutamaan majikan.

 Timbul dalam banyak situasi, masalah kerja yang sama akan berulang tanpa penyelesaiannya kerana pertukaran “boss”. Pekerja akan hilang motivasi untuk bekerja dan pekerjaan yang dilakukan akan tidak menyeronokkan, dan apa yang boleh dilakukan ketika itu hanyalah untuk menguruskan pekerjaan itu sebaik mungkin. Ini langsung tidak meningkatkan motivasi dan produktiviti seorang pekerja. Istilah bekerja “asal buat” dan bukan menghasilkan kerja yang terbaik.

Namun, alangkah seronoknya, sekiranya kita mampu menjadi boss kepada diri kita sendiri dan membuat pilihan serta design pekerjaan kita mengikut kecenderungan minat kita, dan seterusnya berjaya dengan cara kita sendiri.

Dari situlah nanti kita akan mendapat kepuasan merancang atau design perfect role kita mengikut kelebihan, keistimewaan dan naturally gifted yang ada pada diri kita.

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI