ANAK-ANAK YANG CERGAS, ADALAH ANAK-ANAK YANG BIJAK

Kanak-kanak sihat dan kuat

Semua ibu bapa berharap anak mereka membesar dengan sihat dan mempunyai tubuh yang kuat. Hal ini berkait-rapat dengan diet yang sihat dan nutrisi yang seimbang bagi kanak-kanak membesar dengan normal dan sihat. Ini kerana nutrisi adalah penting untuk perkembangan tubuh serta mental. Kekurangan nutrisi atau malnutrisi akan menyebabkan pertumbuhan kurang normal dan menjejaskan kesihatan. Walau bagaimanapun, pemakanan berlebihan pula akan menyebabkan kegemukan, penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Nutrisi amat penting untuk tumbesaran kanak-kanak. 7 nutrien utama yang diperlukan oleh tubuh adalah: protein, lemak, karbohidrat, air, vitamin, mineral dan serat. Nutrien seperti ini boleh didapati daripada pemakanan harian. Kanak-kanak tidak digalakkan untuk makan berlebihan atau memilih makanan. Untuk membentuk nutrisi yang seimbang, tabiat pemakanan yang betul harus dipupuk dengan baik. Ia perlu berfokus pada kualiti serta kuantiti, bukan pada jenis makanan. Piramid makanan adalah satu alat rujukan yang baik untuk menjelaskan bagaimana untuk memilih makanan yang berlainan jenis dengan betul.

  • Bijiran- Nasi dan bihun bukan sahaja membekalkan tenaga dalam bentuk kanji dan karbohidrat tetapi juga mengandungi serat, protein, vitamin A, 8, E, fosforus, zat besi dan kalium. Jumlahnya adalah tertinggi antara semua kumpulan makanan.
  • Buah-buahan & sayur-sayuran- Sebagai sumber utama vitamin dan mineral. Ia diperlukan untuk tumbesaran badan dan mental. Ia juga mengalakkan sistem imun dan mencegah sembelit.
  • Telur, daging & tensusu– Membekalkan protein dan kalsium untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia dapat membaik pulih sel, menggalakkan metabolisme, dan mengekalkan kesihatan tulang serta gigi. Akan tetapi, pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan kegemukan dan kolesterol tinggi.
  • Garam, gula & lemak- Makanan sebegini berada di tempat teratas piramid dan patut dimakan dengan kuantiti yang sedikit kerana ia boleh didapati daripada kumpulan makanan yang lain. Kuantiti yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.
Sumber Google

Masalah Kegemukan

Sumber Google

Mengikut kaji selidik di Chinese Universitiy of Hong Kong, tahap kegemukan pelajar Hong Kong telah meningkat secara mendadak dalam satu dekad – meningkat dari 11.3% kepada 22.5% bagi kanak-kanak lelaki dan dari 8.9% kepada 16.8% bagi perempuan. Kajian juga menunjukkan 24% hingga 44% golongan dewasa yang mengalami masalah kegemukan mempunyai masalah yang sama pada zaman kanak-kanak mereka. Tambahan pula, lebih daripada 60% kanak-kanak gemuk berumur 5-15 tahun, terlibat dalam sekurang-kurangnya satu faktor penyumbang dalam masalah kardiovaskular, meningkatkan risiko penyakit jantung, kencing manis, strok dan kegagalan fungsi ginjal.

Oleh itu, kanak-kanak dinasihatkan untuk bersenam, contohnya, berlari, berenang dan berbasikal selama 30 minit setiap 3-6 kali seminggu. Mereka juga perlu makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

Jangan Cerewet Terhadap Makanan

Cerewet terhadap makanan, kerap memakan makanan segera dan snek yang berlemak tinggi serta kurang serat menyebabkan nutrisi yang tidak seimbang. Ia meningkatkan masalah kegemukan atau kurang berat badan. Satu kajian menunjukkan terdapat 43.2% kanak-kanak yang cerewet terhadap makanan. 60% daripada mereka memakan makanan yang kurang daripada 1 sajian sayuran dan 1 sajian buah-buahan setiap hari. Hampir separuh daripada mereka tidak mempunyai 3 hidangan tetap.

Cerewet terhadap makanan menjejaskan penyerapan nutrien, menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral. lni akan menyebabkan perkembangan tubuh dan minda kanak-kanak terjejas. Selain membantu kanak-kanak menghentikan tabiat buruk, ibu bapa juga boleh mempertimbangkan penggunaan suplemen tambahan.

Kepentingan Bersarapan Pagi

Sumber Google

Mengikut penyelidikan Chinese University of Hong Kong, lebih daripada 10% pelajar sekolah rendah tidak mengambil sarapan pagi, tetapi berat badan mereka bertambah disebabkan memakan terlalu banyak snek. Pakar-pakar mendapati tabiat tidak makan sarapan pagi akan menjejaskan perkembangan otak, menyebabkan konsentrasi rendah, mengurangkan kadar gula dalam darah. Kesannya, emosi tidak akan menjadi stabil. Sarapan pagi yang digantikan dengan snek berkalori tinggi, kurang nutrien menjadi punca kegemukan, kekurangan mineral serta mempengaruhi pertumbuhan tulang dalam kalangan kanak-kanak.

10 Tips utama untuk mencegah masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak

  1. Pastikan anak anda makan sarapan pagi setiap hari. Kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi yang berkhasiat setiap hari kurang cenderung menjadi gemuk.
  2. Hidangkan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk anak anda.
  3. Pastikan anak anda mencuba pelbagai makanan yang sihat dari usia muda.
  4. Kurangkan pengambilan makanan segera, makanan bergoreng dan makanan ringan.
  5. Kurangkan pengambilan minuman manis dan ringan.
  6. Mendidik anak anda tentang kepentingan mempunyai diet yang sihat.
  7. Makan secara sederhana di hadapan kanak-kanak; lbu bapa adalah model yang paling panting bagi tabiat makan anak mereka.
  8. Tingkatkan aktiviti fizikal mereka, kurangkan masa yang digunakan untuk menonton TV dan mengguna komputer.
  9. Meluangkan masa untuk bersenam bersama anak-anak.
  10. Galakkan anak-anak anda untuk minum air, sekurang-kurangnya 1 Liter sehari.

Pada masa kini, kegemukan adalah masalah kesihatan yang utama dalam kalangan kanak-kanak. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak telah meningkat tiga kali ganda berbanding 30 tahun yang lalu. Kegemukan boleh meningkatkan risiko penyakit kronik. Tambahan pula, kebanyakan kanak-kanak yang gemuk menghadapi masalah yang sama apabila mereka memasuki zaman dewasa. Keadaan yang serupa juga berlaku di negara lain.

Kesan Kegemukan Terhadap Kesihatan Mental

Kanak-kanak yang gemuk mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit-penyakit berikut:

  • Diabetes
  • Tahap kolestrol yang tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Hiperlipdemia (paras lipid atau lemak yang tinggi dalam darah)
  • ‘Sleep Apnea’ (gangguan nafas semasa tidur)
  • Hati berlemak
  • Masalah sendi

Mereka juga cenderung untuk mempunyai masalah berikut

  • Kurang keyakinan diri
  • Keputusan akademik yang kurang baik
  • Rasa terasing dan murung

Suplemen Makanan untuk Kesihatan Kanak-Kanak

Aloe Bit’s N’ Peaches

  • Mengandungi Aloe Vera yang distabilkan 100% dan kaya dengan pelbagai nutrien yang baik untuk mengekalkan sistem pencernaan yang baik
  • Mengandungi tambahan Vitamin A, C dan E daripada buah pic untuk menggalakkan imun dan mengekalkan kulit yang sihat
  • Sesuai untuk kanak-kanak kerana boleh menggantikan minuman yang mempunyai kadar gula dan kolestrol yang tinggi di pasaran

Forever Lite Ultra with Aminotein

  • Sesuai untuk sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat untuk kanak-kanak
  • Mudah dihadam dan diserap oleh badan
  • Kaya dengan Protein, Vitamin dan Mineral yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

Forever Artic-Sea

  • Mengandungi minyak ikan dan minyak zaitun semula jadi untuk membekalkan Omega-3 dan Omega-9.
  • Omega-3 membantu meningkatkan metabolisme lemak dalam badan
  • DHA adalah penting untuk perkembangan otak dan mata.

Forever Kids

  • Sebagai suplemen Multivitamin dan Mineral untuk mengisi jurang nutrien yang timbul akibat tabiat suka memilih makanan dalam kalangan kanak-kanak.
  • Mengandungi Fito-Nutrien semulajadi daripada epal, brokoli, kubis, kranberi, lobak, bayam dan tomato .
  • Membekalkan nutrien yang penting untuk pertumbuhan yang sihat.
  • Tidak mengandungi gula, pewarna tiruan atau bahan pengawet.
Disclaimer : Saya bukan pakar perubatan atau penasihat pemakanan, saya adalah Pengedar Sah Forever Living. Nutrisi produk yang disarankan adalah supplemen atau makanan kesihatan dan BUKAN UBAT, justeru ianya tidak membawa kepada nasihat perubatan. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan ubat yang disyorkan oleh doktor. Dengan mengambil makanan tambahan, ianya boleh membantu mengisi jurang pemakanan dalam memenuhi keperluan nutrisi makanan kita dan mengekalkan kesihatan badan.
Forever Living Malaysia
INFO PRODUK? KEAHLIAN? PERTANYAAN?
HUBUNGI AZLINA +6019-7200 630


BOLEH JUGA ISI CONTACT FORM =>KLIK SINI