Tips Kesihatan | Kesan & Cegah – Ujian Kesihatan Awal Boleh Menyelamatkan Nyawa

Bismillah. Aloe!

Penyakit boleh menyerang badan kita pada bila-bila masa. Terutama tanpa kita sedari!

Kebanyakan orang hanya dapat tahu diri ada penyakit kronik bila sudah berada pada tahap kritikal atau merbahaya. Pada masa itu sangat susah untuk mengubati dan kos perubatan sudah tentu banyak sekali.

Alangkah baiknya kalau kita dapat tahu tentang adanya tanda-tanda penyakit dalam badan kita lebih awal. Bila kita dapat tahu lebih awal maka kita ada banyak peluang untuk sembuh!

Sebab itu Ujian Kesihatan Awal boleh menyelamatkan nyawa. Kita boleh buat Ujian Kesihatan di mana-mana klinik atau hospital yang ada menyediakan kemudahan itu.

Berikut adalah Ujian Kesihatan Awal yang biasanya dilakukan untuk menilai tahap kesihatan badan kita. Ujian Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index – BMI) dan Ukur-Lilit Pinggang boleh kita lakukan sendiri. 

Manakala Ujian Tekanan Darah dan Glukos Darah Rambang boleh juga dilakukan sendiri di rumah JIKA kita ada peralatan sendiri iaitu Pemantau Tekanan Darah (Blood Pressure Monitor) dan Pemantau Glukosa Darah (Blood Glucose Monitor).

Ujian Urinalisis dan Kolestrol Darah Rambang hanya boleh dilakukan di klinik atau hospital.

Mari kita sama-sama lakukan Ujian Kesihatan Awal.

1. Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index)

Anda boleh guna kalkulator Indeks Jisim Tubuh (BMI) secara online. Klik sini.

Masukkan Tinggi dalam CM dan berat dalam KG. Kemudian tekan butang Calculate. Berapakah BMI anda?

Ujian Kesihatan Awal

PengelasanBMI (kg/m2)Risiko Pada Kesihatan
Kurang Berat Badan< 18.5Risiko Rendah
Normal (Unggul)18.5 – 22.9Boleh diterima
Pra-Gemuk23.0 – 27.4Risiko meningkat
GEMUKlebih dari 27.5Risiko tinggi!

2. Ukur-Lilit Pinggang

Gunakan pita pengukur untuk ukur ukur-lilit pinggang dalam CM.

Ujian Kesihatan Awal

PanduanLelaki < 90cmPerempuan< 80c

3. Tekanan Darah: ____ /_____ (sistolik/diastolik)

Ujian Kesihatan Awal

Kategori*Sistolik (mmHg)Diastolik (mmHg)Cadangan
Normal< 130< 85Uji lagi dalam setahun
Pra-hipertensi130-13985-89Uji lagi dalam 3-6 bulan
Hipertensi tahap 1140-15990-99Uji lagi dalam 2 bulan
Hipertensi tahap 2160-179100-109Uji lagi dalam 1 bulan
Hipertensi tahap 3180-209110-119Uji lagi dalam seminggu
Hipertensi tahap 4lebih 210lebih 120Uji secepat mungkin!

4. Urinalisis: Glukos: ____ mg/100mL   Protein: _____ mg/100mL    Darah: ____ RBC/uL

Panduan Urinalisis: Kehadiran glukos dan/atau protein dalam air kencing menunjukkan kemungkinan penyakit diabetes (kencing manis), masalah buah pinggang atau jangkitan salur kencing.

Ujian Kesihatan Awal

Darah yang terdapat dalam air kencing mungkin salah satu gejala penyakit buah pinggang.

5. Gkukos Darah Rambang*: ______ mmol/L

Ujian Kesihatan Awal

Darah Rambang*
Keputusan (mmol/L)Cadangan
< 5.6Risiko diabetes rendah
5.6 – 11.0Jalankan ujian glukos darah (berpuasa)
lebih 11.0Jumpa doktor cepat!

6. Kolestrol Total Darah Rambang*: ____ mmol/L

Darah Rambang*Risiko rendahSempadan risiko tinggiRisiko tinggi
Kolestrol Total< 5.175.17 – 6.19lebih 6.20

*Pengukuran secara rambang tertakluk pada kebolehubahan berdasarkan pengambilan makanan terakhir anda. Perlukan pengesahan darah ketika berpuasa.

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI