Tips Kesihatan | Tolong! Paras Kolestrol Saya Tinggi – Apa Patut Saya Buat?

Bismillah. Aloe!

Beberapa bulan lepas, saya telah jalankan Ujian Kesihatan Awal dan sangat terkejut bila mendapati tahap kolestrol dalam darah saya adalah 5.33 mmol/L!!!

Bermakna paras kolestrol saya berada dalam sempadan risiko tinggi. Walaupun bukan tahap merbahaya tapi ia satu petanda yang sangat menakutkan!

kolestrol

Paras normal kolestrol sepatutnya kurang dari 5.17 mmol/L.

Apa yang patut saya lakukan untuk kurangkan kolestrol?

Amalkan 3 aspek gaya hidup sihat!

  1. Pemakanan (diet ) yang sihat
  2. Program senaman yang sederhana
  3. Pemakanan tambahan yang berkualiti, lengkap dan seimbang

Secara jujur saya akui yang saya memang pernah tidak ambil peduli pasal pemakanan yang sihat. Saya pernah makan banyak makanan segera (fast food), makanan barat dan bergoreng. Malah saya sangat sukakan mentega dan keju!

Senaman juga saya kurang lakukan setelah berkahwin. Jika dibandingkan diri saya semasa bergelar pelajar universiti dan sekarang – memang macam bumi dan langit. Dulu saya sangat aktif bersenam dan menyertai pelbagai aktiviti sukan. Tapi sekarang? Nak jogging pun susah!

Nasib baik anak saya suka menari bersama saya. Ada juga senaman ringan. 

Bercakap pasal pemakanan tambahan pula – dulu saya ni sekejap amalkan… sekejap tidak. Memang tidak konsisten.

Nasib baik saya telah tahu paras kolestrol saya lebih awal. Jadi, saya boleh ubah gaya hidup saya menjadi lebih sihat. 

KURANGKAN MAKANAN KOLESTROL TINGGI

Kalau kita nak ubat tabiat pemakan menjadi lebih sihat, kita kena tahu jenis-jenis lemak yang ada dalam makanan – dan ELAK DARI MAKAN!

Kita kena kurangkan pengambilan makanan seperti telur, produk tenusu, daging dan kerang. Juga elakkan makan daging organ macam hati, ginjal dan otak.

Persatuan Jantung Amerika (AHA) mencadangkan kita hadkan pengambilan kolestrol pada kurang 300mg sehari atau 200mg sehari kalau ada sakit jantung.

LEBIHKAN MAKANAN YANG MENURUNKAN KOLESTROL

Kita kena makan lebih makanan yang jenis lemak Mono Tidak Tepu (merendahkan kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik) dan Poli Tidak Tepu (merendahkan kolestrol jahat.)

  • Gunakan minyak zaitun dalam masakan.
  • Makan suplemen minyak ikan + minyak zaitun seperti Forever Arctic Sea
  • Makan kekacang macam badam/walnut.
  • Ambil makanan yang tinggi serat larut macam oatmil, oat bran, barli, beras bran, buah sitrus dan kekacang.
  • Pilih roti bijiran penuh dan elakkan makanan terproses.
  • Hadkan pengambilan garam, gula dan daging merah.
  • Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran (5-6 hidangan sehari).
  • Pilih cara memasak yang sihat – rebus, kukus dan panggang. Elakkan menggoreng!

KERAP BERSENAM

Kita dicadangkan bersenam sekurangnya 30 minit sehari – 3 kali seminggu.

Senaman sederhana yang kerap boleh menurunkan paras kolestrol jahat, menaikkan paras kolestrol baik dan menyihatkan jantung kita.

Senaman juga dapat mengawal berat badan, melegakan stress/tekanan dan mencegah penyakit macam diabetes dan obesiti.

KERAP JALANKAN UJIAN KESIHATAN

Ujian kesihatan sangat penting untuk kesan dan cegah penyakit! Kita perlu lakukan ujian kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Ujian kesihatan boleh memberitahu kita tentang paras kolestrol dalam darah kita.

MAKAN VITAMIN TAMBAHAN

Pilih vitamin berasaskan sumber semulajadi untuk membantu kita capai tahap kesihatan terbaik.

Forever Arctic Sea

Forever Arctic Sea adalah formulasi unik terbaik untuk mengawal kolestrol dalam darah.

Kandungan Minyak Ikan (Omega 3) dan Minyak Zaitun (Omega 9) dalam Arctic Sea Forever Living ini mampu bertindak mencairkan kolestrol jahat (LDL) dalam saluran darah anda.

Seterusnya membantu melancarkan peredaran darah anda serta mengekalkan kandungan kolesterol baik (HDL). Forever Arctic Sea juga menyokong kesihatan otak dan jantung anda.

Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI